Kadar Bantuan STR 2027 – Jumlah Bantuan Mengikut Kategori Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

STR 2027 & SARA MADANI 2027 - BELANJAWAN 2027

Pengumuman mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2027) merupakan antara intipati yang paling dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober 2026, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah ditingkatkan kepada RM16 bilion (berbanding RM15 bilion sebelum ini).

Kenaikan ini bakal memanfaatkan sehingga 9 juta hingga 13 juta rakyat Malaysia.

Bagi memudahkan anda membuat semakan, berikut adalah kadar pembayaran STR 2027 mengikut pecahan kategori isi rumah, warga emas, dan individu bujang.

Dikemaskini: 11 Oktober 2026

Adakah Kadar Bayaran STR 2027 Dinaikkan?

Ya, peruntukan keseluruhan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2027 telah dinaikkan kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion pada tahun sebelum ini.

Melalui kenaikan peruntukan ini, terdapat beberapa penambahan nilai bantuan dan perluasan manfaat yang ketara bagi tahun 2027:

  • Penerima STR Layak Terima SARA: Semua 9 juta penerima STR kini secara automatik akan menerima bantuan barangan asas SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun.
  • Insentif Baharu untuk Bukan Penerima STR (Termasuk M40): Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang tidak layak menerima STR kini akan mendapat bantuan SARA MADANI sebanyak RM100 yang akan diberikan dua kali setahun (sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang Merdeka).
  • Perluasan Tempat Penggunaan Kredit SARA: Penerima kini dibenarkan menggunakan kredit SARA untuk membeli barangan basah dan segar di 216 Pasar Tani dan Tamu FAMA di seluruh negara, selain di 15,000 premis rakan niaga sedia ada.

Secara keseluruhannya, kadar maksimum terkumpul (gabungan STR + SARA) bagi isi rumah miskin berpendapatan bawah RM2,500 yang mempunyai ramai anak kini boleh mencecah sehingga lebih RM4,600 setahun.

INFOGRAFIK KADAR KENAIKAN SARA & STR 2027 - BELANJAWAN 2027
Infografik Buletin TV3

Kadar Bayaran STR & SARA 2027

Pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 (<RM2,500):

  • 0 Anak: STR RM200 + SARA RM1,800 = Jumlah: RM2,000
  • 1โ€“2 Anak: STR RM600 + SARA RM1,800 = Jumlah: RM2,400
  • 3โ€“4 Anak: STR RM1,100 + SARA RM1,800 = Jumlah: RM2,900
  • 5 Anak atau lebih (โ‰ฅ5): STR RM1,600 + SARA RM1,800 = Jumlah: RM3,400

Pendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM5,000 (RM2,501โ€“RM5,000):

  • 0 Anak: STR RM200 + SARA RM1,200 = Jumlah: RM1,400
  • 1โ€“2 Anak: STR RM450 + SARA RM1,200 = Jumlah: RM1,650
  • 3โ€“4 Anak: STR RM700 + SARA RM1,200 = Jumlah: RM1,900
  • 5 Anak atau lebih (โ‰ฅ5): STR RM950 + SARA RM1,200 = Jumlah: RM2,150
  • Pendapatan bulanan kurang daripada RM5,000 (<RM5,000) dengan 0 anak: STR RM600 + SARA RM600 = Jumlah: RM1,200
  • Pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 (<RM2,500) dengan 0 anak: SARA RM600

  • Tambahan SARA untuk Miskin dan Miskin Tegar: Tambahan sebanyak RM1,200/RM600 setahun (bersamaan RM100/RM50 sebulan).
  • Jumlah Maksimum & Minimum STR + SARA:
    • Maksimum: RM4,600
    • Minimum: RM600

Bagi golongan individu bujang berumur di bawah 60 tahun, kerajaan tidak lagi menyalurkan bantuan dalam bentuk wang tunai STR.

Sebaliknya, bantuan ditukarkan sepenuhnya kepada kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak untuk pembelian barangan keperluan makanan dan harian asas di kedai runcit terpilih.

Kategori Penerima STR 2027

1. Kategori Isi Rumah (Berkahwin)

Kadar bantuan bagi kategori isi rumah diselaraskan semula bagi memastikan keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai menerima bantuan yang lebih tinggi bagi mengimbangi kos pendidikan dan keperluan harian anak-anak.

2. Kategori Warga Emas

Golongan veteran, pesara bukan berpencen, dan warga emas berusia 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai pasangan terus mendapat pembelaan sewajarnya melalui peruntukan khas STR.

3. Kategori Individu Bujang

Bagi golongan belia dan individu bujang yang berpendapatan bawah RM2,500, kerajaan mengekalkan pemberian bantuan tunai bagi membantu meringankan komitmen bulanan mereka.

Permohonan Baharu STR untuk 2027

  • Permohonan STR 2027 hanya boleh dikemukakan melalui borang secara manual di Pejabat HASiL bermula 1 Oktober 2026.
  • Bagi permohonan STR 2027 secara dalam talian hanya boleh dikemukakan bermula 15 Oktober 2026.
infografik permohonan baharu str 2027

Tarikh Pembayaran & Fasa Bayaran STR 2027

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, agihan dana STR 2027 dijangka akan disalurkan secara berperingkat melalui 4 fasa utama sepanjang tahun 2027:

  • Fasa 1: Dijangka pada bulan Januari / Februari 2027
  • Fasa 2: Dijangka pada bulan April 2027
  • Fasa 3: Dijangka pada bulan Ogos 2027
  • Fasa 4: Dijangka pada bulan November 2027

Nota: Tarikh rasmi pengkreditan terus ke akaun bank penerima akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kelak.

Tips Agar Permohonan STR 2027 Tidak Gagal

Bagi memastikan proses pengkreditan wang bantuan berjalan lancar tanpa sebarang masalah, pastikan anda mengambil tindakan berikut:

  • Pastikan Akaun Bank Aktif: Sila pastikan akaun bank yang didaftarkan atas nama pemohon utama adalah aktif dan bukan akaun bersama (joint account) atau akaun syarikat.
  • Kemas Kini Status: Jika anda baru berkahwin atau telah bercerai, sila kemas kini status maklumat profil anda bersama dokumen sokongan untuk mengelakkan ralat permohonan.
  • Gunakan Portal Rasmi LHDN: Segala urusan rayuan, semakan status kelulusan, dan pendaftaran baharu hanya boleh dilakukan melalui portal rasmi MySTR.

Rujukan Rasmi

Maklumat lanjut mengenai kadar bayaran STR 2027 boleh dirujuk melalui:

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.

FAQ – Soalan Lazim STR 2027

Berapakah jumlah maksimum yang boleh diterima oleh sebuah keluarga dalam STR 2027?

Jumlah maksimum bergantung kepada kategori pendapatan bulanan isi rumah serta bilangan tanggungan anak.

Adakah penerima STR 2027 akan mendapat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik?

Kebiasaannya, penerima STR dalam kategori miskin tegar dan miskin berdasarkan data eKasih serta data pendapatan LHDN akan layak menerima bantuan cashless SARA secara automatik. Sila tunggu garis panduan rasmi MOF untuk tahun 2027.

Bagaimanakah cara bayaran STR dilakukan bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank?

Bagi penerima yang tiada akaun bank atau akaun tidak aktif, penunaian bantuan tunai biasanya boleh dilakukan secara kaunter di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan membawa kad pengenalan asal.

Penafian: Artikel mengenai Kadar STR 2027 ini disediakan untuk tujuan maklumat am sahaja. Amaun dan fasa pembayaran yang dipaparkan adalah berdasarkan ucapan langsung Belanjawan 2027 dan tertakluk kepada perubahan atau garis panduan terperinci yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) nanti. Pastikan anda tidak berkongsi maklumat peribadi atau perbankan di mana-mana platform tidak rasmi.

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my yang berkaitan kewangan, kad kredit, bantuan kerajaan, pelaburan runcit tempatan dan beberapa topik lain berkaitan serta info rasmi/terkini daripada kerajaan atau sumber rasmi.

View All Posts

You Missed