Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 2026

doa akhir tahun dan awal tahun hijrah

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah | Hari ini, Selasa, 16 Jun 2026 (bersamaan 30 Zulhijjah 1447H), umat Islam di Malaysia bakal melangkah masuk ke tahun baharu Islam, 1 Muharram 1448H menjelang waktu Maghrib.

Dalam kalendar Islam, pertukaran tarikh dan permulaan tahun baharu bermula secara rasmi sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang.

Sempena dengan kedatangan Awal Tahun Hijrah ini, umat Islam amat digalakkan untuk mengakhiri tahun lama dan menyambut tahun baharu dengan amalan doa serta muhasabah diri.

Waktu Terbaik Membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Berdasarkan perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, doa ini boleh dibaca mengikut waktu berikut:

  • Doa Akhir Tahun Hijrah (1447) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijah 1447H bersamaan 16 Jun 2026.
  • Doa Awal Tahun Hijrah (1448) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 16 Jun 2026 (Selasa) bersamaan 1 Muharam 1448. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

Untuk mengetahui waktu Solat di kawasan anda, rujuk Portal e-solat https://www.e-solat.gov.my/

Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah

Jom sama-sama kita baca Doa Akhir Tahun Hijrah sebagai tanda memohon keampunan atas segala kesilapan, maksiat, dan dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun 1447H, serta memohon agar amalan kebaikan kita diterima oleh Allah SWT.

Teks Rumi:

“Bismillaahir-rohmaanir-rohiim.

Wassolatu wassalamu ‘ala saidina wa maulana muhammad, wa ‘alaa aalihi wa sohbihii ajma’in.

Allaahumma maa ‘amiltu fii haadzihis-sanati mimmaa nahaitanii ‘anhu falam atub minhu, wa lam tardhohu wa lam tansahu, wa halumta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa ‘uquubatii, wa da’autanii ilat-taubati minhu ba’da jur-atii ‘alaa ma’shiyatika.

Fa-innii astaghfiruka faghfirlii.

Wa maa ‘amiltu fiihaa mimmaa tardoohu wa wa’adtanii ‘alaihits-tsawaaba fas-aluka allaahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal-ikraam,

an tataqabbalahu minni, wa laa taqtha’ rojaa-ii minka yaa kariim.

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.”

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah (16 Jun 2026) - JAKIM 1
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM,

Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah

Selepas masuk waktu maghrib, jangan lupa baca doa awal tahun pula bagi memohon perlindungan daripada godaan syaitan, perlindungan daripada nafsu yang buruk, serta memohon kelancaran rezeki dan ketaatan sepanjang tahun 1448H.

Teks Rumi:

“Bismillaahir-rahmaanir-rahiim.

Wassolatu wassalamu ‘ala saidina wa maulana muhammad, wa ‘alaa aalihi wa sohbihii ajma’in.

Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwal.

Wa ‘alaa fadhlikal-‘azhiimi wa juudikal-mu’awwal. Wa haadzaa ‘aamun jadiidun qad aqbala ‘alainaa nasalukl ‘ismata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa-ihi wa junudihi,

wal-‘auna ‘alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu’, wal-isytighaala bimaa yuqarribunii ilaika zulfaa, yaa dzal-jalaali wal-ikraam.

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.”

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah (16 Jun 2026) - JAKIM 1
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM,

Selamat Menyambut Hari Raya Islam / Maal Hijrah 1448H! Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak keberkatan, kesihatan, dan kejayaan rohani buat kita semua.


Penulis bebas, aktif menulis di beberapa laman sesawang berkaitan gaya hidup, berita, info viral dan topik bebas.

View All Posts

You Missed