Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 2026
Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah | Hari ini, Selasa, 16 Jun 2026 (bersamaan 30 Zulhijjah 1447H), umat Islam di Malaysia bakal melangkah masuk ke tahun baharu Islam, 1 Muharram 1448H menjelang waktu Maghrib.
Dalam kalendar Islam, pertukaran tarikh dan permulaan tahun baharu bermula secara rasmi sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang.
Sempena dengan kedatangan Awal Tahun Hijrah ini, umat Islam amat digalakkan untuk mengakhiri tahun lama dan menyambut tahun baharu dengan amalan doa serta muhasabah diri.
Waktu Terbaik Membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah
Berdasarkan perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, doa ini boleh dibaca mengikut waktu berikut:
- Doa Akhir Tahun Hijrah (1447) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijah 1447H bersamaan 16 Jun 2026.
- Doa Awal Tahun Hijrah (1448) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 16 Jun 2026 (Selasa) bersamaan 1 Muharam 1448. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.
Untuk mengetahui waktu Solat di kawasan anda, rujuk Portal e-solat https://www.e-solat.gov.my/
Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah
Jom sama-sama kita baca Doa Akhir Tahun Hijrah sebagai tanda memohon keampunan atas segala kesilapan, maksiat, dan dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun 1447H, serta memohon agar amalan kebaikan kita diterima oleh Allah SWT.
Teks Rumi:
โBismillaahir-rohmaanir-rohiim.
Wassolatu wassalamu ‘ala saidina wa maulana muhammad, wa โalaa aalihi wa sohbihii ajma’in.
Allaahumma maa โamiltu fii haadzihis-sanati mimmaa nahaitanii โanhu falam atub minhu, wa lam tardhohu wa lam tansahu, wa halumta โalayya baโda qudratika โalaa โuquubatii, wa daโautanii ilat-taubati minhu baโda jur-atii โalaa maโshiyatika.
Fa-innii astaghfiruka faghfirlii.
Wa maa โamiltu fiihaa mimmaa tardoohu wa waโadtanii โalaihits-tsawaaba fas-aluka allaahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal-ikraam,
an tataqabbalahu minni, wa laa taqthaโ rojaa-ii minka yaa kariim.
Wa sallallaahu โalaa sayyidinaa Muhammadin wa โalaa aalihi wa sahbihii wa sallam.โ

Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah
Selepas masuk waktu maghrib, jangan lupa baca doa awal tahun pula bagi memohon perlindungan daripada godaan syaitan, perlindungan daripada nafsu yang buruk, serta memohon kelancaran rezeki dan ketaatan sepanjang tahun 1448H.
Teks Rumi:
โBismillaahir-rahmaanir-rahiim.
Wassolatu wassalamu ‘ala saidina wa maulana muhammad, wa โalaa aalihi wa sohbihii ajma’in.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwal.
Wa โalaa fadhlikal-โazhiimi wa juudikal-muโawwal. Wa haadzaa โaamun jadiidun qad aqbala ‘alainaa nasalukl ‘ismata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa-ihi wa junudihi,
wal-โauna โalaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suuโ, wal-isytighaala bimaa yuqarribunii ilaika zulfaa, yaa dzal-jalaali wal-ikraam.
Wa sallallaahu โalaa sayyidinaa Muhammadin wa โalaa aalihi wa sahbihii wa sallam.โ

Selamat Menyambut Hari Raya Islam / Maal Hijrah 1448H! Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak keberkatan, kesihatan, dan kejayaan rohani buat kita semua.
