Bila Tarikh Rasmi Duit STR Fasa 3 2026 Masuk Akaun Bank?

STR FASA 3

STR Fasa 3 2026 akan disalurkan pada 15 Ogos 2026 secara berperingkat seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Pembayaran ini melibatkan penerima STR 2026 yang telah diluluskan, iaitu:

  • Penerima Sedia Ada
  • Penerima Baharu Fasa 3
  • Penerima Rayuan Fasa 3

Semakan status dan jumlah bayaran STR Fasa 3 boleh disemak melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah.

pengumuman str fasa 3 disalurkan mulai 15 ogos
STR Fasa 3 disalurkan mulai 15 ogos 2026

Bila Tarikh Rasmi Duit STR Fasa 3 2026 Masuk Akaun Bank?

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengesahkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa ketiga ini disalurkan secara berperingkat bermula 15 Ogos 2026, Sabtu.

bayaran str fasa 3 2026

Kaedah saluran adalah melalui pengkreditan terus ke akaun bank (Maybank, BSN, CIMB dll) bermula 15 Ogos 2026.

Bagi penerima tiada akaun bank, anda boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat membawa MyKad bermula 16 Ogos 2026.

Sila rujuk maklumat di bawah:

Siapa Layak Terima Bayaran STR 2026?

Bagi fasa kali ini, syarat asas kelayakan utama masih mengekalkan kriteria asal iaitu pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia, menetap di dalam negara, serta memegang status permohonan yang sah dan ‘Lulus’ selepas proses semakan data.

Penerima STR 2026:

  • Pasangan Suami Isteri: Individu yang berkahwin sah dengan jumlah pendapatan bulanan kasar seisi rumah tidak melebihi had siling RM5,000.
  • Ibu atau Bapa Tunggal: Golongan janda, duda, atau balu yang mempunyai anak di bawah tanggungan yang sah.
  • Warga Emas: Individu berstatus bujang, bercerai, atau kematian pasangan berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.

Penerima sedia ada yang telah menerima bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2 automatik layak sekiranya tiada perubahan pada status perkahwinan atau tangga pendapatan mereka.

Di samping itu, kelompok pemohon baharu serta individu yang menghantar borang rayuan sebelum tarikh tutup 15 Jun yang lalu turut akan diserap masuk ke dalam senarai bayaran Ogos ini sekiranya data mereka disahkan lulus.

Berapa Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3?

Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah mengikut kategori seperti di bawah:

Kategori Pendapatan Bilangan Anak Jumlah Bayaran STR
1. Isi Rumah
(Pendapatan RM2,500 & Ke Bawah)
Tiada Anak RM200
1 hingga 2 Anak RM300
3 hingga 4 Anak RM450
5 Anak atau Lebih RM600
2. Isi Rumah
(Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000)
Tiada Anak RM0 (Tiada bayaran fasa ini)
1 hingga 2 Anak RM150
3 hingga 4 Anak RM200
5 Anak atau Lebih RM250
3. Warga Emas Tiada Pasangan
(60 Tahun Ke Atas & Pendapatan Bawah RM5,000)
Semua Kelayakan RM150 (Bayaran Tetap)

Rujuk jadual di bawah:

Berapa Jumlah Bayaran STR Fasa 3?
Bayaran STR FASA 3 2026
FOTO: FAQ STR 2026

Cara Buat Semakan Status di Portal mySTR

Semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah.

Cara Buat Semakan MySTR

  1. Layari laman web rasmi di hasil.gov.my.
  2. Masukkan Nombor MyKad (12 digit) anda dengan betul tanpa tanda sempang (-).
  3. Klik butang ‘Log Masuk’.
  4. Sahkan Frasa Keselamatan / Kunci Keselamatan yang terpapar pada skrin peranti anda.
  5. Masukkan Kata Laluan akaun MySTR anda.
  6. Klik pada butang ‘Semakan Status’ untuk melihat keputusan fasa terkini.
Log masuk portal str untuk semak status bayaran fasa 3
Log masuk akaun STR anda di portal Sumbangan Tunai Rahmah.
semakan status STR FASA 3
Masukkan no kad pegenalan dan klik Semak, atau lebih mudah menggunakan MyDigital ID.
sahkan kata kunci keselamatan portal mystr
Sahkan kata kunci keselamatan, klik YA.
klik log masuk untuk membuat semakan status str fasa 3
Masukkan kata laluan, dan klik Log Masuk.
klik butang semakan status untuk megetahui status kelulusan STR FASA 3
Pada bahagian dashboard, klik Semakan Status.
status lulus str fasa 3 dipaparkan
Status permohonan semasa akan dipaparkan.
bayaran fasa 3 masih dalam proses
Status pembayaran dalam proses pengkreditan bermaksud bayaran sedang dalam proses (belum masuk bank lagi)

Apa Nak Buat Jika Status Lulus Tetapi Duit Belum Masuk?

Jika semakan online menunjukkan status anda adalah “LULUS” tetapi tiada sebarang transaksi masuk ke dalam akaun bank anda selepas seminggu tarikh rasmi diumumkan, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor teknikal:

  • Akaun Bank Tidak Aktif / Beku: Sila hubungi cawangan bank anda untuk memastikan akaun masih aktif menerima dana luar.
  • Isu Gagal Kredit: Nama pada akaun bank tidak sepadan dengan nama dalam sistem MyKad.
  • Tiada Akaun Bank Berdaftar: Bagi kes ini, anda perlu menunggu Nombor Siri Baucar dikeluarkan di portal MySTR, kemudian bawa kad pengenalan anda untuk membuat penunaian tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Status Bayaran Gagal Kredit, Apa Perlu Dilakukan?

Jika status ini muncul pada portal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa anda menyemak status fasa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ini bermakna duit bantuan tidak berjaya dimasukkan ke akaun bank anda.

Apa Yang Perlu Dilakukan:

  1. Lakukan Penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Duit anda tidak hilang. Anda hanya perlu hadir secara fizikal ke mana-mana cawangan BSN Malaysia terdekat untuk menuntut bayaran secara tunai.
  2. Bawa Dokumen Wajib: Anda mesti membawa Kad Pengenalan (MyKad) asal untuk pengesahan identiti.
  3. Tuntutan bagi Wakil (Jika Perlu): Sekiranya penerima uzur atau meninggal dunia, wakil atau waris yang sah dan berdaftar dalam sistem sahaja boleh hadir ke BSN Malaysia dengan membawa dokumen pembuktian tambahan yang diperlukan.
  4. Kemas Kini Maklumat Bank: Untuk fasa pembayaran seterusnya, pastikan anda mengemas kini maklumat akaun bank yang aktif dan betul melalui portal rasmi MySTR.

Penerima Bayaran STR Meninggal Dunia, Apa Perlu Buat?

Waris perlu hadir ke bank berdasarkan maklumat bank yang didaftarkan pada permohonan STR bagi tindakan selanjutnya.

Waris berdaftar atau pasangan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang meninggal dunia layak menuntut wang bantuan serta bantuan tambahan Skim Khairat Kematian (SKK) bernilai RM1,000.

Selain wang khairat tersebut, waris juga berhak menuntut baki bayaran fasa STR semasa si mati (termasuk Fasa 3) yang belum sempat ditunaikan.

Cara Tuntut Skim Khairat Kematian (SKK) STR

1. Semak Syarat Kelayakan Tuntutan SKK 2026

Tuntutan khairat kematian ini hanya sah jika profil si mati memenuhi kriteria berikut:

  • Kategori STR: Status permohonan STR 2026 si mati mestilah berstatus ‘Lulus’ di bawah kategori Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tempoh Kematian: Tarikh kematian pemohon atau pasangan (warganegara Malaysia) mestilah berlaku antara 1 Januari hingga 31 Disember 2026.
  • Kategori Tidak Layak: Golongan bujang dan ibu/bapa tunggal berumur 59 tahun ke bawah tanpa tanggungan anak tidak tersenarai di bawah skim bantuan khairat ini.

2. Siapa Waris Yang Sah Untuk Membuat Tuntutan?

Wang bantuan tunai tidak boleh diambil oleh sebarang individu. Mengikut keutamaan sistem pangkalan data MySTR Portal, individu yang layak hadir ke bank ialah:

  1. Pasangan sedia ada yang berdaftar di dalam sistem.
  2. Waris terdekat yang dinamakan oleh pemohon semasa pengisian borang STR (suami/isteri, ibu, bapa, anak kandung/tiri/angkat, atau adik-beradik).
  3. Sekiranya tiada waris berdaftar, pelantikan waris baharu perlu melalui proses kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terlebih dahulu.

3. Sediakan Dokumen Wajib Sebelum Ke Kaunter BSN

Tuntutan skim ini hanya boleh dibuat secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Sila bawa dokumen fizikal asal ini:

  • Sijil Kematian Asal (Death Certificate) si mati yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau salinan yang telah disahkan.
  • Kad Pengenalan Asal (MyKad) milik waris/penuntut.
  • Dokumen Pembuktian Hubungan (seperti Sijil Lahir waris atau Sijil Nikah) sekiranya diperlukan bagi mengesahkan status kekeluargaan.

4. Bagaimana Jika Duit STR Sudah Terlanjur Masuk Ke Akaun Bank Si Mati?

Sekiranya bayaran STR Fasa 3 telah berjaya dikreditkan terus ke akaun bank simpanan peribadi si mati sebelum laporan kematian diproses, pengeluaran wang tersebut tertakluk kepada prosedur pengurusan harta pusaka bank masing-masing.

Waris perlu hadir ke cawangan bank berkaitan dengan membawa sijil kematian untuk tindakan penutupan akaun dan pengeluaran baki dana mengikut undang-undang sedia ada.

Apa Boleh Dibuat Dengan Bantuan Duit STR?

Nilai bantuan yang diterima oleh setiap kategori adalah berbeza, ada yang dapat RM150 dan ada juga yang dapat sehingga RM600 (untuk 5 anak ke atas).

Walaupun nilai yang diberikan mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah pihak, jika diuruskan dengan bijak, ia mampu meringankan beban aliran tunai isi rumah.

Supaya duit ini tak ‘habis licin’ macam itu sahaja dalam masa dua tiga hari, anda boleh cuba tips di bawah:

Daripada kita belanjakan duit ini sikit-sikit hari-hari dekat kedai runcit depan rumah, lebih baik peruntukkan sekurang-kurangnya separuh daripada duit STR ini untuk beli barang dapur secara pukal (bulk buying).

Kenapa Cara Ini Lebih Untung?

Kalau kita beli borong atau beli waktu program subsidi Jualan Rahmah, kita sebenarnya boleh jimatkan belanja dapur sekitar 10% hingga 15% berbanding beli sikit-sikit. Bila barang kering dah penuh dalam kabinet dapur, duit gaji bulanan yang berbaki itu bolehlah disimpan untuk kegunaan lain.

Kalau nak tahu lokasi jualan rahmah, anda boleh semak di sini: https://pjrm.kpdn.gov.my/. Pilih negeri, daedah dan bulan.

jualan rahmah

Beli Barang Yang Tahan Lama:

Masa dapat duit nanti, terus tuju ke pasar raya besar atau cari program Jualan Rahmah yang terdekat. Fokus beli barang asas yang tak mudah rosak macam beras pek 10kg, minyak masak botol 5kg, tepung, gula, bihun, telur gred C, atau tin sardin.

Bagi kita yang berpendapatan rendah, bila-bila masa sahaja ujian kecil boleh datang. Contohnya, tiba-tiba tayar motor pancit waktu nak pergi kerja, atau anak demam mengejut pukul 2 pagi dan kena bawa ke klinik swasta.

Kebanyakan syarikat utiliti akan kenakan caj penalti kalau kita lambat bayar. Malah yang paling haru, kalau pihak mereka dah keluarkan arahan potong dan datang cabut jangka elektrik atau kunci paip air, kosnya bertambah berkali ganda!

Semak Perbandingan STR 2026 vs 2025: Adakah Anda Dapat Lebih Banyak Duit Kali Ini?

Melalui lampiran rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), terdapat perubahan struktur yang besar pada agihan dana bagi tahun 2026 berbanding tahun lalu.

Jika dilihat pada jumlah keseluruhan (Gabungan STR + Kredit SARA), situasi penerima terbahagi kepada dua kategori utama:

  1. Kategori Warga Emas (Untung Besar!): Penerima warga emas tanpa pasangan menerima kenaikan tunai bersih sebanyak RM150. Jumlah bantuan mereka melonjak daripada RM1,050 (tahun lalu) kepada RM1,200 pada tahun ini.
  2. Kategori Isi Rumah & Bujang (Jumlah Kekal Sama): Secara matematiknya, jumlah keseluruhan yang anda terima adalah sama ringgitnya dengan tahun lalu. Tiada pengurangan dan tiada kenaikan pada nilai akhir.

Bagi memudahkan anda melihat gambaran besar, berikut adalah perbandingan jumlah keseluruhan dana (STR + SARA) yang diperuntukkan oleh MOF untuk tahun 2025 berbanding 2026:

Kategori Penerima Pendapatan Bulanan Jumlah Anak Total Setahun 2025 (STR+SARA) Total Setahun 2026 (STR+SARA) Status Poket Anda
Isi Rumah A RM2,500 & ke bawah
  • Tiada Anak
  • 1 – 2 Anak
  • 3 – 4 Anak
  • ≥ 5 Anak
  • RM1,900
  • RM2,400
  • RM2,900
  • RM3,400
  • RM1,900
  • RM2,400
  • RM2,900
  • RM3,400
Kekal Sama
Isi Rumah B RM2,501 – RM5,000
  • Tiada Anak
  • 1 – 2 Anak
  • 3 – 4 Anak
  • ≥ 5 Anak
  • RM1,400
  • RM1,650
  • RM1,900
  • RM2,150
  • RM1,400
  • RM1,650
  • RM1,900
  • RM2,150
Kekal Sama
Warga Emas RM5,000 & ke bawah Tiada RM1,050 RM1,200 Untung +RM150
Bujang RM2,500 & ke bawah Tiada RM600 RM600 Kekal Sama


Walaupun jadual di atas menunjukkan jumlah akhir adalah Kekal Sama, anda mungkin akan perasan duit tunai yang masuk ke akaun bank anda untuk fasa ini terasa lebih sedikit.

Kenapa perkara ini berlaku?

Kerajaan kini menggunakan strategi “Pengalihan Tunai kepada Kredit Makanan (SARA)”.

Contoh Isi Rumah (Tiada Anak):

  • Tahun Lalu (2025): Anda dapat duit tunai masuk bank RM1,000, dan kredit kad SARA RM900.
  • Tahun Ini (2026): Duit tunai masuk bank dikurangkan menjadi RM700, tetapi kredit kad SARA dinaikkan menjadi RM1,200.

Bagi Kategori Bujang:

  • Jika tahun lalu anda mendapat RM600 sepenuhnya secara tunai masuk bank, tahun ini keseluruhan RM600 tersebut dialihkan ke dalam bentuk SARA Bulanan melalui MyKad.

Mengapa Kerajaan Buat Begini?

Langkah ini diambil bagi memastikan bantuan yang diberikan oleh kerajaan benar-benar dibelanjakan untuk barangan keperluan asas dapur (seperti beras, minyak, dan telur) dan bukannya dihabiskan untuk perkara yang tidak mendesak.

Secara tidak langsung, ia membantu menjamin keselamatan makanan bagi keluarga yang memerlukan.

TIPS: Rancang perbelanjaan bulanan dengan mengasingkan siap-siap bajet tunai di tangan untuk komitmen tegar (seperti sewa rumah atau bil utiliti), manakala keperluan runcit harian boleh menggunakan kredit SARA di pasar raya terpilih.


Rujukan dan Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, masalah teknikal log masuk, atau pertikaian mengenai status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, anda dinasihatkan untuk merujuk terus kepada saluran komunikasi rasmi kerajaan.

Anda juga boleh hadir secara fizikal ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHD atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat bagi membuat semakan profil, penyerahan borang rayuan, atau pembetulan maklumat akaun bank anda.

Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan anda kepada pihak ketiga yang tidak dikenali.

FAQ – Soalan Lazim Bayaran STR Fasa 3 2026

Adakah semua bank akan menerima duit STR Fasa 3 pada hari yang sama?

Tidak. Proses pengkreditan dilakukan secara berperingkat mengikut institusi perbankan masing-masing.

Boleh kah saya buat penunaian di BSN jika akaun Maybank saya disekat?

Boleh, dengan syarat status di portal MySTR telah bertukar menjadi “Gagal Kredit” dan sistem menjana Nombor Siri Baucar baharu. Anda perlu membawa kad pengenalan asal ke kaunter BSN untuk pengeluaran tunai

Jika permohonan baharu lulus Jun lepas, adakah akan dapat bayaran Ogos ini?

Ya. Kelompok permohonan baharu dan rayuan yang diluluskan selepas tarikh tutup 15 Jun akan diserap masuk untuk menerima bayaran pertama mereka pada Fasa 3 ini.

Adakah jumlah bayaran STR Fasa 3 sama bagi semua penerima isi rumah?

Tidak. Jumlah bantuan adalah berbeza-beza (antara RM150 hingga RM600) mengikut pecahan jumlah pendapatan bulanan kasar dan bilangan anak di bawah tanggungan anda.

Bila bayaran STR Fasa 3 diagihkan?

Bayaran STR Fasa 3 mula disalurkan pada 15 Ogos 2026.

"Jadual soalan lazim pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 peringkat Kementerian Kewangan"
Grafik soalan lazim
bujang dan warga emas tidak dapat str, dapat sara
soalan lazim grafik mengenai kelulusan str
grafik soalan lazim pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
KAEDAH PEMBAYARAN FASA 3 STR
semakan status bantuan
akaun str tidak aktif apa perlu dilakukan soalan lazim

Muat Turun PDF soalan lazim di bawah:


Penafian: Laman web ini hanya menyediakan panduan ringkas berasaskan pengumuman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR Fasa 3, sila hubungi Talian STR LHDNM di 1-800-88-2747.

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my yang berkaitan kewangan, kad kredit, bantuan kerajaan, pelaburan runcit tempatan dan beberapa topik lain berkaitan serta info rasmi/terkini daripada kerajaan atau sumber rasmi.

View All Posts

You Missed