Bantuan untuk Penerima STR Yang Ramai Terlepas Pandang (2026)
Jika anda atau pasangan adalah penerima rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda sebenarnya layak untuk menerima beberapa bantuan lain seperti SARA, Skim Khairat Kematian, perlindungan takaful percuma (mySalam) dan saringan kesihatan percuma serta rawatan di bawah skim PeKa B40.
Melalui integrasi data silang Kerajaan MADANI, status “LULUS STR” secara automatik melayakkan isi rumah anda mendapat bantuan tambahan tersebut.
Selain itu, terdapat juga beberapa bantuan untuk golongan B40 yang boleh anda mohon untuk meringankan beban kewangan dan kos sara hidup masa kini.
Jom rujuk senarai bantuan lain untuk penerima STR (Golongan B40) di bawah.
Ringkasan Artikel
- Status “LULUS STR ” secara automatik melayakkan isi rumah menerima empat rangkaian bantuan perlindungan sosial dan kesihatan tambahan tanpa perlu mengisi borang baharu.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Bantuan barangan asas RM50-RM200/bulan via MyKad (bantuan akan dinaikkan 2027).
- Skim Khairat Kematian (SKK): Bantuan one-off RM1,000 untuk waris (isi rumah/warga emas sahaja) melalui tuntutan di BSN.
- mySalam: Perlindungan kesihatan (RM50/hari wad, RM8,000 penyakit kritikal) untuk penerima 18-65 tahun.
- PeKa B40: Saringan kesihatan dan bantuan perubatan untuk penerima STR/pasangan berusia 40 tahun ke atas.
Apa Bantuan Lain untuk Penerima STR?
Kerajaan Madani di bawah rangka kerja Belanjawan 2026 telah menetapkan bahawa penerima STR secara automatik layak menerima pelbagai bentuk bantuan perlindungan sosial dan kesihatan tambahan.
Bantuan ini diwujudkan bagi meringankan beban kos sara hidup golongan sasar secara holistik tanpa perlu anda mengisi borang permohonan baharu yang merumitkan.

1. SARA
Semua penerima STR layak menerima bantuan barangan asas tanpa tunai melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA Portal Manfaat MOF).
Di bawah penstrukturan Belanjawan 2026, agihan bantuan barangan asas tanpa tunai (secara bulanan dipautkan ke MyKad) mengikut kategori adalah seperti berikut:
- Penerima Miskin / Miskin Tegar eKasih: Menerima RM200 sebulan (Jumlah keseluruhan RM2,400 setahun).
- Isi Rumah STR Biasa (Bukan eKasih): Menerima RM100 sebulan (Jumlah keseluruhan RM1,200 setahun).
- Kategori Bujang: Menerima RM50 sebulan (Jumlah keseluruhan RM600 setahun).
- Inisiatif SARA Untuk Semua: Pemberian bantuan bersasar one-off RM100 kepada warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang layak.
Cara Semak Status & Baki SARA
Semakan status kelayakan dan baki kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Portal Rasmi MyKasih atau aplikasi pintar MyKasih.
- Layari Portal MyKasih di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan no kad pengenalan dan klik “Semakan Status”.

TERKINI: PM Anwar Umum Kadar SARA Bakal Dinaikkan Lagi!
- Pada 22 Julai 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Negeri Sembilan mengumumkan komitmen rasmi bahawa kerajaan MADANI akan meningkatkan lagi kadar bantuan SARA.
- Walaubagaimanapun, jumlah nilai kenaikan spesifik (angka RM baharu) belum diputuskan secara muktamad.
- Kenaikan kadar SARA yang dipertingkatkan ini dijadualkan bakal berkuat kuasa sepenuhnya bagi kalendar pelaksanaan tahun 2027 dan akan dibentangkan secara rasmi melalui dokumen Belanjawan 2027 akan datang.
2. SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) STR RM1,000
Skim Khairat Kematian (SKK) STR ialah bantuan kewangan segera sebanyak RM1,000 yang diberikan oleh kerajaan secara one-off (sekali bayar) kepada waris sekiranya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) meninggal dunia.
Matlamat utama bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban kos pengurusan jenazah dan kebajikan keluarga yang ditinggalkan.

Adakah Penerima STR Dapat Bantuan Ini Secara Automatik?
Tidak. Ramai salah faham menyangka wang RM1,000 ini akan dimasukkan terus ke akaun bank simati atau akaun bank waris secara automatik selepas kematian.
Hakikatnya, kelayakan statusnya memang automatik (jika simati penerima STR yang sah), tetapi proses mendapatkan wang tersebut wajib dituntut oleh waris. Jika tidak dituntut, duit tersebut tidak akan dibayar.
📌Kaedah Tuntutan: Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
Siapa yang Boleh Menuntut Duit Ini?
Hanya Waris Terdekat yang namanya telah didaftarkan dalam sistem permohonan STR oleh simati sebelum ini sahaja yang layak mengeluarkan wang ini LHDN. Keutamaan waris adalah mengikut urutan berikut:
- Pasangan (Suami / Isteri) LHDN.
- Anak (Kandung / Angkat yang sah).
- Ibu atau Bapa.
- Adik-beradik (Jika simati tiada pasangan atau anak).
Syarat Kelayakan Utama
- Permohonan berstatus Lulus STR 2026 bagi kategori:
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; atau
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026.
- Individu meninggal dunia yang layak SKK:
- Pemohon.
- Pasangan yang wujud pada borang Permohonan Lulus STR 2026 dan berstatus Warganegara.
- Simati mestilah warganegara Malaysia berstatus LULUS STR 2026 untuk kategori:
- Isi Rumah (Kahwin atau Ibu Bapa Tunggal) LHDN.
- Warga Emas Tiada Pasangan (Umur 60 tahun ke atas) LHDN.

Dokumen Perlu Dibawa
- Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
- Dokumen Pengenalan Diri asal Waris; atau
- Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu).
Nota Penting:
- Jika simati adalah penerima STR di bawah Kategori Bujang (Umur 21-59 tahun), waris TIDAK LAYAK menuntut SKK LHDN.
- Tempoh Kematian: Kematian mesti berlaku dalam lingkungan tarikh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 LHDN.
Untuk semakan syarat, kelayakan dan membuat tuntutan mySalam, sila rujuk: Portal rasi myStr – Skim Khairat Kematian (SKK) STR

3. mySalam
Jika anda atau pasangan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda secara automatik dilindungi di bawah Skim Perlindungan Kesihatan mySalam.
mySalam ialah Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia.
Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu;
Manfaat Hospitalisasi
Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.
Nota : Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.


Manfaat Penyakit Kritikal
Sekiranya penerima STR disahkan mengidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 yang akan dibayar sepenuhnya sekali seumur hidup.
Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.



Adakah Bantuan Ini Diberikan Secara Automatik?
Semua penerima STR (kategori Isi Rumah dan Bujang) berumur antara 18 hingga 65 tahun dimasukkan ke dalam sistem mySalam secara automatik tanpa perlu membayar sesen pun premium insurans.
Namun, jika anda dimasukkan ke wad hospital atau disahkan menghidap penyakit kritikal, anda wajib menghantar borang tuntutan (claim) secara manual menerusi portal dalam talian untuk mendapatkan wang bantuan tersebut mySalam.
Untuk semakan syarat, kelayakan dan membuat tuntutan mySalam, sila rujuk: Portal rasmi mySalam
4. PekaB40
Selain bantuan tunai dan elaun hospital, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 turut diberikan perlindungan kesihatan premium melalui PeKa B40 (Skim Peduli Kesihatan).
PeKa B40 ditawarkan kepada warganegara Malaysia dalam kumpulan B40.

Kelayakan
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas secara automatik layak menerima PeKa B40. Tiada pendaftaran khas diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
Manfaat PeKa B40
- Saringan Kesihatan Percuma: Penerima boleh melakukan pemeriksaan kesihatan penuh tanpa sebarang bayaran di klinik swasta berdaftar PeKa B40.
- Bantuan Alat Perubatan — Had Sehingga RM20,000: Jika anda dirawat di hospital kerajaan dan memerlukan alat sokongan perubatan, PeKa B40 akan menampung kos pembelian alat tersebut sehingga had maksimum RM20,000 seumur hidup.
- Insentif Galakan Rawatan Kanser — Had Sehingga RM1,000: Bagi pesakit kanser yang sedang menerima rawatan di hospital kerajaan, PeKa B40 memberikan wang tunai saguhati sebanyak RM1,000. Insentif ini dibayar secara berperingkat mengikut fasa rawatan untuk mendorong pesakit menyelesaikan pelan perubatan mereka (seperti kimoterapi atau radioterapi.
- Subsidi Tambang Pengangkutan – Had Sehingga RM1,000: Bantuan tambang diberikan kepada pesakit yang perlu menaiki kenderaan untuk pergi menerima rawatan di hospital kerajaan.
Adakah Penerima STR Dapat Bantuan Ini Secara Automatik?
Ya, pendaftaran adalah 100% automatik.
Anda tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk mendaftar PeKa B40. Jika status STR 2026 anda adalah Lulus, nama anda dan pasangan secara automatik dimasukkan ke dalam pangkalan data sistem PeKa B40.
Anda hanya perlu hadir ke klinik swasta (klinik am/GP) atau klinik kesihatan kerajaan yang berdaftar dengan logo PeKa B40 untuk menikmati semua manfaatnya secara percuma.
Untuk semakan syarat, kelayakan dan membuat tuntutan mySalam, sila rujuk: Portal Rasmi PekaB40
Siapa Penerima STR?
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 ialah warganegara Malaysia kategori Isi Rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Manakala had pendapatan untuk kategori Bujang ditetapkan pada RM2,500 ke bawah.
Kategori Penerima STR 2026 & Had Pendapatan
Kelayakan bantuan tunai STR dibahagikan mengikut status perkahwinan, umur, dan jumlah pendapatan bulanan:
Isi Rumah (Kahwin / Ibu Bapa Tunggal):
- Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Pendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM5,000.
Warga Emas Tiada Pasangan (Umur 60 tahun ke atas):
- Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah.
Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun):
- Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
Kategori Pendapatan B40 di Malaysia (2026)
Bagi klasifikasi kumpulan B40 (Bottom 40%) di Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menetapkan had pendapatan kasar isi rumah secara nasional berada di bawah purata RM5,250 hingga RM5,906 sebulan.
Sub-Kategori B40:
- B1: Pendapatan bawah RM2,500.
- B2: Pendapatan antara RM2,501 hingga RM3,169.
- B3: Pendapatan antara RM3,170 hingga RM3,969.
- B4: Pendapatan antara RM3,970 hingga RM4,849.
Tertakluk kepada kemas kini lokaliti dan kos sara hidup terkini.
Trivia: Pengelasan pendapatan kini lebih dinamik dan berbeza mengikut lokaliti. Sebagai contoh, had atas B40 di negeri luar bandar seperti Kelantan adalah jauh lebih rendah, manakala di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor, isi rumah berpendapatan sehingga RM9,000 sebulan masih boleh tergolong dalam kategori B40 disebabkan kos sara hidup yang tinggi. Kerajaan juga sedang menguji kerangka Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) melalui pangkalan data PADU untuk menyasarkan bantuan dengan lebih adil.
Maksud Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI)
Pendapatan Boleh Guna Bersih atau Net Disposable Income (NDI) ialah pendapatan sebenar yang tinggal untuk sesebuah isi rumah guna bagi tujuan simpanan atau perbelanjaan selepas menolak cukai, potongan berkanun, dan kos perbelanjaan asas kehidupan.
Kategori Pendapatan Miskin Tegar
Kategori Miskin Tegar dalam sistem eKasih (Pangkalan Data Kemiskinan Nasional) merujuk kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan.
Ini bermakna, pendapatan kasar bulanan mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kalori harian minimum bagi setiap ahli isi rumah untuk mengekalkan kehidupan yang sihat.
Sistem eKasih dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk memastikan bantuan disasarkan dengan tepat.
Had Pendapatan Miskin Tegar (eKasih)
Berkuatkuasa 1 Januari 2026 Penggunaan PGK 2024 Purata Isi Rumah Miskin Tegar bagi semua negeri di Malaysia adalah seperti berikut:
- Miskin Tegar (eKasih): Isi rumah dengan pendapatan bulanan di bawah RM1,236 sebulan (berdasarkan kos minimum asas makanan isi rumah).
- Miskin Mutlak: Isi rumah dengan pendapatan di bawah RM2,705 sebulan (merangkumi makanan dan keperluan asas bukan makanan seperti sewa rumah serta pakaian)
Cara Menyemak Status eKasih
Pendaftaran eKasih tidak dilakukan secara terbuka seperti STR, sebaliknya melalui bancian lapangan oleh ICU JPM atau permohonan melalui Pejabat Daerah.
Anda boleh menyemak sama ada nama anda sudah ada dalam pangkalan data atau tidak dengan melayari Portal Rasmi eKasih dan memasukkan nombor kad pengenalan anda.
Rujukan dan Pertanyaan
Jika mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk di saluran rasmi berikut:
FAQ – Soalan Lazim Bantuan Penerima STR
Tidak perlu. Kesemua bantuan sampingan ini menggunakan kaedah penyasaran data silang (cross-data integration). Jika status permohonan STR 2026 anda adalah Lulus, nama anda secara automatik akan didaftarkan ke dalam sistem SARA, mySalam, dan PeKa B40 tanpa perlu mengisi borang baharu. Namun, untuk menikmati manfaatnya (seperti tuntutan wang hospital mySalam), anda perlu mengemukakan permohonan tuntutan.
Sila semak had umur anda. Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) mengehadkan bantuan saringan dan alat perubatan percuma hanya kepada penerima STR dan pasangan yang berumur 40 tahun ke atas sahaja. Jika anda berumur bawah 40 tahun, anda secara automatik tidak memenuhi kriteria skim ini walaupun lulus STR.
Tidak. Wang pampasan SKK RM1,000 tidak akan dikreditkan secara automatik. Waris terdekat yang berdaftar wajib hadir secara fizikal ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat untuk membuat tuntutan manual dengan membawa Sijil Kematian asal daripada JPN dan Kad Pengenalan waris.
Tidak semua. Kemudahan SKK RM1,000 ini hanya diberikan kepada waris bagi simati yang berada di bawah Kategori Isi Rumah atau Kategori Warga Emas Tiada Pasangan sahaja. Waris kepada penerima STR di bawah Kategori Bujang (umur 21–59 tahun) adalah tidak layak membuat tuntutan SKK.
Boleh, tetapi ada had masa. Baki kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tidak habis dibelanjakan pada bulan semasa akan dibawa (roll over) ke bulan-bulan seterusnya. Walau bagaimanapun, keseluruhan baki kredit tersebut mesti dihabiskan sebelum 31 Disember 2026. Sebarang baki yang tertinggal selepas tarikh tersebut akan dikira hangus dan tidak boleh dibawa ke tahun 2027.
Anda boleh menuntut elaun hospitaliti RM50 sehari untuk maksimum 14 hari setahun (Had nilai maksimum RM700 setahun). Tuntutan boleh dibuat secara berasingan atau sekaligus, asalkan jumlah keseluruhan hari rawatan di wad hospital kerajaan tidak melebihi 14 hari dalam tahun kalendar 2026.
Penafian (Disclaimer): Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat am sahaja berdasarkan data rasmi agensi kerajaan setakat Julai 2026. Penulis dan pemilik portal ini bukanlah wakil rasmi mana-mana agensi kerajaan (seperti LHDN, KPM, atau JPM). Sebarang perubahan dasar, nilai bantuan, atau tarikh tutup permohonan adalah tertakluk kepada keputusan mutlak pihak kementerian berkaitan. Sila layari portal rasmi agensi yang dinyatakan untuk semakan status dan kelulusan hakiki.
Kami tidak pernah meminta sebarang maklumat perbankan, nombor TAC, atau mengenakan sebarang caj bagi maklumat yang dikongsikan dan tidak bertanggungjawab atas tindakan anda. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan (scam) dan hanya memasukkan data peribadi ke dalam sistem pangkalan data rasmi kerajaan yang berakhir dengan domain .gov.my.