Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

55 Pantun Kemerdekaan 2026 Sesuai untuk Ucapan, Majlis Rasmi, Media Sosial – 4 Kerat

Pantun Merdeka 2026

Pantun Kemerdekaan 2026 | Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026! Tahun ini, sambutan kita diserikan lagi dengan tema rasmi “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Tema ini menekankan tentang keadilan sosial, kemakmuran ekonomi yang inklusif, serta kesejahteraan hidup yang dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Bagi memeriahkan suasana Bulan Kebangsaan, berikut adalah himpunan pantun 4 kerat asli yang digubah khas mengikut acuan tema tahun ini untuk kegunaan majlis rasmi, sekolah, pejabat, pertandingan, atau ucapan media sosial anda.


Ringkasan Artikel

  • Tema rasmi Hari Kemerdekaan 2026 ialah “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
  • Kesemua pantun digubah dalam bentuk 4 kerat dengan struktur pola rima akhir a-b-a-b yang seimbang antara pembayang dan maksud.
  • Terdapat lebih 30 pilihan pantun yang dipecahkan mengikut kesesuaian acara, termasuklah kategori perpaduan kaum, patriotisme, pesanan anak muda, majlis rasmi, hinggalah versi santai/lawak.
  • Koleksi pantun ini disasarkan secara meluas untuk kegunaan juruacara majlis rasmi, aktiviti perhimpunan sekolah, pertandingan Bulan Kebangsaan, serta kapsyen kreatif di media sosial.
  • Berfungsi sebagai panduan kreatif am untuk menyemai semangat patriotisme rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026.

Himpunan Pantun Kemerdekaan 2026

Mari rujuk lebih 50 himpunan pantuan 4 kerat bertemakan Hari Kemerdekaan Malaysia 2026 di bawah:

Pantun Merdeka Mengikut Tema Kemerdekaan 2026 (Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati)

1. Tumbuh subur pohon meranti,
Pasak bangsaku teguh dan murni;
Kesejahteraan rakyat sentiasa dinikmati,
Di bawah naungan Malaysia MADANI.

2. Mekar melur di tengah taman,
Harum baunya memikat hati;
Hidup sejahtera sepanjang zaman,
Nikmat merdeka sama dinikmati.

3. Anak muda memegang pelita,
Melangkah megah berpakaian warna warni,
Kemakmuran bersama agenda kita,
Kesejahteraan dinikmati rakyat MADANI.

4. Merayap undan di tepi kawasan,
Singgah bertenggek di pohon jati;
Kemajuan negara jadi wawasan,
Kesejahteraan rakyat sama dinikmati.

5. Dayung sampan menuju muara,
Pastikan niat sentiasa murni;
Saling bersatu hidup sejahtera,
Kesejahteraan dinikmati, Malaysia MADANI.

6. Kibar bendera di tengah kota,
Lagu patriotik berkumandang kini;
Hidup sejahtera agenda kita,
Sama mendokong gagasan MADANI.

logo malaysia madani pantun merdeka

Pantun Merdeka Bertemakan Perpaduan & Toleransi Kaum

7. Kain songket tenunan lama,
Dipakai dara berbaju kebaya;
Pelbagai bangsa hidup bersama,
Kesejahteraan dinikmati negara jaya.

8. Pergi ke kedai membeli baja,
Singgah bertamu di rumah Pak Ali;
Kaum berbeza sama bekerja,
Majukan negara tanpa lali.

9. Pergi ke pasar membeli suasa,
Duduk sebentar diatas batu,
Kemerdekaan anugerah bangsa,
Wajib dijaga sepanjang waktu.

Pantun Merdeka Tema Semangat Patriotisme & Sayangi Negara

10. Bunga melati di atas para,
Harum mewangi di waktu pagi,
Jalur Gemilang lambang negara,
Sambutan Merdeka datang lagi.

11. Naik kereta empat roda,
Singgah sebentar membeli rotan,
Tanah air tempat kita berada,
Jaga bersama penuh kesetiaan.

12. Anak merpati terbang berjajar,
Hinggap sebentar di pohon sena,
Jasa pahlawan tetap terpancar,
Merekalah wira negara pawana.

13. Pergi ke taman bersama mama,
Memetik bunga simpan di peti,
Kemerdekaan bukan sekadar nama,
Wajib kita hargai sepenuh hati

pantun merdeka
FOTO: Jabatan Penerangan Malaysia

Pantun Kemerdekaan Pesanan untuk Pelajar/Anak Muda

14. Pergi kerja membawa nasi,
Makan bersama di bawah pohon Ara,
Rajinlah belajar wahai generasi,
Sedia berbakti demi negara.

15. Burung kenari terbang melata,
Hinggap sebentar di pohon tinggi,
Pelajari sejarah negara kita,
Agar ia tidak berulang lagi

16. Bunga raya bunga kebangsaan,
Tumbuh subur di tepi kawasan,
Belajar tekun jadikan amalan,
Membina bangsa penuh wawasan.

17. Pergi ke pekan membeli buku,
Buku dibawa bersama pena,
Cintai negara sepanjang waktu,
Jadilah rakyat yang berguna.

18. Anak nelayan turun ke kali,
Mencari ikan bersama ayah,
Budaya rasis jangan sesekali,
Agar negara terus jaya.

Pantun Kemerdekaan Untuk Majlis Rasmi (Pembuka Majlis/Penutup)

Pantun Pembuka Majlis Rasmi

19. Tumbuh subur pohon meranti,
Pasak budaya tiang warisan;
Kehadiran tetamu amat dihormati,
Sambutlah salam Bulan Kebangsaan.

20. Tenunan indah kain sutera
Busana tradisi warisan murni;
Majlis dibuka penuh sejahtera,
Menzahirkan agenda Malaysia MADANI.

21. Gagah berani panglima budiman,
Sedia berjuang mempertahankan ummat;
Majlis dibuka penuh kedamaian,
Membina muafakat negara berdaulat.

22. Melaut luas saujana samudra,
Tempat belayar bahtera yang murni;
Tirai dibuka penuh sejahtera,
Satu aspirasi Malaysia MADANI.

23. Teguh berdiri pohon meranti,
Pasak budaya tiang warisan;
Kehadiran hadirin amat dihormati,
Menjadi penyeri Bulan Kebangsaan.

Pantun Penutup Majlis Rasmi

24. Tinggi nilainya buku pustaka,
Khazanah ilmu sebuah negeri;
Selesai sudah majlis merdeka,
Kesejahteraan dinikmati sentiasa lestari.

25. Melaut luas saujana samudra,
Bahtera belayar megah gemilang;
Tamatlah majlis demi negara,
Maju bersama bangsa terbilang.

26. Indah anyaman tali dandani,
Seni ukiran warisan budiman;
Pasak kukuh nusa MADANI,
Salah dan silap mohon kemaafan.

pantun merdeka 2026
FOTO: Jabatan Penerangan Malaysia

Pantun Kemerdekaan Lawak & Santai

27. Balik kerja habis OT,
Matahari panas bak api;
Kesejahteraan negara sama dinikmati,
Sambil merdeka pekena kopi!

28. Kain songket anyaman murni,
Mari dijemur di tepi jeti;
Sokong gagasan Malaysia MADANI,
Hari merdeka kita pun cuti!

29. Dayung sampan ke tengah muara,
Singgah makan semangkuk laksa;
Hidup harmoni aman sejahtera,
Pelbagai menu pelbagai bangsa!

30. Berjalan megah di tengah kota,
Mahu melihat acara kemerdekaan;
Kesejahteraan hidup milik kita,
Lepas merdeka jom sambung makan!

31. Kibar megah Jalur Bendera,
Semangat membara melompat-lompat;
Syukur negara kita aman sejahtera,
Walaupun dompetku kering tak berduit!

32. Burung merpati terbangnya tinggi,
Hinggap sebentar di pohon semanggi;
Sama mendokong Malaysia MADANI,
Turun merdeka nak ushar jejaka je ni!

Pantun Merdeka untuk Ucapan/Kapsyen Media Sosial

33. Mekar cempaka di tepi laman,
Pohon beringin tumbuh keramat;
Kekalkan merdeka penuh kedamaian,
Tanda bersyukur rakyat berdaulat.

34. Tinggi terbang burung si Wani,
Hinggap berehat di pohon cemara;
Semaikan gagasan Malaysia MADANI,
Rakyat hidup aman sejahtera.

35. Mendaki bukit di awal pagi,
Melihat indahnya alam warisan;
Semangat merdeka subur di nadi,
Jalur Gemilang berkibar di semua kawasan.

36. Mekar melur di tepi jeti,
Tempat berteduh anak si Hasan;
Kaum berbeza bersatu hati,
Membina nusa penuh wawasan.

37. Indah anyaman rotan sekaka,
Dibawa dara ke tengah kota;
Saling menghormati hidup merdeka,
Kesejahteraan bersama tanggungjawab kita.

38. Burung terbang tak kira masa,
Hinggap sebentar di dahan jati.
Merdeka dipelihara sepanjang masa,
Malaysia disayangi sepenuh hati.

39. Satu dua kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Mari kibarkan bendera setiap hari,
1 rumah 1 jalur gemilang!

pantun merdeka 2026

40. Pagi berseri embun di laman,
Harum melati mewangi desa,
Cintai negara sepanjang zaman,
Nikmat merdeka kekal terasa.

41.Bunga raya di hujung laman,
Dipetik adik waktu petang,
Perpaduan rakyat jadi pegangan,
Negara aman terus gemilang.

42. Pergi ke zoo melawat gajah,
Singgah sebentar di hujung kota,
Jalur Gemilang berkibar megah,
Lambang negara kita tercinta.

43. Bunga kenanga di tepi titi,
Dalam kolam ada ikan,
Nikmat merdeka syukuri di hati,
Warisan bangsa terus amalkan.

44. Pohon sena rendang daunnya,
Tempat berteduh kala mentari,
Jasa pejuang besar nilainya,
Dikenang selalu setiap hari.

45. Anak rusa berlari pantas,
Anak kucing di rumah Hani,
Majukan negara tanpa rentas,
Rakyat bersatu hidup harmoni.

46. Burung pipit terbang berdua,
Singgah sebentar di dahan mati.
Nikmat merdeka tiada dua,
Akan dipertahan sepenuh hati.

47. Nasi lemak beralas daun,
Dimakan bersama sambal bilis,
Nikmat merdeka terus dibangun,
Malaysia makmur kekal harmonis.

48. Teh tarik manis rasanya,
Diminum pagi bersama kuih,
Pejuang dulu besar jasanya,
Inilah masa mereka diraih.

49. Pagi hari memetik kelapa,
Airnya jernih penawar dahaga.
Jasa pejuang jangan dilupa,
Malaysia, negaraku yang gah.

50. Ada rendang dan kuih bingka,
Mari makan hilangkan lara,
Selamat menyambut Hari Merdeka,
Semoga Malaysia terus sejahtera.

51. Lemang dibakar bersama rendang,
Juadah enak di pagi raya,
Warisan bangsa mesti dipandang,
Malaysia makmur kekal jaya.

52. Wau bulan terbang ke jeti,
Ditiup bayu menjelang petang,
Semangat merdeka semat di hati,
Malaysia berdaulat pantang ditentang.

53. Burung pipit terbang sekawan,
Hinggap berehat di pohon jati,
PM Anwar memimpin wawasan,
Malaysia Madani kesejahteraan dinikmati.

54. Kuih semperit menu lama,
Hidangan istimewa penuh rasa,
Rakyat bersatu tanpa nama,
Malaysia makmur sepanjang masa.

55. Bunga raya lambang negara,
Mekar indah sepanjang hari.
Merdeka dirai penuh gembira,
Malaysia tercinta kekal lestari.

Bila Nak Guna Pantun Merdeka 2026?

Pantun ini boleh digunakan untuk majlis rasmi dan di media sosial bagi menunjukkan semangat patriotik anda

Antaranya ialah:

1. Ucapan Hari Kebangsaan

Sesuai dijadikan:

  • Pembuka ucapan.
  • Penutup ucapan.
  • Persembahan pentas.

2. Aktiviti Sekolah

Contoh penggunaan:

  • Pertandingan pantun patriotik.
  • Perhimpunan sekolah.
  • Sambutan Bulan Kebangsaan.

3. Media Sosial

Pantun pendek sesuai dijadikan:

  • Kapsyen Facebook.
  • Status WhatsApp.
  • Posting Instagram.

Apa Ciri-Ciri Pantun yang Baik?

Sebelum melihat koleksi pantun, penting untuk memahami ciri asas pantun Melayu.

1. Mempunyai Empat Baris

Pantun tradisional biasanya terdiri daripada empat baris:

  • Baris 1 dan 2: Pembayang
  • Baris 3 dan 4: Maksud

2. Mempunyai Ritma Yang Seimbang

Kebanyakan pantun Melayu menggunakan rima:

a-b-a-b

Contoh:

Bunga melati di tepi perigi (a)
Harum mewangi di waktu pagi (b)
Jasa pejuang tetap dihargai (a)
Kemerdekaan disanjung tinggi (b)

Tips Cipta Pantun Merdeka Sendiri

Jika mahu menghasilkan pantun sendiri:

✅ Gunakan perkataan berkaitan negara.
✅ Pastikan ada pembayang dan maksud.
✅ Gunakan rima yang seimbang.
✅ Elakkan ayat terlalu panjang.
✅ Pastikan mesej patriotik jelas.

Fakta Ringkas Hari Kemerdekaan Malaysia 2026

  • Hari Kebangsaan Malaysia disambut pada: 31 Ogos 2026 (Isnin)
  • Tarikh ini memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957.
  • Selain Hari Kebangsaan, rakyat Malaysia turut menyambut Hari Malaysia – 16 September 2026 yang memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

FAQ – Soalan Lazim Hari Kemerdekaan Malaysia 2026

Apakah maksud pantun kemerdekaan?

Pantun kemerdekaan ialah pantun bertemakan semangat patriotisme, cinta negara dan penghargaan terhadap kemerdekaan.

Berapa baris biasanya pantun Melayu?

Pantun tradisional biasanya mempunyai empat baris dengan pembayang dan maksud.

Apakah rima pantun Melayu?

Kebanyakan pantun Melayu menggunakan rima akhir a-b-a-b.

Boleh guna pantun Merdeka untuk pertandingan sekolah?

Ya. Pantun kemerdekaan sangat sesuai digunakan untuk pertandingan, ucapan dan persembahan sekolah.

Bilakah Hari Kemerdekaan Malaysia 2026?

Hari Kebangsaan Malaysia 2026 disambut pada 31 Ogos 2026.

Penafian: Koleksi "Pantun Kemerdekaan 2026" di laman web ini disediakan untuk panduan kreatif dan rujukan am sahaja. 

Asraf merupakan penulis artikel Bahasa Melayu di ewarta.my yang mempunyai pengalaman dalam menganalisis topik semasa, bantuan kerajaan, tips kewangan di Malaysia, dan isu viral untuk menyediakan panduan mudah difahami oleh pembaca umum.

View All Posts

You Missed