MamaKerja 2026: Bantuan Ibu Bekerja Selangor RM1,000 (Panduan Permohonan) – Dibuka 17 Ogos
MamaKerja (Bantuan Ibu Bekerja Selangor) menawarkan bantuan sebanyak RM1,000 yang akan disalurkan menerusi aplikasi Nine kepada 10,000 ibu bekerja Selangor berkelayakan.
Permohonan MamaKerja untuk ibu bekerja Selangor bagi fasa baru dibuka bermula 17 OGOS 2026 seperti yang diumumkan dalam Facebook Anfaal Saari, iaitu EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
Syarat kelayakan utama Bantuan Khas Ibu Bekerja (MamaKerja) adalah ibu bekerja yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah dan berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.
Ketahui syarat kelayakan MamaKerja 2026, siapa yang boleh memohon, dokumen yang perlu disediakan, cara permohonan, tarikh penting serta persoalan lazim yang sering ditanya pemohon di bawah.
Dikemaskini: 17 Ogos 2026
- Ringkasan Artikel
- Siapa Layak Mohon Bantuan MamaKerja Selangor?
- Siapa Yang Tidak Layak?
- Bila Permohonan MamaKerja Dibuka?
- Apa itu MamaKerja?
- MamaKerja, Insentif RM1,000 untuk Ibu Bekerja Selangor
- Berapa Jumlah Bantuan MamaKerja 2026?
- Cara Mohon Bantuan Ibu Bekerja Selangor RM1,000 - MamaKerja
- Persediaan Sebelum Permohonan MamaKerja Dibuka
- Timeline MamaKerja 2026
- Apa Perubahan MamaKerja 2026?
- Rujukan dan Pertanyaan
- FAQ - Soalan Lazim MamaKerja Bantuan Ibu Bekerja Selangor 2026
Ringkasan Artikel
- Program MamaKerja Selangor 2026 menawarkan insentif RM1,000 secara one-off kepada ibu bekerja.
- Syarat utama termasuk pendapatan isi rumah di bawah RM8,000 serta mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah.
- Proses permohonan MamaKerja telah beralih ke super-app NINE, berbanding aplikasi Selangkah sebelum ini.
- Permohonan MamaKerja 2026 dibuka mulai 17 Ogos 2026.
- Jumlah peruntukan program telah ditingkatkan kepada RM10 juta, berbanding RM5 juta sebelum ini.

Siapa Layak Mohon Bantuan MamaKerja Selangor?
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berikut ialah syarat kelayakan permohonan:
- Wanita bekerja dan mempunyai majikan
- Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS atau MamaKerja 1.0
- Berdaftar dengan LHDN atau mempunyai caruman KWSP
- Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah
- Mempunyai anak mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak 6 tahun dan ke bawah
- Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor
MAKLUMAN: SYARAT SEBELUM INI TIGA ANAK BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH, TAPI SYARAT TERKINI mempunyai sekurang-kurangnya 1 anak 6 tahun dan ke bawah.

Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menghantar anak ke:
- Tadika/Taska berdaftar
- Pengasuh yang telah mengikuti Kursus Asas Pengasuhan (KAP) atau Program IMPAK


Siapa Yang Tidak Layak?
Anda mungkin tidak layak sekiranya:
- tidak bekerja;
- tiada sekurang-kurangnya satu anak berumur 6 tahun ke bawah
- pendapatan isi rumah melebihi had yang ditetapkan;
- tidak memenuhi syarat berkaitan rakyat Selangor; atau
- gagal memenuhi syarat/dokumen yang ditetapkan dalam sistem permohonan.
Bila Permohonan MamaKerja Dibuka?
Permohonan fasa baru MamaKerja akan dibuka bermula 17 Ogos 2026 ini melalui aplikasi Nine.
Bantuan ini ditawarkan kepada ibu bekerja yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah serta memenuhi syarat pendapatan isi rumah yang ditetapkan.
Apa itu MamaKerja?
MamaKerja adalah bantuan RM1000 untuk ibu bekerja dan merupakan insentif bantuan kewangan oleh Kerajaan Negeri Selangor khas untuk membantu ibu bekerja yang mempunyai anak kecil.
Bantuan ini diperkenalkan sebagai salah satu manifesto pilihan raya bagi menghargai peranan wanita dalam ekonomi serta meringankan beban kos pengurusan dan penjagaan anak-anak.
Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, insentif ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri untuk mengiktiraf peranan wanita dalam keluarga serta menyokong penyertaan mereka dalam ekonomi negara.
MamaKerja, Insentif RM1,000 untuk Ibu Bekerja Selangor
Kerajaan Negeri Selangor telah menambah peruntukan Program MamaKerja sebanyak RM5 juta menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2.
Ini menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan kini RM10 juta untuk memanfaatkan 10,000 ibu bekerja.
Insentif khas secara one-off (sekali bayar) ini diberikan bertujuan menampung kos penjagaan anak kecil serta meringankan beban kewangan keluarga.

Berapa Jumlah Bantuan MamaKerja 2026?
Pemohon yang berjaya menerima RM1,000 sebagai insentif MamaKerja.
Bantuan ini merupakan bayaran sekali sahaja (one-off) ya dan bukan bayaran bulanan RM1,000.
Cara Mohon Bantuan Ibu Bekerja Selangor RM1,000 – MamaKerja
Permohonan Bantuan Ibu Bekerja Selangor ini dibuka melalui aplikasi NINE bermula 17 Ogos 2026.
Sebelum permohonan dibuka pada 17 Ogos 2026, anda boleh muat turun aplikasi NINE siap-siap untuk memudahkan permohonan anda.
- Langkah 1: Semak syarat kelayakan. Pastikan anda memenuhi syarat MamaKerja 2026 sebelum memulakan permohonan.
- Langkah 2: Muat turun aplikasi NINE. Gunakan pautan rasmi Google Play atau App Store.
- Langkah 3: Daftar akaun. Lengkapkan maklumat pendaftaran yang diperlukan.
- Langkah 4: Log masuk aplikasi NINE untuk permohonan MamaKerja. Pilih banner/butang permohonan MamaKerja pada 17 Ogos 2026.
- Langkah 5: Isi maklumat: Masukkan maklumat diri, pekerjaan, pendapatan dan anak seperti yang perlukan.
- Langkah 6: Muat naik dokumen dalam format yang dibenarkan.
- Langkah 7: Semak dan hantar. Pastikan semua maklumat tepat sebelum menghantar.
Langkah 8: Simpan bukti. Simpan nombor rujukan atau bukti penghantaran jika diberikan.

NOTA: Sebelum ini, permohonan bantuan MamaKerja boleh dilakukan melalui aplikasi Selangkah. Namun, permohonan baharu yang akan dibuka Ogos ini, permohonan perlu dilakukan melalui aplikasi NINE seperti yang diumumkan oleh MB Selangor.
Persediaan Sebelum Permohonan MamaKerja Dibuka
1. Muat Turun Aplikasi NINE
Anda boleh muat turun aplikasi NINE di:

2. Sediakan Dokumen yang Diperlukan
Senarai dokumen rasmi untuk fasa 2026 hendaklah dirujuk berdasarkan arahan yang dipaparkan dalam aplikasi NINE ketika permohonan dibuka.
Walau bagaimanapun, berdasarkan permohonan yang dibuka sebelum ini, berikut ialah dokumen-dokumen yang mungkin diperlukan:
- Kad Pengenalan pemohon
- Kad Pengenalan pasangan
- MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Anak Angkat
- Salinan penyata gaji pemohon yang terkini
- Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada penyata gaji
- Salinan penyata bank pemohon
- Penyata KWSP pemohon yang terkini atau penyata EA atau penyata EC
- Dokumen pengesahan pengundi Selangor
Nota: Senarai di atas ialah persediaan awal berdasarkan keperluan permohonan terdahulu.
Artikel lain: 10 Tips Elak Burnout Sebagai Suri Rumah – Cadangan Aktivti yang Mudah Dilakukan
3. Buat Checklist Permohonan MamaKerja 2026
Sebelum membuat permohonan, semak dahulu perkara berikut:
- Memenuhi syarat berkaitan tempat tinggal/rakyat Selangor ✅
- Mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah ✅
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 ✅
- Memenuhi syarat berkaitan pekerjaan dan majikan ✅
- Memenuhi keperluan dokumen yang ditetapkan ✅
- Memenuhi syarat tambahan yang dinyatakan dalam sistem permohonan ✅
- Melengkapkan semua dokumen yang diperlukan ✅
- Sediakan maklumat pendapatan isi rumah ✅
- Pastikan akaun bank aktif ✅
- Pastikan nombor telefon boleh menerima OTP✅
- Simpan dokumen dalam format yang mudah dimuat naik (PDF)✅
Timeline MamaKerja 2026
Program insentif MamaKerja Fasa 2.0 (2026) oleh Kerajaan Negeri Selangor telah dikemas kini dengan garis masa (timeline) rasmi permohonan seperti berikut:
📌9 Ogos 2026: Pengumuman rasmi tarikh pembukaan oleh Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari.
📌17 Ogos 2026: Permohonan fasa baharu dibuka secara rasmi.
Berdasarkan fasa bantuan Kerajaan Negeri Selangor yang lalu, proses pengesahan dan penyaluran biasanya mengambil masa sekitar 14 hari bekerja selepas permohonan disahkan lengkap. Tarikh rasmi pembayaran fasa 2026 akan dikemas kini sebaik sahaja diumumkan.
Apa Perubahan MamaKerja 2026?
MamaKerja Terdahulu (Sebelum ini) vs Mama Kerja 2026
| Perkara | Program terdahulu | Fasa 2026 |
|---|---|---|
| Bantuan | RM1,000 | RM1,000 |
| Sasaran anak | Tiga anak berumur 12 tahun ke bawah | Sekurang-kurangnya seorang anak 6 tahun dan ke bawah |
| Had pendapatan | RM8,000 | RM8,000 |
| Sasaran penerima | 5,000 | 10,000 |
| Saluran | Selangkah | NINE |
Untuk rakyat Selangor, anda juga mungkin layak memohon Baucar Kita Selangor 2026 – RM100/bulan Selama 6 Bulan.
Rujukan dan Pertanyaan
Dapatkan maklumat terkini mengenai MamaKerja (Bantuan Ibu Bekerja Selangor 2026), anda boleh terus rujuk Facebook Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
Pastikan juga anda sudah muat turun aplikasi NINE untuk persediaan sebelum permohonan dibuka Ogos nanti.
Artikel disemak berdasarkan sumber rasmi:
- Pengumuman Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari
- EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfal Saari
- Media Selangor
FAQ – Soalan Lazim MamaKerja Bantuan Ibu Bekerja Selangor 2026
MamaKerja 2026 ialah program bantuan kewangan khas daripada Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan insentif tunai secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM1,000 kepada ibu bekerja.
Tidak. MamaKerja ialah insentif kepada ibu bekerja bukan untuk anak. Rujuk syarat dan ketetapan permohonan 2026 untuk pengesahan.
Manfaat ini dikhususkan hanya untuk wanita yang sedang bekerja dan mempunyai majikan rasmi.
Syarat kelayakan utama Bantuan Khas Ibu Bekerja (MamaKerja) adalah ibu bekerja yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 anak berumur 6 tahun ke bawah dan berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.
Permohonan boleh dilakukan melalui aplikasi NINE bermula OGOS 2026.
Tidak. MamaKerja merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang dikhususkan kepada pemohon yang memenuhi syarat sebagai penduduk/rakyat Selangor.
Tidak. MamaKerja merupakan insentif RM1,000 secara one-off, bukan bayaran bulanan.
Permohonan dijadualkan dibuka pada 17 Ogos 2026.
Fasa 2026 menetapkan sekurang-kurangnya seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah, tertakluk kepada syarat rasmi.
Tarikh pembayaran akan dikemas kini selepas pengumuman rasmi.
Tidak boleh. Penerima bantuan BINGKAS, TUNAS, atau ASUH PINTAR secara rasminya tidak layak untuk memohon insentif MamaKerja 2026.
- Diterbitkan: 8 Ogos 2026
- Dikemaskini: 11 Ogos 2026. Artikel dikemas kini dengan maklumat tarikh pembukaan permohonan, saluran permohonan dan sasaran penerima berdasarkan pengumuman terkini.
Penafian: Artikel mengenai Program Bantuan Ibu Bekerja Selangor (MamaKerja 2026) ini ditulis bertujuan untuk tujuan maklumat, pendidikan, dan rujukan am sahaja. Laman web ini adalah sebuah portal maklumat bebas dan TIDAK mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan mana-mana jabatan kerajaan. Portal kami sama sekali tidak akan meminta, mengumpul, atau menyimpan maklumat peribadi sensitif anda dan TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas tindakan anda, kerugian kewangan, atau sebarang salah faham yang timbul.