65 Ucapan Hari Konvokesyen untuk Diri Sendiri, Graduan & Pensyarah + Poster
Tengah cari ucapan sempena hari konvokesyen? Tak perlu pergi tempat lain, anda boleh rujuk 50 ucapan, kata-kata dan quotes sempena hari konvokesyen untuk graduan, dan pensyarah yang dikongsikan di sini.
Anda boleh gunakan ucapan Hari Konvokesyen ini untuk ditulis di dalam kad, WhatsApp, kapsyen media sosial dan sebagainya.
Jom semak di bawah!
Nak cari hadiah konvo, rujuk 60 Idea Hadiah Sempena Konvokesyen untuk Rakan Kuliah & Pensyarah
- Kategori 1: Ucapan Inspirasi & Motivasi Masa Depan (Untuk Graduan)
- Kategori 2: Ucapan Santai & Lucu untuk Rakan Karib & Kapsyen Media Sosial
- Kategori 3: Ucapan Berunsur Islami, Doa & Kesyukuran
- Kategori 4: Ucapan Penghargaan Khas Untuk Pensyarah & Mentor
- Kategori 5: Ucapan & Quotes Konvokesyen untuk Kapsyen Media Sosial Kepada Diri Sendiri Sebagai Graduan
- Cara Memilih Ucapan Konvokesyen Yang Sesuai
- Fakta Menarik Mengenai Hari Konvokesyen Malaysia 2026
- FAQ - Soalan Lazim Ucapan Hari Konvokesyen untuk Diri Sendiri, Graduan & Pensyarah
Kategori 1: Ucapan Inspirasi & Motivasi Masa Depan (Untuk Graduan)
Kategori ucapan ini sangat sesuai ditulis pada kad ucapan fizikal yang disertakan bersama jambangan bunga (bouquet) atau hadiah utama sewaktu hari konvokesyen.
1. Selamat bergraduasi! Gulungan ijazah di tanganmu hari ini bukan sekadar sekeping kertas, ia adalah bukti ketekunan, malam-malam tanpa tidur, dan pengorbanan yang tidak terhitung. Selamat melangkah ke fasa industri yang sebenar!
2. Selamat Hari Konvokesyen! Semoga kejayaan sentiasa milik anda.
3. Genggam erat impianmu. Hari ini adalah garisan penamat bagi satu pusingan, tetapi ia juga merupakan garisan permulaan bagi perlumbaan kehidupan yang lebih besar. Terbanglah setinggi yang mampu!
4. Kejayaan tidak datang kepada mereka yang menunggu, tetapi kepada mereka yang berusaha. You prove it! Selamat bergraduasi!
5. Selamat bergraduasi! Ingatlah bahawa ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang memberi kebaikan kepada orang lain. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.

6. Tahniah! Jangan pernah berhenti belajar walaupun slip peperiksaan terakhir sudah ditangan. Kehidupan sebenar adalah universiti tanpa penghujung.
7. Setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian luar biasa anda. Usaha yang konsisten memang tidak akan pernah mengkhianati hasil!
8. Hari ini dunia meraikan kejayaan anda, tetapi esok dunia menanti sumbangan besar anda. Selamat maju jaya dalam kerjaya pilihan anda!
9. Kejayaan hari ini adalah permulaan untuk masa depan yang lebih cemerlang. Teruskan melangkah dengan penuh yakin dan berani. Selamat bergraduasi!
10. Tahniah, Graduan 2026! Biar tinggi mana pun anda terbang nanti, sentiasalah membumi dengan budi pekerti yang mulia.
Kategori 2: Ucapan Santai & Lucu untuk Rakan Karib & Kapsyen Media Sosial
Gunakan ucapan santai dan penuh penghargaan di bawah untuk hantaran (post) secara terus ke aplikasi WhatsApp atau media sosial rakan anda.
11. Selamat bergraduasi semua. Akhirnya tamat juga penantian kita. Selepas ini tiada lagi kelibat kau tidur dalam dewan kuliah atau cuak subuh-subuh sebab lupa hantar assignment!
12. Selamat konvo! Welcome to the unemployment clubโฆ eh tak, gurau je! Semoga cepat dapat kerja dan boleh belanja keluarga makan besar setiap bulan!
13. We did it! Ingat lagi tak zaman kita survive makan mi segera hujung bulan sebab elaun habis? Hari ini kita pakai jubah konvo sama-sama. Alhamdulilah. Next mission, cari kerja oi!
14. Tahniah berjaya menjadi graduan tahun ini! Dah boleh buang dah alarm pukul 7 pagi tu. Tapi bersedialah untuk alarm kerja pula lepas n haha!
15. Selamat bergraduasi! Terima kasih sebab sentiasa jadi partner-in-crime aku sepanjang buat group project. Kalau kau tak ada, tak tahu lah aku nak survive macam mana. Semoga cepat dapat kerja dan gaji banyak.

16. Happy Graduation Day. Akhirnya, segala penderitaan mengadap assignment dan exam dah tamat. Jom kita raikan hari ini dengan gembira!
17. Tahniah kawan! Dah rasmi jadi alumni. Lepas ni kalau rindu universiti, kita datang sebagai pelawat korporat okay?
18. Selamat konvo! Semoga jubah yang kau pakai hari ini membakar semangat kau untuk terus sukses dan cepat-cepat dapat kerja.
19. Dari zero ke hero, dari bilik kuliah ke pentas konvo. Tahniah weh, kau memang layak dapat kejayaan ini! Selamat bergraduasi dan semoga dapat kerjaya impian.
20. Happy graduation! Sijil dah dapat, jodoh bila lagi? Harapnya lepas ni pelamin pula menyusul. Eh, tak, cari kerja dulu oi!!
Kategori 3: Ucapan Berunsur Islami, Doa & Kesyukuran
Ucapan jenis ini sangat digemari oleh golongan ibu bapa, saudara-mara, atau dikongsi dalam grup WhatsApp keluarga kerana sarat dengan doa yang berkat.
21. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kejayaan konvokesyen [NAMA/GELARAN] hari ini. Semoga ilmu yang diperoleh diberkati-Nya dan menjadi jariah yang berpanjangan dunia dan akhirat.
22. Barakallah feekum, [NAMA/GELARAN]. Selamat bergraduasi hari ini . Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk menjadi insan yang lebih bertakwa dan bermanfaat kepada ummah.
23. Tahniah atas kejayaan menggenggam ijazah. Doa kami agar Allah SWT sentiasa mempermudahkan segala urusan pekerjaan dan kembara hidup [NAMA/GELARAN] selepas ini.
24. Selamat Hari Konvokesyen. Jadikanlah ilmu di dadamu sebagai pelita yang menerangi jalan yang gelap, dan sentiasalah bersyukur atas nikmat akal yang dianugerahkan-Nya.
25. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi atas kejayaan [NAMA/GELARAN] hari ini. Semoga cemerlang di dunia, dan lebih cemerlang di akhirat kelak. Tahniah!

26. Selamat bergraduasi. Semoga setiap titisan peluh dan air mata sepanjang menuntut ilmu dikira sebagai amal soleh dan jihad di jalan Allah.
27. Tahniah! Di sebalik kejayaan hari ini, ada doa ibu bapa yang tidak pernah putus di tikar sejadah. Sentiasalah menghormati mereka agar hidupmu terus diberkati.
28. Barakallah atas pencapaian ini. Semoga Allah membuka pintu-pintu rezeki yang luas dan halal buatmu sejurus melangkah keluar dari dewan konvokesyen.
29. Selamat Konvokesyen 2026. Semoga ilmu yang dipelajari mampu membezakan antara yang hak dan yang batil dalam menempuh pancaroba zaman moden ini.
30. Alhamdulillah, syabas atas kejayaan [NAMA/GELARAN] yang bergraduasi hari ini. Sentiasalah meletakkan pergantungan kepada Allah dalam fasa baharu kehidupanmu selepas ini.
Kategori 4: Ucapan Penghargaan Khas Untuk Pensyarah & Mentor
Gunakan senarai ucapan formal dan penuh hormat ini untuk dihantar terus melalui emel rasmi atau kad ucapan penghargaan kepada pensyarah/fakulti.
31. Kepada Dr./Prof/Tuan/Puan yang dihormati, terima kasih yang tidak terhingga atas segala bimbingan, kesabaran, dan ilmu yang dicurahkan sepanjang saya bergelar mahasiswa. Kejayaan saya hari ini adalah hasil didikan murni pihak Dr./Prof. Terima kasih, doakan kejayaan saya sentiasa.
32. Selamat Hari Konvokesyen dan terima kasih buat para pensyarah yang tidak pernah jemu melayan kerenah kami. Jasa dan pengorbanan anda akan sentiasa terpahat di sanubari.
33. Tanpa lilin yang membakar diri, masakan kami mampu melihat jalan menuju kejayaan. Terima kasih wahai pensyarah tersayang atas ilmu yang sangat bernilai ini.
34. Kepada pensyarah penyelia saya, terima kasih kerana mempercayai bakat saya ketika saya sendiri meragui kemampuan diri. Semoga pahala berpanjangan untukmu.
35. Penghargaan setingginya buat barisan pensyarah yang tidak jemu mendidik dan memberi tunjuk ajar. Anda bukan sekadar mengajar subjek akademik, tetapi turut mendidik kami tentang erti kehidupan dan profesionalisme. Doakan anak didik kalian ini, sentiasa berjaya dunia akhirat.
36. Selamat Hari Konvokesyen. Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik, masa yang dikorbankan, dan kesabaran para pensyarah dengan ganjaran pahala yang melimpah-limpah serta keberkatan hidup yang berpanjangan.
37. Ilmu yang Dr./Prof/Puan curahkan adalah pelaburan terbesar untuk masa depan saya. Terima kasih kerana bukan sahaja menjadi seorang tenaga pengajar yang hebat, malah sebagai mentor dan inspirasi terbaik sepanjang pengajian saya.
38. Salam hormat dan ucapan terima kasih setingginya buat seluruh warga akademik fakulti. Anda semua adalah arkitek utama di sebalik tabir yang mencorakkan kejayaan dan masa depan para graduan bagi tahun 2026 ini. Terima kasih!
39. Ikhlas daripada seorang pelajar yang banyak terhutang budi: Terima kasih atas setiap helaian ilmu, waktu konsultasi yang diberikan, dan tunjuk ajar yang telah membuka luas ufuk pemikiran saya untuk melihat dunia dengan lebih matang. Doakan kami sentiasa!

40. Kepada pensyarah yang dikasihi, ketahuilah bahawa setiap bait kata semangat dan ilmu yang dicurahkan di dalam dewan kuliah akan sentiasa kami bawa sebagai azimat dan panduan hidup dalam melangkah ke fasa seterusnya. Terima kasih sebanyak-banyaknya!
41. Kejayaan menggenggam segulung ijazah hari ini adalah mustahil tanpa titipan ilmu dan sokongan moral daripada pihak pensyarah. Terima kasih kerana tidak pernah berputus asa dengan potensi dan kebolehan kami.
42. Apresiasi setingginya buat mentor saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membetulkan setiap kesilapan tugasan saya dan sentiasa memberikan ruang untuk saya memperbaiki diri demi mencapai kecemerlangan ini.
43. Selamat Hari Konvokesyen buat para pendidik nusa. Segala jasa, budi, dan ilmu yang telah dipindahkan kepada kami akan kami manfaatkan sebaiknya demi agama, bangsa, dan tanah air tercinta.
44. Terima kasih Dr./Prof/Tuan/Puan atas segalanya. Doa kami agar para pensyarah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan akademik, dan terus menjadi pelita yang menerangi jalan buat generasi akan datang.
45. Terima kasih kerana sentiasa mendorong kami untuk memberikan yang terbaik. Segala teguran membina daripada pihak Prof/Dr telah membentuk saya menjadi insan yang lebih matang, berdaya saing, dan bersedia menempuh alam kerjaya.
Kategori 5: Ucapan & Quotes Konvokesyen untuk Kapsyen Media Sosial Kepada Diri Sendiri Sebagai Graduan
Nak buat ucapan kepada diri sendiri? Nah, ini beberapa koleksi ucapan, quotes dan kata-kata menarik sempena Hari Konvokesyen yang boleh anda gunakan untuk tulis di media sosial dan sebagainya.
46. The tassel was worth the hassle. Alhamdulillah, selesai. Terima kasih diri sendiri kerana tidak pernah mengalah dalam meneroka potensi diri.
47. Jubah hitam, skrol di tangan, masa depan di hadapan. Selamat tinggal status mahasiswa!
48. Officially a graduate. Don’t code your future, create it.
49. Peluh semalam menjadi senyuman hari ini. Terima kasih diri sendiri kerana tidak pernah menyerah.
50. Hotter by one degree. Let the next chapter begin!
51. Proud of how far I’ve come, excited for where I’m going
52. Dari bilik kuliah yang sejuk, ke pentas konvo yang penuh hangat. We made it!
53. Keep throwing obstacles, I will keep turning them into degrees.
54. Ijazah di tangan, doa mak ayah di hati. Ini baru permulaan.
55. She believed she could, so she did. Happy Convocation 2026!
56.Tamat sudah fasa mi segera, selamat datang fasa dunia sebenar.
57. Dream big, work hard, stay humble. Next stop: The real world.
58. Terima kasih untuk setiap malam yang panjang, hari ini fajar kejayaan akhirnya tiba.
59. Graduated! Sekarang masanya untuk mengubah teori menjadi realiti.
60. Behind this smile, there were endless cups of coffee, breakdown sessions, and laptop screens open until 4 AM. I survived, I learned, and today, I conquered. Happy graduation, dearself!

61. They see the cap and the gown, but only I know the hustle and the growth behind it. Cheers to the version of me that refused to give up.
62. Alhamdulillah, tamat sebuah penceritaan di menara gading. Terima kasih kepada diri ini yang tidak pernah berpaling daripada memikul amanah ilmu. Fasa seterusnya, selamat datang!
63. Bukan sekadar menggenggam segulung ijazah, tetapi menggenggam sebuah bukti bahawa saya jauh lebih kuat daripada apa yang saya jangkakan. Happy Graduation Day to a resilient me!
64. Satu fasa telah ditutup dengan penuh kesyukuran, satu lembaran baharu sedia untuk ditulis dengan penuh keyakinan. Terima kasih diri sendiri kerana berjaya menamatkan perjalanan ini dengan penuh bermakna.
65. To the younger version of me who dreamed of this exact moment: We finally did it. The late nights, the tears, and the hard work all paid off today. Happy Graduation, dearself!
Cara Memilih Ucapan Konvokesyen Yang Sesuai
Pemilihan ucapan boleh disesuaikan dengan penerima dan situasi.
Untuk graduan
Jika ucapan ditujukan kepada kawan atau ahli keluarga, gunakan ayat yang lebih santai dan peribadi. Anda boleh menambah nama graduan, nama universiti atau bidang pengajian.
Contohnya:
โTahniah [Nama] atas kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang [Nama Bidang]. Semoga terus berjaya dalam fasa kehidupan yang seterusnya!โ
Untuk pensyarah
Ucapan kepada pensyarah pula biasanya lebih sopan dan berunsur penghargaan. Nyatakan secara ringkas bagaimana bimbingan mereka memberi kesan kepada perjalanan akademik anda.
Untuk kapsyen media sosial
Gunakan ucapan yang pendek supaya mudah dibaca dan mencuit hati. Atau, boleh pilih yang lebih peribadi dan menyentuh hati.
Fakta Menarik Mengenai Hari Konvokesyen Malaysia 2026
Majlis konvokesyen terus menjadi acara penting bagi institusi pengajian tinggi dan institusi pendidikan di Malaysia sepanjang 2026.
1. Anggaran Jumlah Graduan 2026: Dianggarkan lebih 300,000 hingga 350,000 graduan daripada Universiti Awam (UA), Universiti Swasta (IPTS), politeknik, dan kolej komuniti di seluruh Malaysia bergraduasi pada tahun 2026.
2. Majlis konvokesyen di Malaysia tidak berjalan serentak tetapi terbahagi kepada dua musim utama:
- Fasa 1 (Mac โ Mei): Biasanya melibatkan konvokesyen universiti swasta dan majlis giliran bagi kes-kes tertangguh.
- Fasa 2 (September โ Disember): Ini adalah waktu puncak (peak traffic) di mana universiti awam (IPTA/IPTS) mengadakan istiadat konvokesyen secara besar-besaran.
3. Sistem e-Scroll: Menjelang tahun 2026, hampir kesemua universiti di Malaysia telah menyepadukan sistem e-Scroll berasaskan teknologi Blockchain bagi mengesahkan ketulenan sijil secara digital dalam tempoh beberapa saat, bagi mengekang isu ijazah palsu.
4. Kebolehpasaran Graduan: Graduan tahun 2026 merupakan kelompok pertama yang menghabiskan sebahagian besar pengajian mereka dengan integrasi penuh teknologi Kecerdasan Buatan (Generative AI) seperti ChatGPT dalam sistem pembelajaran. Fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun ini adalah melahirkan graduan yang AI-literate untuk memenuhi kehendak industri korporat.
5. Berapa gaji graduan baharu?
Secara amnya, purata gaji permulaan bagi graduan baharu (fresh graduate) pemegang ijazah sarjana muda di Malaysia pada tahun 2026 adalah dalam lingkungan RM2,500 hingga RM3,500 sebulan. Walau bagaimanapun, data pasaran menunjukkan sebahagian besar graduan (sekitar 65%) masih menerima gaji di bawah paras RM3,000.
FAQ – Soalan Lazim Ucapan Hari Konvokesyen untuk Diri Sendiri, Graduan & Pensyarah
Imbangkan ucapan kejayaan anda dengan zahir kesyukuran kepada Tuhan serta penghargaan kepada sistem sokongan utama seperti ibu bapa, rakan sekuliah, dan para pensyarah. Gunakan frasa puitis seperti “membumi dengan budi pekerti” untuk mengekalkan nada yang rendah diri (humble).
Ucapan terbaik ialah ucapan yang ikhlas dan sesuai dengan hubungan anda dengan graduan. Anda boleh menggabungkan tahniah, penghargaan terhadap usaha graduan dan doa untuk masa depan.
Waktu paling optimum adalah pada pagi hari kejadian majlis atau sejurus selepas mereka selesai keluar dari dewan konvokesyen bersama skrol. Anda boleh menghantar ucapan pendek melalui WhatsApp/Telegram, atau meninggalkan komen di hantaran media sosial mereka bagi meraikan detik bermakna tersebut.
Gunakan bahasa rasmi dan penuh hormat, mulakan dengan kata sapaan akademik yang betul (contoh: YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan), nyatakan nama penuh serta kod subjek/projek anda, dan akhirinya dengan ucapan doa kesejahteraan buat mereka. Elakkan sama sekali penggunaan singkatan perkataan atau emoji kasual yang melampau.
Ucapan penghargaan yang menyebut tentang ilmu, bimbingan, nasihat dan kesabaran pensyarah sangat sesuai digunakan.
Purata gaji permulaan bagi pemegang ijazah sarjana muda terbaharu adalah dalam lingkungan RM2,500 hingga RM3,500 sebulan, bergantung kepada industri dan lokasi pekerjaan.
