Baucar Kita Selangor – Pengesahan & Permohonan Baru Mulai 23 Jun 2026

baucar kita selangor

Pengagihan bantuan Baucar Kita Selangor bernilai RM100 sebulan selama 6 bulan akan bermula pada 30 Jun 2026.

Manakala, semakan untuk pra pendaftaran bagi penerima Kategori A dan permohonan baru untuk ibu tunggal (Kategori B) boleh dilakukan bermula hari ini, 23 Jun 2026 di https://baucarkitaselangor.com/

Individu yang tersenarai dan layak akan menerima pesanan SMS rasmi secara berperingkat bermula 23 Jun 2026.

Bagi yang mendapat SMS, anda boleh membuat pengesahan maklumat dan memuat naik dokumen sokongan di portal rasmi www.baucarkitaselangor.com.

Permohonan baru untuk ibu tunggal sahaja dibuka 23 Jun 2026 sehingga 31 Disember 2026.

Ringkasan Artikel

Program Baucar Kita Selangor menyediakan bantuan kewangan RM100 sebulan selama enam bulan kepada golongan sasar di bawah Kategori A (Pra-Daftar) dan Kategori B (Ibu Tunggal), tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.

  • Jumlah Bantuan:RM100 sebulan
  • Tempoh Bantuan: 6 bulan
  • Jumlah Keseluruhan: RM600
  • Tarikh Permohonan: 23 Jun 2026 – 31 Disember 2026
  • Pendapatan Isi Rumah: RM5,000 dan ke bawah
  • Kategori Sasaran:
    • Pra-Daftar (Kategori A) & Ibu Tunggal (Kategori B)
  • Kaedah Permohonan: Portal Selangkah & pengesahan atas talian
  • Tempoh Semakan: 30 hari bekerja (Selcare)
  • Saluran Bantuan: E-dompet Selangkah
  • Polisi Baki: Zero-rise (baki tidak dibawa ke bulan hadapan)
baucar kita selangor

Bila Bantuan Baucar Kita Selangor Diagihkan? – Bermula 30 Jun 2026

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, mengumumkan secara rasmi dalam sidang media bahawa agihan pertama bantuan Baucar Kita Selangor bernilai RM100 boleh mula digunakan oleh penerima yang layak pada 30 Jun 2026.

Bagi memastikan bantuan ini sampai kepada golongan sasar, pihak kerajaan negeri akan meneliti dan memutakhirkan senarai data penerima pada 22 hingga 23 Jun 2026 terlebih dahulu sebelum sebarang notifikasi makluman dihantar kepada mereka.

Rujukan Info: Media Selangor

Maklumat Bantuan Baucar Kita Selangor

  • Kadar Bantuan: RM100 setiap bulan.
  • Tempoh Bantuan: Selama 6 bulan bermula 30 Jun 2026.
  • Jumlah Sasaran: 50,000 keluarga berpendapatan rendah (B40) yang kurang berkemampuan.
  • Hanya individu yang tersenarai dan layak sahaja akan menerima pesanan SMS rasmi secara berperingkat bermula 23 Jun 2026.
  • Permohonan baru untuk kategori ibu tunggal sahaja melalui
Tarikh / Garis Masa Peristiwa Penting
22 JunPengumuman rasmi pelancaran mekanisma program oleh Menteri Besar Selangor.
23 JunSemakan kelayakan dan permohonan baru dibuka
30 JunPengagihan dan penggunaan pertama bantuan RM100 fasa pertama dijadualkan bermula.
baucar kita selangor

Bagaimana Cara Semak Kelayakan Baucar Kita Selangor?

Semak Kelayakan Baucar Kita Selangor 2026 boleh dilakukan melalui https://baucarkitaselangor.com/.

  • Klik Semak Kelayakan
  • Masukkan no kad pengenalan > klik SEMAK.

Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan pra-pendaftaran bagi kategori Pemohon BINGKAS, Ketua Isi Rumah Miskin, ‘New Poor’, serta Kelompok Rentan & Penjaga.

Siapa Layak Terima Baucar Kita Selangor?

Kategori A: Pra Daftar iaitu senarai penerima yang telah dikenal pasti menerusi pangkalan data kerajaan seperti berikut:

  • Pemohon BINGKAS
  • Ketua Isi Rumah Miskin
  • Pekerja yang telah diberhentikan disebabkan krisis
  • Penjaga kepada kelompok rentan termasuk penyelaras dan penyelia PPDK dan PAWE, guru taska serta ibu bapa kepada anak Orang Kurang Upaya (OKU).

Kategori B: Ibu Tunggal iaitu wanita yang kematian suami atau bercerai hidup.

baucar kita selangor

Kriteria Kelayakan

Bagi kedua-dua kategori, pemohon mestilah memenuhi kriteria asas seperti berikut:

  • Warganegara: Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Penduduk: Menetap dan mempunyai alamat tempat tinggal di Selangor.
  • Pengundi: Merupakan pemilih (pengundi) yang berdaftar di Negeri Selangor.
  • Had Pendapatan: Mempunyai pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM5,000.00 dan ke bawah sahaja.
  • Had Bantuan: Had maksima adalah seorang penerima sahaja bagi setiap isi rumah, dan bukan penerima aktif bantuan BINGKAS.

NOTA:

  • Cara Memastikan Kelayakan: Anda tidak perlu keliru atau meneka kategori anda sendiri. Anda perlu semak nombor kad pengenalan anda di portal Selangkah dahulu.
  • Sistem akan terus memaparkan sama ada profil anda sudah tersenarai di bawah Kategori A (Pra-Daftar) atau mengarahkan anda mengisi borang baharu jika anda seorang Ibu Tunggal (Kategori B).

Permohonan Baru Baucar Kita Selangor 2026 – Ibu Tunggal

Permohonan Khas dibuka khusus untuk golongan Ibu Tunggal sahaja bermula 23 Jun 2026Klik Sini untuk Memohon.

Kategori Penerima Kaedah Saluran / Permohonan
KATEGORI A
• Isi rumah miskin tegar (eKasih)
• Golongan rentan berdaftar JKM
• Individu hilang pekerjaan
• Pemohon BINGKAS yang belum lulus
Tidak perlu mohon baharu.
Penerima yang terpilih akan menerima pemberitahuan SMS secara berperingkat bermula 23 Jun 2026. Anda hanya perlu log masuk ke portal untuk membuat pengesahan maklumat.
KATEGORI B
• Ibu tunggal yang terpaksa bekerja sambil menyara anak.
• Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Boleh buat permohonan baharu.
Jika anda memenuhi kriteria ibu tunggal tetapi tidak menerima SMS atau tiada dalam data sedia ada, anda dibenarkan mengisi permohonan baharu secara terus di portal.

Dokumen Sokongan

Anda perlu menyediakan dokumen sokongan berikut untuk membuat pengesahan atau permohonan baru Baucar Kita Selangor:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan suami/isteri pemohon (jika berkaitan).
  3. Bukti tempat tinggal (bil utiliti atas nama pemohon atau suami/isteri).
  4. Pengesahan pengundi Selangor melalui slip Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  5. Slip gaji pemohon & pasangan ATAU surat pengesahan pendapatan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
  6. Salinan dokumen cerai / sijil kematian.

Permohonan Baucar Kita Selangor dibuka mulai 23 Jun 2026 sehingga 31 Disember 2026. Pastikan anda menyediakan semua dokumen sokongan yang diperlukan sebelum mengemukakan permohonan bagi melancarkan proses semakan dan kelulusan.

Berapa Kadar Bantuan Baucar Kita Selangor?

Kadar bantuan Baucar Kita Selangor 2026 ialah sebanyak RM100 yang diberikan selama 6 bulan berturut-turut. Jumlah keseluruhan bantuan ialah RM600.

Senarai Barangan

Hanya barangan keperluan asas yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi Program Baucar Kita Selangor di kedai panel.

Berikut ialah senarai barangan asas yang boleh dibeli menggunakan Baucar Kita Selangor RM100:

  1. Beras
  2. Mi dan bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan garam
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Ubat-ubatan
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  12. Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan
  13. Sabun, kelengkapan mandian, dan bahan pencuci
  14. Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
  15. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
  16. Barangan persekolahan (kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya)
  17. Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah/akademik)
Senarai Barangan
Hanya barangan keperluan asas yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi Program Baucar Kita Selangor di kedai panel.

Berikut ialah senarai barangan asas yang boleh dibeli menggunakan Baucar Kita Selangor RM100:

Beras
Mi dan bihun
Roti
Biskut
Telur
Gula dan garam
Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
Tepung
Minyak masak
Ubat-ubatan
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan
Sabun, kelengkapan mandian, dan bahan pencuci
Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
Barangan persekolahan (kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya)
Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah/akademik)

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026

Selain Baucar Kita Selangor, terdapat 6 lagi inisiatif lain di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor (PPDTS) Fasa 1 yang diumumkan oleh Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor (PPDTS) Fasa 1 ini melibatkan peruntukan lebih RM140 juta untuk melaksanakan tujuh inisiatif utama bagi membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026
Gambar daripada: Instagram ngszehan

Rujukan dan Pertanyaan

Sila hubungi talian bantuan 1800-22-6600 pada waktu pejabat sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Baucar Kita Selangor 2026.

Layari juga Portal Selangkah dan Facebook Media Selangor untuk info lebih lanjut.mengenai bantuan-bantuan yang disediakan.

Anda juga boleh menyemak hab bantuan sepadu di portal AKSES Kerajaan Negeri Selangor untuk mengetahui pelbagai jenis inisiatif/bantuan untuk warga Selangor.

Pastikan anda baca SOALAN LAZIM (https://baucarkitaselangor.com/soalan-lazim) untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Amaran Penting: Elakkan Menjadi Mangsa Scam

Pihak SUK Selangor mengingatkan orang ramai agar tidak menekan sebarang pautan (link) tidak sah di media sosial atau SMS yang mendakwa menyediakan borang permohonan Baucar Kita Selangor. Pihak kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang borang dalam talian untuk bantuan spesifik ini.

FAQ – Soalan Lazim Bantuan Baucar Kita Selangor

Soalan Lazim Bantuan Kita Selangor boleh dirujuk di: https://baucarkitaselangor.com/soalan-lazim

Bilakah tarikh rasmi bantuan Baucar Kita Selangor mula diagihkan?

Agihan pertama bernilai RM100 dijadualkan bermula pada 30 Jun 2026. Bantuan bulanan ini akan berjalan berturut-turut selama enam bulan bagi membantu meringankan kos sara hidup golongan sasar.

Adakah saya perlu memohon atau mengisi borang untuk mendapatkan bantuan ini?

Tidak perlu. Kerajaan Negeri Selangor menegaskan bahawa program ini tidak dibuka untuk permohonan umum. Tiada borang dalam talian mahupun borang fizikal yang dikeluarkan untuk tujuan pendaftaran baru.

Bagaimana proses pemilihan penerima dilakukan jika tiada permohonan terbuka?

Pemilihan dilakukan sepenuhnya secara bersasar menggunakan kaedah padanan data automatik. Kerajaan negeri menyaring maklumat daripada pangkalan data sedia ada milik agensi kerajaan.

Bilakah semakan data selesai dan bilakah keputusan kelayakan akan dimaklumkan?

Proses penilitian dan pemutakhiran senarai data akhir penerima akan dijalankan oleh pihak kerajaan negeri pada 22 hingga 23 Jun 2026. Selepas senarai dimuktamadkan, notifikasi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar secara berperingkat bermula 23 Jun 2026 kepada mereka yang terpilih.

Apakah langkah yang perlu saya buat selepas menerima SMS kelayakan?

Penerima yang mendapat SMS rasmi dikehendaki melakukan pengesahan maklumat diri serta mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan. Proses ini dilakukan terus melalui Portal Rasmi Baucar Kita Selangor sebelum agihan kredit diaktifkan pada 30 Jun.

Siapa yang layak terima Baucar Kita Selangor?

Golongan sasar yang layak dibahagikan kepada dua kategori:

Kategori A: Pra Daftar iaitu senarai penerima yang telah dikenal pasti menerusi pangkalan data kerajaan seperti berikut:

-Pemohon BINGKAS
-Ketua Isi Rumah Miskin
-Pekerja yang telah diberhentikan disebabkan krisis
-Penjaga kepada kelompok rentan termasuk penyelaras dan penyelia PPDK dan PAWE, guru taska serta ibu bapa kepada anak Orang Kurang Upaya (OKU).

Kategori B: Ibu Tunggal iaitu wanita yang kematian suami atau bercerai hidup.

Kalau dah dapat BINGKAS, boleh mohon lagi ke Baucar Kita Selangor?

Tidak layak. Pemohon mestilah bukan daripada kalangan penerima sedia ada bagi mana mana bantuan oleh Kerajaan Negeri demi mengelakkan pertindihan bantuan.

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my. Menulis berkaitan bantuan kerajaan, kewangan, pelaburan runcit tempatan dan turut aktif menulis beberapa topik lain berkaitan gaya hidup, tips harian dan topik trending. Komited menyediakan panduan yang tepat dan telus.

View All Posts

You Missed