iTEKAD Bank Muamalat – Geran & Modal Kerja untuk Usahawan Asnaf & B40 (Panduan Permohonan)

itekad bank muamalat

Program iTEKAD Bank Muamalat menyediakan bantuan modal kerja yang fleksibel, suntikan geran aset, serta latihan perniagaan percuma untuk membantu meningkatkan ekonomi usahawan mikro daripada golongan B40 dan asnaf di seluruh Malaysia.


Berita baik untuk usahawan kecil yang mencari insentif kewangan bagi mengukuhkan perniagaan, artikel panduan permohonan iTEKAD Bank Muamalat ini akan membantu anda memahami syarat kelayakan dan proses pendaftaran dengan mudah.

Program ini diperluaskan melalui rakan strategik negeri sepertiYayasan Hijrah Selangor bagi menyantuni lebih banyak usahawan tempatan.

Setakat Mei 2026, Bank Muamalat melaporkan sebanyak RM38.62 juta telah diagihkan kepada 3,669 usahawan kecil yang memerlukan melalui program iTEKAD.


Ringkasan Artikel – iTEKAD Bank Muamalat

  • iTEKAD ialah program kewangan sosial untuk membantu usahawan berpendapatan rendah dan golongan rentan.
  • Bank Muamalat merupakan salah satu institusi kewangan yang menyertai inisiatif iTEKAD Bank Negara Malaysia.
  • Program Bank Muamalat merangkumi sokongan kewangan serta elemen pembangunan kemahiran dan daya tahan kewangan.
  • Jumlah pembiayaan, bentuk bantuan dan syarat tidak semestinya sama bagi setiap program iTEKAD.
  • Pemohon perlu mendapatkan maklumat terkini terus daripada Bank Muamalat atau rakan pelaksana yang menguruskan program berkenaan sebelum membuat permohonan.

Bagi memahami dengan lebih mendalam bagaimana inisiatif kewangan sosial ini dapat membantu mengembangkan perniagaan kecil anda, mari tonton perkongsian ringkas daripada En. Hj Zaharuddin, Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat menerusi video di bawah:

@bankmuamalatmy Anda seorang usahawan mikro dan ingin tahu tentang kelebihan iTEKAD Bank Muamalat? Jom dengar sendiri perkongsian daripada En. Hj Zaharuddin, Ketua Jabatan Kewangan Sosial di mana beliau kongsi bagaimana iTEKAD Bank Muamalat boleh membantu usahawan mikro dalam memajukan perniagaan. Dapatkan info lanjut di www.muamalat.com.my/muamalatcares/itekad #ReallyEh #iTEKADBankMuamalat #KehidupanLebihBaikBersama โ™ฌ original sound – Bank Muamalat Malaysia Berhad

iTEKAD Bank Muamalat – Pinjaman Atau Bantuan?

iTEKAD Bank Muamalat merupakan sebahagian daripada inisiatif kewangan sosial yang menyediakan sokongan kepada usahawan B40 dan asnaf yang merangkumi modal, pembiayaan mikro, latihan dan bimbingan perniagaan.

Ia bukanlah produk pinjaman konvensional biasa atau bantuan kewangan percuma (one-off). โŒ

Berbeza dengan pinjaman bank biasa yang mengenakan kadar faedah tinggi, komponen kewangan dalam iTEKAD menggunakan struktur Mudarabah (perkongsian keuntungan) yang digabungkan bersama sumbangan Zakat atau Sedekah (geran modal) untuk pembelian aset perniagaan.

Inisiatif murni ini diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk membantu usahawan mikro daripada golongan B40 dan asnaf membina pendapatan yang stabil dan mampan.

Bank Muamalat dan Hijrah Selangor menyasarkan seramai 1,000 usahawan mikro mendapat manfaat dana iTEKAD menjelang Disember 2027.


Menurut Bank Negara Malaysia, iTEKAD Keusahawanan menggabungkan tiga elemen utama:

  • Geran Modal (Bantuan Korporat / Zakat): Dana bantuan ini diberikan terus dalam bentuk aset atau peralatan perniagaan seperti mesin, perkakas, atau kelengkapan kedai. Bahagian bantuan ini tidak perlu dibayar balik oleh usahawan.
  • Pembiayaan Modal Kerja: Kemudahan modal pusingan sehingga RM10,000 untuk membeli bahan mentah atau menampung kos operasi harian. Komponen ini menggunakan kontrak perkongsian keuntungan Islam yang adil tanpa faedah (riba). Tertakluk kepada struktur dan syarat program.
  • Latihan Kewangan & Mentor: Program bimbingan wajib secara percuma untuk melatih usahawan dalam aspek pengurusan tunai, pemasaran digital, dan cara mendapatkan sijil Halal.

Ini bermaksud iTEKAD bukan hanya memberikan pinjaman tunai biasa semata-mata.  Matlamatnya lebih luas, iaitu membantu penerima membina perniagaan dan meningkatkan kemampuan kewangan dalam jangka panjang.

Infografik pelaksanaan iTekad

iTEKAD bukan sahaja memberikan “pancing” (bantuan modal) tetapi turut mengajar usahawan “cara memancing dengan betul” (latihan perniagaan) supaya mereka dapat berdikari dan menaik taraf taraf hidup keluarga.

Siapa Boleh Memohon?

Program iTEKAD Bank Muamalat disasarkan khas untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan sokongan modal.

Berikut adalah syarat kelayakan utama yang perlu anda penuhi untuk memohon program ini:

  1. Berumur antara 21 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.
  2. Memenuhi kriteria perusahaan mikro (pemilikan tunggal dan perkongsian).
  3. Perusahaan mikro adalah milik warganegara Malaysia.
  4. Perusahaan mikro hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu tahun dalam perusahaan mikro.

Sektor Perniagaan yang Layak Memohon iTEKAD Bank Muamalat

Program iTEKAD Bank Muamalat tidak dibuka kepada semua jenis perniagaan secara meluas. Bagi memastikan bantuan ini memberikan impak ekonomi yang paling optimum, program kewangan sosial ini memberikan tumpuan penuh kepada tiga (3) sektor utama berikut:

Kategori ini disasarkan kepada individu yang bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan mikro berasaskan kemahiran kreatif dan perkhidmatan digital fleksibel. Golongan yang layak di bawah sub-sektor ini termasuk:

  • Kraf Tangan dan Jahitan: Pengusaha kedai jahitan pakaian atau pembuat barangan kraf tangan tradisional.
  • Peniaga Dalam Talian: Usahawan peniaga kecil yang menjual produk fizikal atau digital menerusi platform e-dagang dan media sosial.
  • Pekerja Bebas (Freelancer): Individu yang menawarkan perkhidmatan profesional secara kontrak atau tugasan harian.

Sektor ini merangkumi rantaian penyediaan dan penjualan makanan yang menjadi nadi utama ekonomi komuniti setempat. Sub-sektor yang terlibat adalah:

  • Katering: Pengusaha khidmat penyediaan makanan bagi majlis keramaian, institusi, atau acara pejabat.
  • Pengeluar Produk dan Makanan: Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengeluarkan produk makanan berbungkus, snek, pes masakan, atau bakeri dari rumah.

Disasarjab khas kepada komuniti luar bandar dan pinggir bandar yang mengusahakan sumber bumi bagi menjamin sekuriti makanan negara. Usahawan mikro yang layak merangkumi:

  • Penjual Pasar Tani: Peniaga yang menjual hasil tani segar secara terus kepada pengguna di tapak pasar tani.
  • Petani: Pengusaha tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, atau tanaman kontemporari secara kecil-kecilan.
  • Penoreh Getah dan Penternak Haiwan: Komuniti peladang kecil yang mengusahakan ladang komoditi atau menternak haiwan ternakan (seperti ayam, kambing, atau lembu).

Sekiranya perniagaan anda tergolong dalam salah satu daripada tiga sektor di atas dan anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau bimbingan onboarding perniagaan mikro, anda boleh menghubungi pihak pengurusan melalui saluran emel rasmi di: itekadgroup@muamalat.com.my

Apa yang Baharu Mengenai iTEKAD pada Tahun 2026?

Kerajaan telah menyuntik peruntukan tambahan sebanyak RM35 juta di bawah Belanjawan 2026 untuk memperluas skop program.

Hasilnya, ekosistem iTEKAD kini berkembang kepada tiga sub-program utama iaitu:

  1. iTEKAD Entrepreneurship (Keusahawanan): Program asal yang menggunakan kriteria kelayakan di atas (geran modal + pembiayaan mikro).
  2. iTEKAD Protection (Perlindungan): Kini dibuka kepada semua penghantar barang (rider gig) dan peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk mendapatkan perlindungan takaful mikro mampu milik tanpa perlu menjadi peserta usahawan iTEKAD terlebih dahulu.
  3. iTEKAD Employment (Pekerjaan): Sub-program terbaharu yang diluncurkan pada 2026 bersama Bank Negara Malaysia untuk melatih individu daripada komuniti rentan (termasuk pelajar tercicir, ibu tunggal, dan pencari kerja) agar mendapat penempatan kerjaya mampan.

2 Kategori iTekad Bank Muamalat

Program iTEKAD di bawah Bank Muamalat secara rasminya terbahagi kepada dua kategori utama.

Pembahagian ini dibuat berdasarkan sumber dana dan jenis kontrak Syariah yang digunakan untuk membantu usahawan mikro B40 dan asnaf.

Pelabur membuat pelaburan โžก๏ธ Wang diuruskan oleh Bank โžก๏ธ Wang disalurkan kepada Asnaf / B40.

  • Kontrak Syariah: Berasaskan Mudarabah (perkongsian keuntungan).
  • Cara Berfungsi: Bank Muamalat mempertemukan pelabur (pemilik modal) dengan anda (pengusaha). Modal diberikan untuk menggerakkan perniagaan anda.
  • Pembahagian Hasil: Jika perniagaan untung, keuntungan akan dibahagikan bersama mengikut peratusan yang dipersetujui awal.
  • Risiko: Jika berlaku kerugian bukan disebabkan kecuaian atau salah laku pengusaha, kerugian modal ditanggung oleh pelabur mengikut prinsip Mudarabah dan terma perjanjian.
  • Sektor Sasaran Tumpuan: Terhad dan difokuskan kepada 3 sektor utama sahaja iaitu Makanan dan Minuman (F&B), Ekonomi Gig, dan Pertanian.
  • Manfaat Peserta:
    • Latihan pengupayaan perniagaan.
    • Modal permulaan.
    • Bimbingan dan pemantauan berterusan.
    • Untung yang diperoleh dibahagikan bersama pelabur.

Kategori ini digerakkan melalui dana kerjasama agensi kerajaan negeri (seperti Yayasan Hijrah di Selangor) serta gabungan dana zakat dan wakaf.

  • Kontrak Syariah: Berasaskan Qard (pinjaman ihsan tanpa faedah).
  • Cara Berfungsi: Perkataan Mahabbah bermaksud kasih sayang. Anda diberikan pembiayaan modal kerja yang sangat bersih daripada unsur riba.
  • Sistem Bayaran: Anda hanya perlu membayar balik jumlah pokok yang dipinjam sahaja secara ansuran (contohnya: terima RM5,000, bayar balik cukup RM5,000). Pihak bank atau kerajaan tidak mengambil untung satu sen pun.

Bagaimana iTEKAD Mahabbah dijalankan?

  1. Bank mengumpulkan dana daripada pembiaya.
  2. Peserta berkelayakan dicadangkan oleh Perunding Latihan dan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Zakat Bank Muamalat.
  3. Peserta yang berjaya terpilih wajib mengikuti program latihan pembangunan perniagaan.
  4. iTEKAD Mahabbah menyediakan modal permulaan kepada usahawan Asnaf dan B40.
  5. Peserta menjalankan perniagaan menggunakan modal daripada iTEKAD Mahabbah.
  6. Dalam tempoh pembiayaan, peserta membayar pembiayaan seperti dipersetujui & menyediakan laporan prestasi perniagaan berkala sehingga tamat program (Tempoh program: 1 Tahun).

Berapakah Jumlah Dana yang Boleh Diterima Melalui iTEKAD?

Ramai yang keliru dan menyamakan program iTEKAD dengan produk pinjaman bank biasa.

Di Bank Muamalat, jumlah dana yang boleh diterima oleh seorang pemohon tidak mempunyai satu angka tetap (tiada flat rate universal).

Ini kerana iTEKAD bertindak sebagai sebuah program payung (umbrella programme) kewangan sosial yang memiliki pelbagai struktur dan rakan pelaksana yang berbeza.

Terdapat dua model utama di bawah ekosistem Bank Muamalat, iaitu iTEKAD Mawaddah dan iTEKAD Mahabbah:

  • iTEKAD Mawaddah: Menggunakan dana daripada pelabur dengan kontrak Syariah berasaskan Mudarabah (perkongsian keuntungan). Bagi iTEKAD Mawaddah, Bank Muamalat pernah menyatakan penyediaan modal kerja sehingga RM10,000 kepada usahawan B40 dan Asnaf yang terpilih.
  • iTEKAD Mahabbah: Menggunakan dana kerjasama daripada kerajaan negeri (seperti skim iPUSH di Pahang) menggunakan kontrak Qard (pinjaman ihsan tanpa faedah/riba).

Oleh itu, jumlah bantuan atau pembiayaan yang bakal diterima oleh seseorang usahawan adalah sangat dinamik dan bergantung sepenuhnya kepada faktor berikut:

  • Jenis program iTEKAD yang disertai (Mawaddah atau Mahabbah).
  • Sumber suntikan dana (Zakat wakalah, sumbangan korporat, atau dana kerajaan negeri).
  • Sektor perniagaan dan keperluan modal sebenar alatan yang dipohon.
  • Kelayakan pemohon dan hasil penilaian profil perniagaan oleh rakan pelaksana.

Jangan keliru antara produk Pembiayaan Peribadi-i Bank Muamalat dan iTEKAD. Pembiayaan Peribadi-i ialah produk komersial berbeza yang boleh mencecah sehingga RM400,000. iTEKAD pula adalah murni untuk bantuan mikro-usahawan B40 dan asnaf bagi membina kelangsungan perniagaan kecil.

Bagi usahawan mikro yang bimbang dengan jeratan hutang, anda boleh menarik nafas lega. Program iTEKAD Bank Muamalat langsung tidak mengenakan sebarang kadar faedah (interest) atau bunga.

Sistem bayaran dan pengurusan dana adalah telus serta patuh Syariah sepenuhnya melalui dua kaedah ini:

  • Bagi iTEKAD Mahabbah (Model Qard): Kategori ini menggunakan kontrak Qard (Pinjaman Ihsan). Di bawah prinsip ini, anda hanya perlu membayar balik jumlah pokok yang dipinjam sahaja tanpa ada satu sen pun caj tambahan atau keuntungan bank. Jika anda memohon pembiayaan modal kerja sebanyak RM5,000, maka jumlah yang perlu dipulangkan dalam tempoh setahun adalah genap RM5,000 sahaja.
  • Bagi iTEKAD Mawaddah (Model Mudarabah): Kategori ini berasaskan Mudarabah (Perkongsian Keuntungan). Anda tidak membayar faedah bulanan tetap. Sebaliknya, jika perniagaan anda menghasilkan keuntungan, pulangan tersebut akan dibahagikan mengikut nisbah peratusan yang dipersetujui awal. Jika tiada untung atau berlaku kerugian (bukan atas kelalaian anda), anda tidak perlu menanggung kerugian kewangan tersebut.

Implikasi cukai bergantung kepada jenis dana, struktur program dan keadaan cukai penerima. Pemohon yang mempunyai persoalan berkaitan percukaian disarankan mendapatkan pengesahan daripada LHDN atau penasihat cukai.


4 Nilai Tambah Utama iTEKAD Bank Muamalat – Manfaat

Bukan sekadar memberikan bantuan modal pusingan, program iTEKAD Bank Muamalat menyediakan ekosistem sokongan menyeluruh melalui empat komponen nilai tambah berikut:

01. Pembiayaan Mikro: Akses modal kerja patuh syariah yang fleksibel dan adil bagi membantu peniaga kecil-kecilan mengekalkan pusingan tunai perniagaan yang sihat.

02. Latihan Kemahiran: Bimbingan intensif dan latihan pengurusan perniagaan secara praktikal untuk meningkatkan ilmu keusahawanan serta kecekapan operasi peserta.

03. Modal Permulaan: Suntikan dana awal (biasanya digabungkan dengan geran aset/peralatan) untuk membantu usahawan memulakan atau menaik taraf tapak perniagaan mereka.

04. Pensijilan Halal: Bimbingan dan bantuan khas untuk membantu produk usahawan mikro mendapatkan pensijilan Halal rasmi (JAKIM), sekali gus membuka pasaran yang lebih luas dan premium.

Untuk pengetahuan anda, Bank Muamalat telah diiktiraf di peringkat industri menerusi kemenangan Excellence Award bagi kategori Islamic Retail Banking in Malaysia.


Panduan Permohonan iTEKAD Bank Muamalat

Bagi usahawan mikro, golongan B40, dan asnaf yang ingin memohon program kewangan sosial ini, berikut adalah panduan memohon iTEKAD Bank Muamalat:

Proses permohonan iTEKAD Bank Muamalat boleh dilakukan melalui: Kunjungan Terus ke Cawangan Bank Muamalat.

  1. Hadir ke cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad yang paling hampir dengan lokasi perniagaan anda.
  2. Temui pegawai dan nyatakan hasrat untuk memohon program iTEKAD (Mawaddah atau Mahabbah).
  3. Pegawai bank akan menyerahkan borang permohonan rasmi dan menyemak dokumen sokongan yang anda bawa.

Anda juga boleh menghantar profil perniagaan ringkas dan bertanyakan mengenai permohonan terkini dengan menghantar emel terus ke unit pengurusan iTEKAD Bank Muamalat di: itekadgroup@muamalat.com.my

Jika Terpilih

  • Anda diwajibkan menghadiri program latihan pembangunan perniagaan dan bimbingan pengurusan kewangan secara percuma yang disediakan oleh Bank Muamalat.
  • Dana geran modal permulaan (aset) atau pembiayaan mikro akan disalurkan mengikut fasa struktur perniagaan bagi memastikan kelangsungan perniagaan anda dalam tempoh kitaran program (minimum 1 tahun).

Adakah iTEKAD Hanya Ditawarkan oleh Bank Muamalat?

Tidak, iTEKAD tidak hanya ditawarkan oleh Bank Muamalat sahaja.

iTEKAD sebenarnya adalah sebuah program payung (umbrella programme) nasional yang diwujudkan dan dipantau secara rasmi oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank Muamalat Malaysia Berhad merupakan salah satu daripada institusi kewangan pelaksana yang dilantik untuk menjayakan inisiatif ini.

Senarai Bank Lain yang Menawarkan Program iTEKAD Keusahawanan

  1. AEON Bank (Bank Digital Islam)
  2. Affin Islamic Bank
  3. Agrobank
  4. AIBIM (Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia)
  5. Alliance Islamic
  6. AmBank Islamic
  7. Bank Islam
  8. Bank Muamalat
  9. Bank Rakyat
  10. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  11. CIMB Islamic Bank
  12. Hong Leong Islamic Bank
  13. Maybank Islamic
  14. Public Islamic Bank
  15. RHB Islamic Bank
  16. SME Bank

Satu perkembangan menarik di bawah ekosistem iTEKAD nasional adalah penyertaan AEON Bank, iaitu bank digital Islam pertama di Malaysia. Ini menunjukkan program bantuan modal ini sedang bergerak ke arah pendigitalan sepenuhnya bagi memudahkan urusan usahawan mikro masa kini.

Artikel berkaitan: Kelebihan Kad Pink AEON Bank โ€“ Patuh Syariah, Cashback, Profit Rate 3.00%, Boleh Diguna Diluar Negara


Tips Penting Sebelum Memohon iTEKAD Bank Muamalat

1. Sediakan Ringkasan Operasi Perniagaan

Pihak bank menilai potensi kelangsungan perniagaan anda. Sediakan nota ringkas mengenai:

  • Jenis produk atau perkhidmatan yang dijual.
  • Kumpulan sasaran pelanggan utama anda.
  • Anggaran keperluan modal alatan atau kos operasi harian.
  • Strategi perniagaan menjana pendapatan mampan.

2. Urus Transaksi Akaun secara Berdisiplin

Asingkan aliran tunai perniagaan daripada perbelanjaan peribadi. Walaupun menggunakan akaun bank peribadi untuk perniagaan mikro, pastikan rekod kemasukan modal dan hasil jualan kelihatan jelas serta teratur dalam penyata bank.

3. Simpan Rekod Aliran Kewangan Semasa

Sediakan catatan ringkas atau salinan resit bagi urusan:

  • Jumlah jualan harian/bulanan.
  • Kos pembelian bahan mentah.
  • Baki stok barangan semasa.
  • Rekod keuntungan bersih perniagaan.

4. Mohon Jumlah Dana Mengikut Keperluan Sebenar

Gunakan dana secara bertanggungjawab. Jika pelan pembesaran atau pembelian peralatan perniagaan hanya memerlukan RM5,000, elakkan daripada memohon had maksimum tanpa pelan penggunaan wang yang jelas.

5. Teliti Terma Kontrak Syariah Sebelum Bersetuju

Sebelum menandatangani dokumen perjanjian iTEKAD Mawaddah (Mudarabah) atau iTEKAD Mahabbah (Qard), pastikan anda menyemak:

  • Jumlah dana yang diluluskan.
  • Nisbah perkongsian keuntungan atau jadual ansuran pokok.
  • Tempoh program atau pembiayaan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian.
  • Caj pengurusan rasmi (jika ada).
  • Syarat penggunaan dana dan implikasi sekiranya berlaku kegagalan komitmen.

Perbezaan iTEKAD vs Pembiayaan Peribadi-i

Skrol ke sisi →
Ciri / Fitur iTEKAD Bank Muamalat Pembiayaan Peribadi-i
Tujuan Utama Bantuan modal khusus untuk kelangsungan perniagaan mikro. Pinjaman peribadi untuk kegunaan pengguna (konsumer) am.
Kumpulan Sasaran Usahawan mikro daripada golongan B40 dan asnaf. Individu bekerja tetap (kakitangan awam / swasta berpendapatan stabil).
Had Pembiayaan Mengikut keperluan perniagaan. Maksimum sehingga RM400,000.
Unsur Faedah / Bunga Tiada (0% Riba). Menggunakan kontrak kebajikan Qard atau perkongsian untung Mudarabah. Menggunakan kadar keuntungan bank komersial berasaskan kadar tetap atau terapung.
Komponen Nilai Tambah Menyediakan geran modal (aset/peralatan percuma), latihan keusahawanan wajib, dan bimbingan sijil Halal. Tiada geran modal dan tiada sebarang program latihan perniagaan disediakan.
Syarat Dokumen Syarikat Wajib mempunyai pendaftaran SSM yang aktif minimum selama 1 tahun. Tidak memerlukan pendaftaran SSM (bersandarkan slip gaji bulanan pekerjaan tetap).

Rujukan & Pertanyaan

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau penipuan daripada pihak ketiga (scammer), sila gunakan saluran perhubungan rasmi Bank Muamalat Malaysia Berhad di bawah untuk urusan permohonan dan semakan kuota:

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.

FAQ – Soalan Lazim iTEKAD Bank Muamalat

1. Apa itu Pinjaman iTEKAD Bank Muamalat?

iTEKAD Bank Muamalat ialah sebahagian daripada inisiatif kewangan sosial yang membantu usahawan daripada golongan B40, Asnaf dan segmen rentan, bergantung kepada program yang ditawarkan. Sokongan boleh merangkumi pembiayaan, modal serta latihan perniagaan.

Adakah iTEKAD merupakan pinjaman percuma?

Tidak wajar menganggap semua iTEKAD sebagai pinjaman percuma. Struktur bantuan bergantung kepada program. Contohnya, Bank Negara Malaysia menyenaraikan iTEKAD Mahabbah Bank Muamalat sebagai program yang menyediakan pinjaman ihsan/pembiayaan Qard untuk sektor tertentu.

Berapa maksimum pinjaman iTEKAD?

Tiada satu jumlah maksimum yang boleh digunakan untuk semua program iTEKAD Bank Muamalat. Jumlah bergantung kepada program, sumber dana, sektor, kelayakan dan penilaian permohonan.

Adakah B40 boleh memohon iTEKAD?

Golongan B40 merupakan antara kumpulan sasaran iTEKAD Bank Muamalat. Namun, pemohon tetap perlu memenuhi syarat khusus program yang sedang ditawarkan.

Adakah Asnaf boleh memohon?

Asnaf termasuk dalam kumpulan sasaran yang dinyatakan Bank Muamalat untuk iTEKAD. Namun, status Asnaf sahaja tidak semestinya bermaksud permohonan akan diluluskan kerana syarat program perlu dipenuhi.

6. Bolehkah iTEKAD digunakan untuk memulakan perniagaan?

Sesetengah program iTEKAD memang bertujuan membantu usahawan memulakan atau meneruskan perniagaan. Namun, penggunaan dana bergantung kepada terma program yang diluluskan.

Perlu ada perniagaan sedia ada?

Tidak semestinya untuk semua program. Ada program yang bertujuan membantu penerima memulakan perniagaan, manakala program lain mungkin memberi tumpuan kepada perniagaan yang telah berjalan. Semak syarat program semasa.

Adakah iTEKAD sama dengan Pembiayaan Peribadi-i Bank Muamalat?

Tidak. iTEKAD ialah inisiatif kewangan sosial dengan sasaran dan struktur tertentu, manakala Pembiayaan Peribadi-i ialah produk pembiayaan peribadi Bank Muamalat.

9. Di mana hendak mendapatkan maklumat rasmi iTEKAD?

Anda boleh mendapatkan maklumat melalui laman rasmi Bank Muamalat dan Bank Negara Malaysia.
iTEKAD Bank Muamalat
iTEKAD Bank Negara Malaysia

10. Adakah permohonan iTEKAD dijamin lulus?

Tidak. Setiap permohonan tertakluk kepada syarat program, dokumen dan proses penilaian pihak yang mengendalikan program.

Penafian: Maklumat yang disediakan di atas adalah untuk tujuan panduan am sahaja dan dirujuk daripada portal rasmi Bank Muamalat dan Bank Negara Malaysia. Kelulusan permohonan, terma kontrak, dan jumlah pembiayaan adalah tertakluk sepenuhnya kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Sila rujuk terus kepada cawangan bank rasmi untuk info lebih terperinci. 

ewarta.my adalah portal informasi bebas dan tidak mempunyai kaitan rasmi dengan Bank Muamalat atau Bank Negara Malaysia. Segala permohonan perlu dibuat terus menerusi saluran rasmi perbankan."

Tags:

Asraf merupakan penulis artikel Bahasa Melayu di ewarta.my yang mempunyai pengalaman dalam menganalisis topik semasa, bantuan kerajaan, tips kewangan di Malaysia, isu viral serta liputan berita dan acara nasional di Malaysia. Komited untuk menyediakan panduan mudah difahami oleh pembaca umum.

View All Posts

You Missed