Cara Tebus Baucar Buku MADANI RM100 MySiswaPlace untuk Pelajar IPT & Senarai Buku Disyorkan

BAUCAR BUKU MADANI

Pelajar IPT boleh menebus Baucar Buku MADANI bernilai RM100 secara digital melalui portal rasmi MySiswaPlace bermula 15 Julai 2026, pukul 11.00 pagi sehingga 31 Oktober, 11.59 malam.

Inisiatif ini dikendalikan oleh Yayasan Perkasa Siswa (YPS) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meringankan beban mahasiswa mendapatkan buku rujukan akademik.

Haritu dah buka untuk pelajar sekolah menengah (penebusan melalui Book Capital bermula 1 Julai 2026 (10 pagi) sehingga 31 Oktober 2026 (11.59 malam).

Kali ini giliran untuk pelajar IPT pula, melalui MySiswaPlace bermula 15 Julai, Rabu.

BAUCAR BUKU MADANI

Baucar Buku MADANI RM100 untuk Pelajar IPT Boleh Ditebus 15 Julai 2026, Rabu

Bermula Rabu, 15 Julai 2026, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia kini boleh menebus Baucar Buku MADANI bernilai RM100 secara digital melalui portal MySiswaPlace.

Inisiatif khas oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini bertujuan membantu meringankan kos pembelian buku rujukan akademik dan bahan bacaan ilmiah pelajar sepanjang sesi pengajian.

Menurut kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, pemberian baucar buku ini juga adalah sebagai galakkan pembudayaan amalan membaca dan menimba ilmu.

Jika anda berstatus pelajar aktif warganegara Malaysia, pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini!

Pelajar sekolah menengah boleh tebus Baucar Buku Madani melalui Book Capital: Baucar Buku MADANI RM100 & Baucar Buku eKasih RM300 – Cara Tebus & Syarat

baucar buku madani pelajar ipt

Siapa Layak Tebus Baucar Buku MADANI RM100 (Kategori Pelajar IPT)

Pelajar yang layak menebus Baucar Buku MADANI RM100 bagi kategori IPT adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sehingga 31 Mac 2026
  • Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa.

Baucar digital ini merangkumi hampir kesemua fasa pengajian tinggi akademik dan profesional, termasuk:

  • Sijil / Asasi / Matrikulasi
  • Diploma / Diploma Lepasan Ijazah
  • Ijazah Sarjana Muda (Bachelor’s Degree)
  • Ijazah Sarjana (Master’s Degree)
  • Doktor Falsafah (PhD)
  • Kursus Profesional (yang bertaraf Diploma dan ke atas serta diiktiraf kerajaan)

Pelajar mestilah sedang menuntut di mana-mana institusi yang berada di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), iaitu:

  • Universiti Awam (UA)
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
MYSISWAPLACE BAUCAR BUKU
Thread: MySiswaPlace

Macam Mana Nak Tahu Layak ke Tidak?

Anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen permohonan fizikal. Anda hanya perlu:

  1. Layari laman sesawang MySiswaPlace di https://mysiswaplace.my/
  2. Daftar akaun baharu menggunakan Nombor Kad Pengenalan (IC) anda.
  3. Sistem akan membuat padanan data automatik dengan pangkalan data KPT. Jika nama anda tersenarai sebagai pelajar aktif, kredit RM100 akan terus dimasukkan ke dalam dompet akaun digital anda.

Ini Cara Tebus Baucar Buku MADANI RM100 untuk Pelajar IPT – Melalui MySiswaPlace

Pelajar IPT yang nak tebus Baucar Buku MADANI RM100 melalui MySiswaPlace boleh rujuk cara-cara berikut:

  1. Pertama, buka web rasmi MySiswaPlace.
  2. Klik pada butang Daftar jika anda pengguna kali pertama.
  3. Masukkan maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan (IC), Emel aktif, dan Nombor Telefon.
  4. Cipta kata laluan baharu dan lakukan pengesahan akaun menerusi kod OTP yang dihantar ke emel atau nombor telefon anda.
  5. Log masuk semula dan masukkan Nombor Matrik serta Nama Universiti/IPT anda.
  6. Sistem akan membuat semakan automatik dengan pangkalan data KPT. Jika sah, kredit RM100 akan terus dimasukkan ke dompet digital akaun anda.

Cara Guna Baucar RM100 Untuk Membeli Buku di MySiswaPlace

Dah selesai daftar akaun dan log masuk, anda boleh terus guna baucar tersebut untuk membuat pembelian buku:

  • Layari senarai buku yang terdapat di MySiswaPlace dan masukkan buku rujukan atau bahan bacaan yang diperlukan ke dalam troli (Cart).
  • Pergi ke paparan troli, klik Check-out, dan isi alamat penghantaran (rumah atau kolej kediaman) berserta nombor telefon penerima.
  • Pilih kaedah pembayaran. Pada bahagian pembayaran, pilih pilihan “Kredit Baucar Buku MADANI / E-Kedai”.
  • Sekiranya jumlah harga buku dan kos penghantaran melebihi RM100, anda boleh membayar baki tersebut secara perbankan dalam talian (FPX) atau kad debit.
  • Selesai membuat pembayaran, buku akan dipos terus ke alamat yang anda berikan.

MAKLUMAN:

  • Kredit baucar ini tidak boleh ditukar kepada wang tunai (cash) dan hanya boleh digunakan untuk pembelian buku di portal rasmi rakan strategik yang dilantik sahaja.
  • Sila pastikan anda menyelesaikan proses pembelian dalam tempoh yang ditetapkan sebelum kredit tersebut luput daripada sistem akaun anda.

Tarikh Akhir Penebusan Baucar Buku MADANI 2026

Penebusan Baucar Buku MADANI RM100 untuk pelajar IPT boleh dilakukan bermula 15 Julai 2026.

Tarikh akhir penebusan adalah pada 31 Oktober, 11.59 malam.

NOTA:

  • Walaupun tarikh akhir penebusan adalah pada 31 Oktober, tapi baucar ini ada tempoh sah laku.
  • Tempoh sah laku penebusan adalah selama 12 hari sahaja.
  • Ini bermakna, selepas membuat penebusan baucar, anda wajib mengunakannya dalam tempoh masa 12 hari tersebut.
  • Sekiranya tidak, nilai baucar akan terbatal dan tidak boleh digunakan.

Bagi rakyat Negeri Selangor, anda juga layak memohon Bantuan Selangor 2026 (RM100 untuk 6 Bulan) bagi golongan B40.

Buku Apa Nak Beli Guna Baucar Buku MADANI 2026?

Tak pasti nak tebus buku apa guna Baucar Buku Madani IPT 2026 nanti?

Jom tengok cadangan buku ilmiah pilihan MySiswaPlace di bawah.

Naskhah-naskhah ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan tambahan bagi memantapkan lagi prestasi anda.

Kalau dah jumpa tajuk yang anda cari, tekan butang ‘Love’ untuk simpan dalam Wishlist siap-siap!

BAUCAR BUKU MADANI RM100 PELAJAR IPT
Thread: MySiswaPlace
BUKU MADANI RM100 MySiswaPlace
Thread: MySiswaPlace
BBM 2026
Thread: MySiswaPlace
 BAUCAR BUKU MADANI PELAJAR IPT
Thread: MySiswaPlace

Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan buku-buku tersebut:

BAUCAR MYSISWAPLACE
Thread: MySiswaPlace
BUKU UNTUK BAUCAR RM100
Thread: MySiswaPlace
BAUCAR RM100 baucar buku
Thread: MySiswaPlace
baucar buku rm100
Thread: MySiswaPlace

Rujukan dan Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, masalah teknikal semasa mendaftar, atau memerlukan maklumat lanjut mengenai penebusan Baucar Buku MADANI RM100, sila rujuk saluran rasmi di bawah:

FAQ – Soalan Lazim

Adakah baucar boleh ditukar dengan wang tunai?

Tidak boleh. Baucar ini adalah dalam bentuk kredit digital sepenuhnya untuk pembelian buku sahaja.

Bolehkah saya beli buku secara fizikal di kedai buku biasa?

Tidak boleh. Penebusan fasa ini diwajibkan secara atas talian (online) melalui portal rasmi yang telah ditetapkan (MySiswaPlace atau Book Capital).

Apakah yang perlu dilakukan jika keluar ralat “Data Pelajar Tidak Dijumpai”?

Sila pastikan status pengajian anda adalah Aktif. Masalah ini biasanya berlaku disebabkan pangkalan data universiti/sekolah belum selesai dikemas kini ke sistem pusat. Anda disarankan untuk mencuba semula dalam masa 24 hingga 48 jam atau merujuk pihak pentadbiran institusi anda.

Siapakah yang layak menebus di MySiswaPlace?Siapakah yang layak menebus di MySiswaPlace?

Terbuka kepada semua mahasiswa Warganegara Malaysia yang berstatus Aktif di Universiti Awam (UA), IPTS, Politeknik, dan Kolej Komuniti di bawah seliaan KPT.

Adakah pelajar Separuh Masa (Part-Time) atau Jarak Jauh (PJJ) layak?

Ya, layak. Asalkan status anda adalah pelajar aktif dan nama anda wujud dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Buku apa yang boleh saya beli menggunakan baucar ini?

Anda boleh membeli sebarang buku rujukan akademik, buku ilmiah, jurnal, dan bahan bacaan umum yang tersedia dalam katalog digital MySiswaPlace.

Soalan Lazim MySiswaPlace – Baucar Buku MADANI 2026

Berapakah nilai pemberian Baucar Buku MADANI?

Setiap pelajar yang layak akan menerima baucar buku berjumlah RM100 merangkumi kos buku, penghantaran, pembungkusan, pembekalan dan sebagainya. Pembelian yang melebihi RM100 adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada KPT / YPS.

Adakah baucar ini boleh digunakan untuk membeli alat tulis (stationery) atau barangan selain buku?

Tidak. Peruntukan RM100 ini dikhaskan secara ketat untuk buku dan bahan bacan akademik sahaja. Alat tulis (stationery) atau sebarang barangan bukan buku tidak termasuk dalam baucar ini dan perlu dibayar menggunakan wang pelajar sendiri (out-of-pocket). Sistem semasa daftar keluar (checkout) akan mengasingkan dengan jelas antara barangan yang dilindungi oleh baucar dan barangan yang memerlukan pembayaran tambahan.

Siapakah yang layak menerima Baucar Buku MADANI?

Pelajar-pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut layak menerima e-Baucar buku:Warganegara Malaysia;
– Berstatus aktif sebagai pelajar sehingga 31 Mac 2026;
– Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan professional;
– Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS);
– Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa.
Nota: Mohon berhubung dengan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT untuk semakan lanjut berhubung syarat kelayakan permohonan baucar.

Adakah bantuan ini turut diberikan kepada pelajar Malaysia yang berada di Luar Negara?

Tidak, bantuan ini adalah untuk pelajar yang menuntut di Malaysia sahaja.

Bagaimanakah pelajar memohon dan menyemak status kelayakan masing-masing?

Kesemua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui portal ini (MySiswaPlace) bermula jam 11.00 pagi pada 15 Julai 2026 (Rabu). Semasa memohon pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor matrik. Status kelayakan pelajar boleh disemak melalui portal dan sekiranya pelajar tersebut layak untuk menerima baucar, nilai baucar akan disimpan di platform tersebut atas nama pelajar dan seterusnya boleh membuat pembelian.

Bagaimanakah penebusan Baucar dibuat?

Penebusan Baucar bernilai RM100 hanya sah untuk pembelian buku secara dalam talian di platform ini (MySiswaPlace).

Bagaimanakah sekiranya jumlah pembelian melebihi RM 100 nilai baucar?

Bagi pembelian yang melebihi nilai baucar RM 100, pelajar boleh menampung bayaran tambahan dengan menggunakan kemudahan pembayaran termasuk FPX dan e-wallet (seperti Touch n Go dan lain-lain).

Bilakah tempoh pelaksanaan inisiatif ini?

– Penebusan Baucar bermula pada 11.00 pagi, 15 Julai 2026 (di platform portal MySiswaPlace);
– Baucar perlu dibelanjakan/ditebus selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Oktober 2026 (di platform portal MySiswaPlace).

Adakah baucar yang telah dijana/ditebus mempunyai tempoh sah laku?

Ya. Tempoh sah laku asas (baseline) apabila kod baucar dijana adalah selama 7 hari. Namun, dengan penggabungan tempoh penangguhan (grace period) selama 5 hari, jumlah keseluruhan tempoh sah laku operasi adalah 12 hari (7 + 5 hari). Amaran: Pelajar mesti melengkapkan pembelian dalam tetingkap 12 hari ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nilai baucar terbatal dan luput secara automatik.

Adakah pelajar yang telah berhenti pengajian sebelum 31 Mac 2026 layak menerima Baucar ini?

Tidak. Hanya pelajar yang berstatus aktif pada 31 Mac 2026 sahaja yang layak menerima Baucar ini.

Adakah pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan work-based learning layak menerima bantuan ini?

Ya. Pelajar tersebut juga layak menerima bantuan ini.

Adakah pelajar yang mendaftar terus ke IPT tanpa melalui saluran perdana iaitu Unit Pusat Universiti (UPU), KPT layak menerima Baucar ini?

Ya. Pelajar tersebut juga layak menerima bantuan ini.

Adakah pelajar yang akan menghadiri majlis konvokesyen pada tahun 2026 tetapi aktif pada 31 Mac 2026 layak menerima baucar ini?

Ya. Ini kerana pelajar tersebut masih lagi berstatus aktif pada 31 Mac 2026 di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.

Adakah pelajar yang telah tamat pengajian sebelum 31 Mac 2026 tetapi belum menghadiri majlis konvokesyen layak menerima Baucar ini?

Tidak. Ini kerana pelajar tersebut tidak lagi berstatus aktif pada 31 Mac 2026 di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.

Adakah pelajar yang sedang tangguh pengajian 31 Mac 2026 layak menerima baucar ini?

Tidak. Ini kerana pemberian baucar hanya bagi pelajar yang berstatus aktif dan masih meneruskan pengajian pada 31 Mac 2026 di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.

Sekiranya terdapat kemusykilan atau pertanyaan berhubung Baucar ini, siapakah pegawai yang boleh dirujuk?

Pelajar disarankan untuk berhubung terus dengan pihak MySiswaPlace sekiranya pertanyaan atau aduan tersebut mengenai baucar buku yang melalui medium berikut :
– Live Chat: mysiswaplace.my
– Email: hello@mysiswaplace.my

Sekiranya saya gagal menebus baucar sedangkan saya layak, siapakah pegawai yang boleh dirujuk?

– Anda boleh menyemak secara on-demand di dalam sistem (perlu log masuk dahulu).
– Sekiranya masih gagal, anda boleh menghubungi meja bantuan MySiswaPlace untuk semakan rekod.
– Sekiranya nama anda tidak tersenarai dalam senarai yang layak, anda perlu menghubungi HEP di institusi tempat anda menuntut.

Penafian: Kandungan ini disediakan sebagai panduan maklumat am sahaja. Segala maklumat mengenai kemas kini, syarat, dan kaedah penebusan Baucar Buku MADANI RM100 dipetik daripada pengumuman rasmi agensi kerajaan berkaitan, termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan portal rasmi MySiswaPlace.

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my yang berkaitan kewangan, kad kredit, bantuan kerajaan, pelaburan runcit tempatan dan beberapa topik lain berkaitan serta info rasmi/terkini daripada kerajaan atau sumber rasmi.

View All Posts

You Missed