16 Bantuan & Manfaat Warga Emas Malaysia 2026 – Cara Mohon
Tahukah anda, warga emas berumur 60 tahun ke atas di Malaysia layak menerima beberapa manfaat termasuk bantuan wang tunai RM600 sebulan, diskaun 50% pasport serta pengangkutan awam, rawatan kesihatan percuma dan sebagainya.
Manfaat-manfaat ini disediakan oleh kerajaan melalui agensi seperti JKM, KKM, KTMB dan lain-lain bagi meringankan kos sara hidup golongan warga emas dan pesara.
Malangnya, ramai warga emas terlepas pandang hal ini kerana tidak tahu cara mendaftar, kekurangan akses kepada maklumat digital, dan ketiadaan bimbingan daripada ahli keluarga terdekat.
Anak-anak/orang terdekat kena mainkan peranan dan bantu ibubapa anda untuk dapatkan semua manfaat yang mereka layak.
Jom semak senarai manfaat serta panduan lengkap cara memohon bantuan untuk warga emas di bawah.
- Ringkasan Artikel Senarai Manfaat & Bantuan untuk Warga Emas 2026
- Senarai Bantuan & Manfaat Warga Emas Malaysia
- Berapa Umur Dikategorikan Sebagai Warga Emas di Malaysia?
- Senarai Manfaat & Bantuan untuk Warga Emas Berumur 60 Tahun ke Atas di Malaysia
- Peranan Anak Bantu Ibu Ayah Dapatkan Bantuan Warga Emas
- FAQ - Soalan Lazim Bantuan Warga Emas
Ringkasan Artikel Senarai Manfaat & Bantuan untuk Warga Emas 2026
- Bantuan Warga Emas (BWE) JKM
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Warga Emas
- SARA (Sumbangan Asas Rahmah) – Bantuan Bulanan Guna MyKad
- Kad Konsesi Warga Emas MyRapid (Rapid Emas)
- Kad Konsesi Warga Emas KTMB
- Klinik Kesihatan & Hospital Kerajaan
- Skim Perubatan Madani
- PeKa B40
- Perkhidmatan Lawatan ke Rumah (Home Nursing)
- Diskaun 50% Pasport Antarabangsa (Warga Emas)
- Laluan/Kaunter Khas Warga Emas
- Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
- Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) – Bantuan Warga Emas
- Rumah Seri Kenangan (RSK) & Rumah Ehsan (RE)
- Portal eWARGA EMAS (eWE)
- Diskaun dan Potongan Harga untuk Warga Emas
Senarai Bantuan & Manfaat Warga Emas Malaysia
| Bil | Nama Bantuan / Program | Manfaat Utama & Kadar Bantuan |
|---|---|---|
| 1 | Bantuan Warga Emas (BWE) JKM | Bantuan wang tunai bulanan sebanyak RM600 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk warga emas miskin atau tiada punca pendapatan. |
| 2 | Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Bantuan tunai tahunan daripada kerajaan persekutuan khusus untuk golongan warga emas (dibayar mengikut fasa pembahagian). |
| 3 | SARA (Sumbangan Asas Rahmah) | Bantuan barangan keperluan asas bulanan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad (IC) penerima yang layak untuk dibelanjakan di kedai runcit terpilih. |
| 4 | Kad Konsesi MyRapid (Rapid Emas) | Diskaun tambang 50% bagi setiap perjalanan rangkaian LRT, MRT, Monorel, BRT, dan bas Rapid KL menggunakan kad fizikal khas. |
| 5 | Kad Konsesi Warga Emas KTMB | Diskaun tambang 50% bagi koc standard ETS, KTM Komuter, dan KTM Intercity (serta diskaun 20% bagi ETS Business Class) melalui sistem akaun KITS. |
| 6 | Klinik Kesihatan & Hospital Kerajaan | Percuma 100% caj pesakit luar RM1/RM5, dan diskaun 50% caj rawatan wad Kelas Tiga (had siling maksimum RM250 se-episod). |
| 7 | Skim Perubatan Madani | Rawatan kes sakit ringan (seperti demam, batuk, selsema) secara percuma 100% di klinik perubatan swasta (GP) panel terpilih. |
| 8 | PeKa B40 | Saringan kesihatan percuma di klinik swasta, serta subsidi bantuan alat perubatan sehingga RM20,000 (seperti kerusi roda, alat pendengaran, dan implan). |
| 9 | Perkhidmatan Lawatan ke Rumah | Lawatan berkala secara percuma 100% oleh jururawat Klinik Kesihatan ke rumah bagi menguruskan warga emas terlantar atau uzur kronik. |
| 10 | Diskaun 50% Pasport Malaysia | Potongan harga separuh untuk permohonan atau pembaharuan Pasport Antarabangsa (hanya RM100 bagi tempoh 5 tahun berbanding harga normal RM200). |
| 11 | Laluan / Kaunter Khas Warga Emas | Kemudahan Green Lane / urusan pintas tanpa temujanji online serta sistem giliran keutamaan di agensi utama seperti JPN, JPJ, KWSP, LHDN, dan Pos Malaysia. |
| 12 | Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) | Tempat aktiviti harian, sosial, dan pembelajaran sepanjang hayat komuniti warga emas tempatan. |
| 13 | Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) | Perkhidmatan pengangkutan van logistik percuma 100% (pergi-balik) untuk menghantar warga emas bagi temujanji hospital kerajaan atau urusan bank rasmi. |
| 14 | Rumah Seri Kenangan & Rumah Ehsan | Penempatan perlindungan, makan minum berkhasiat, pakaian, dan rawatan rawat-rapi percuma 100% jangka panjang bagi warga emas sebatang kara. |
| 15 | Portal eWARGA EMAS (eWE) | Akses pendaftaran dalam talian bagi menyertai Modul Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan pelbagai kursus pemerkasaan ekonomi/kemahiran percuma. |
| 16 | Diskaun & Potongan Harga Premis | Harga tiket istimewa/murah di premis tarikan (Zoo Negara, Aquaria, Muzium, Twin Towers, Sunway Lagoon), panggung wayang, rangkaian hotel, dan Alpro Pharmacy. |
Berapa Umur Dikategorikan Sebagai Warga Emas di Malaysia?
Di Malaysia, seseorang dikategorikan secara rasmi sebagai warga emas apabila mencapai umur 60 tahun ke atas.
Ketetapan ini dibuat berdasarkan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang selaras dengan resolusi United Nations World Assembly on Ageing di Vienna pada tahun 1982.
Had umur 60 tahun ini juga digunakan sebagai rujukan rasmi oleh semua agensi kerajaan (seperti JKM, KKM, dan LHDN) untuk menentukan kelayakan pemberian bantuan kebajikan, pengecualian cukai, serta diskaun pengangkutan awam.
INFO UMUM: Umur persaraan wajib bagi sektor swasta dan awam di Malaysia juga ditetapkan pada usia 60 tahun, selari dengan permulaan status warga emas.
Senarai Manfaat & Bantuan untuk Warga Emas Berumur 60 Tahun ke Atas di Malaysia
Ada banyak manfaat dan bantuan untuk warga emas di Malaysia yang layak dinikmati bagi golongan 60 tahun, antaranya ialah:
Kategori: Bantuan Kewangan & Sara Hidup Bulanan
Bantuan Warga Emas (BWE) JKM
Bantuan tunai sebanyak RM600 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk warga emas miskin yang memenuhi syarat pendapatan garis kemiskinan. Bantuan ini PERLU DIMOHON dan BUKAN DIBERIKAN SECARA AUTOMATIK. (bukan secara automatik).
Tertakluk kepada proses penilaian serta kelulusan JKM.
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa (Memenuhi syarat pendapatan dan keadaan kehidupan yang ditetapkan)
- Memerlukan bantuan kewangan
- Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
Kadar bantuan:
Rujuk cara permohonan dan senarai dokumen diperlukan di sini: Bantuan Warga Emas JKM RM600
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) - Warga Emas
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) memperuntukkan bantuan khusus untuk kategori warga emas berumur 60 tahun ke atas yang berstatus Warga Emas Tiada Pasangan.
Syarat kelayakan:
- Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Had Umur: Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Status Perkahwinan: Berstatus Bujang, atau Ibu/Bapa Tunggal, Balu, Janda, atau Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat tanggungan.
- Had Pendapatan: Pendapatan kasar bulanan adalah RM5,000 dan ke bawah
Kadar bantuan:
- RM600 setahun (RM150 setiap fasa)
Cara Mohon:
Permohonan STR boleh dilakukan melalui dua kaedah utama:
- Permohonan Secara Dalam Talian (Online) di https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Klik pada butang "Permohonan Baharu" atau "Kemaskini Permohonan".
- Permohonan Secara Manual (Kaunter)
- Hadir ke mana-mana Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cawangan Satelit LHDN, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
- Jangan lupa bawa: MyKad asal pemohon, salinan MyKad pemohon, dokumen pembuktian status perkahwinan (seperti Sijil Kematian pasangan, Sijil Cerai, atau dokumen berkaitan jika berkenaan).

SARA (Sumbangan Asas Rahmah) - Bantuan Bulanan Guna MyKad
Selain STR, warga emas juga berkelayakan untuk menerima SARA bulanan seperti di bawah:
- Penerima STR: RM50/bulan
- Penerima STR & eKasih: RM150/bulan

Kategori: Diskaun Pengangkutan Awam (Potongan 50%)
Kad Konsesi Warga Emas MyRapid (Rapid Emas)
Warga emas Malaysia berusia 60 tahun ke atas layak menerima potongan tambang 50% bagi pengangkutan awam terpilih dengan memohon Kad Konsesi Warga Emas MyRapid (Rapid Emas).
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
Kadar bantuan:
- Diskaun Tambang 50%: Menikmati potongan harga 50% daripada kadar tambang dewasa bagi setiap perjalanan.
- Rangkaian Pengangkutan Terlibat: LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan bas perantara MRT.
- Diskaun ini tidak terpakai untuk kemudahan tempat letak kereta Park 'n Ride.
Cara Mohon:
1. Permohonan Secara Dalam Talian (Online)
- Layari portal rasmi Rapid Emas di https://myrapid.com.my/our-products/rapidemas/
- Daftar akaun, log masuk, dan isi borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan: Salinan MyKad (IC) dan gambar digital bersaiz pasport (latar belakang biru).
- Buat bayaran yuran permohonan sebanyak RM15 (RM5 yuran kad + RM10 kredit sedia ada di dalam kad) melalui perbankan dalam talian atau kad kredit/debit.
- Hadir ke stesen yang dipilih semasa pendaftaran untuk mengambil kad selepas menerima notifikasi kelulusan.
2. Permohonan Secara Walk-in
- Hadir sendiri ke salah satu Kaunter Pendaftaran Kad Konsesi Rapid KL berikut:
- Hub Bas Pasar Seni
- Stesen MRT Conlay
- Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang.
- Bawa MyKad (IC) asal untuk pengesahan.
- Sediakan yuran permulaan sebanyak RM15. Kad akan diproses dan diserahkan serta-merta.
Info lanjut, rujuk: MyRapid (Rapid Emas)

Kad Konsesi Warga Emas KTMB
Selepas mendaftar sebagai ahli KTMB, warga emas boleh menikmati diskaun 50% bagi pembelian tiket kereta api yang layak.
Perkhidmatan yang termasuk:
- KTM Komuter
- ETS (Electric Train Service)
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Kad sah 3 tahun sahaja dan perlu diperbaharui selepas tamat tempoh.
Kadar bantuan:
- Diskaun 50%: Bagi perjalanan koc Standard Class untuk perkhidmatan ETS (Electric Train Service), KTM Komuter, dan KTM Intercity.
- Diskaun 20%: Khusus untuk perjalanan bagi koc Business Class (ETS).
- Diskaun tidak terpakai untuk perkhidmatan Shuttle Tebrau.

Cara Mohon:
Anda boleh mendaftar melalui dua cara:
1. Melalui Aplikasi KTMB Mobile atau Portal KITS (Online)
- Muat turun aplikasi KTMB Mobile atau layari Portal Rasmi KTMB KITS.
- Daftar akaun baharu (jika belum ada) dan log masuk.
- Pergi ke bahagian Profil / MyAccount dan klik pada menu Concession.
- Pilih kategori Warga Emas / Senior Citizen.
- Isi maklumat diri dengan lengkap dan muat naik gambar/salinan MyKad (IC) asal untuk pengesahan.
- Klik Save / Submit. Proses kelulusan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari bekerja.
2. Melalui Kaunter Tiket KTMB (Walk-In)
- Hadir sendiri ke mana-mana Kaunter Tiket ETS / KTMB.
- Bawa bersama MyKad (IC) asal untuk proses pengesahan data oleh pegawai bertugas.
- Pendaftaran di kaunter akan diluluskan serta-merta.
Cara Guna Semasa Beli Tiket Online
Setelah permohonan diluluskan, warga emas boleh dapatkan harga tambang KTMB dengan 50% diskaun. Caranya:
- Log masuk ke akaun anda semasa mahu membeli tiket.
- Di bahagian Passenger Details, pastikan anda klik butang "I Am Travelling".
- Tukar jenis tiket ke kategori warga emas sebelum membuat pembayaran untuk mengaktifkan diskaun.
Diskaun mungkin tidak terpakai bagi sesetengah kelas premium atau tempat duduk khas, tertakluk kepada sistem semasa.
Rujuk KTMB untuk maklumat lebih lanjut.
Kategori: Kemudahan Kesihatan & Perubatan
Klinik Kesihatan & Hospital Kerajaan
Pengecualian caj pendaftaran RM1 untuk pesakit luar dan diskaun sehingga 50% bagi caj rawatan wad kelas tiga (maksimum caj wad RM400).
Selain itu, semua Klinik Kesihatan (KK) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan khusus untuk warga emas, termasuk:
- Saringan kesihatan untuk mengesan risiko penyakit
- Pemeriksaan dan rawatan kesihatan
- Pendidikan kesihatan, nasihat dan kaunseling
- Perkhidmatan rujukan (jika diperlukan)
- Lawatan ke institusi penjagaan warga emas
- Perkhidmatan lawatan ke rumah
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia yang berstatus Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas).
- Perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri (MyKad) semasa pendaftaran.
Kadar bantuan:
- Rawatan Pesakit Luar: Pengecualian sepenuhnya daripada caj pendaftaran RM1 di Klinik Kesihatan dan Klinik Komuniti.
- Rawatan Pakar: Pengecualian caj pendaftaran RM5 di hospital kerajaan.
- Rawatan Wad (Kelas Tiga): Diskaun sebanyak 50% bagi caj rawatan keseluruhan, dengan had maksimum caj wad yang boleh dikenakan sebanyak RM250 sahaja semalam. Caj asas wad kelas tiga adalah serendah RM3 sehari.
Cara Mohon:
- Walk-in sahaja: Hadir ke mana-mana Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan.
- Tunjukkan MyKad asal di kaunter pendaftaran untuk pengesahan umur. Sistem akan menukar status pesakit kepada warga emas secara automatik untuk pengecualian caj.
Rujuk Healthcare Services For the Eldery untuk maklumat lanjut.
Skim Perubatan Madani
Skim Perubatan MADANI wujudkan khas untuk rawatan sakit ringan (penjagaan akut). Anda tidak perlu ke hospital atau Klinik Kesihatan kerajaan untuk beratur panjang jika sekadar mahu mengambil ubat biasa.
- Fokus Rawatan: Batuk, selesema, demam, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, dan luka-luka kecil.
- Tempat Rawatan: Klinik Perubatan Swasta (General Practitioner/GP) yang berdaftar sebagai panel SPM.
- Kadar Bantuan (Had Setahun): Isi Rumah/Keluarga (RM250), Warga Emas tanpa pasangan (RM125), dan Bujang (RM75). Harga rawatan dan ubat ditolak terus daripada baki kuota ini.
- Hanya beroperasi di 10 daerah terpilih sahaja di seluruh Malaysia (termasuk kawasan padat seperti Kuala Lumpur, Klang, Johor Bahru, Petaling, dan Kuching
Artikel berkaitan: Skim Perubatan MADANI 2026 โ Cara Semak Kelayakan & Senarai Klinik
PeKa B40
Skim ini pula memfokuskan kepada pencegahan dan pengesanan awal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol, dan kanser.
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas.
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau pasangan yang berdaftar.
Kadar bantuan:
- Manfaat 1: Saringan kesihatan percuma (ujian darah, kawalan gula, kolesterol, fungsi buah pinggang, dan kesihatan mental) di klinik swasta terpilih.
- Manfaat 2: Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000 (pembedahan jantung, implan sendi, alat bantuan pendengaran, kerusi roda, dll.).
- Manfaat 3 & 4: Insentif rawatan kanser RM1,000 dan subsidi tambang pengangkutan hospital sehingga RM500 (Semenanjung) / RM1,000 (Sabah & Sarawak).
Cara Mohon:
- Tiada Pendaftaran Diperlukan: Kelayakan anda dipautkan secara automatik melalui pangkalan data STR. Anda hanya perlu menyemak status kelayakan di Portal Rasmi ProtectHealth sebelum pergi ke mana-mana klinik swasta yang mempunyai logo pelekat program ini.
Semakan status:
- Semak status kelayakan anda secara digital menerusi portal rasmi Semakan PeKa B40 atau Portal Skim Perubatan Madani.
- Hadir ke mana-mana klinik swasta yang mempunyai logo/pelekat Klinik Panel PeKa B40 / Skim Perubatan Madani.
- Bawa MyKad asal untuk imbasan pengesahan rawatan percuma di kaunter klinik.
- Bagi mendapatkan bantuan alat perubatan PeKa B40, pesakit wajib menjalani saringan kesihatan (Manfaat 1) terlebih dahulu.
Perkhidmatan Lawatan ke Rumah (Home Nursing)
Lawatan berkala oleh jururawat Klinik Kesihatan untuk warga emas terlantar atau uzur.
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia yang merupakan pesakit terlantar, uzur, atau warga emas kronik yang tidak berupaya bergerak ke klinik.
- Pesakit mestilah tinggal di dalam kawasan liputan (zon operasi) Klinik Kesihatan yang berhampiran.
- Telah menerima diagnosis awal atau rujukan daripada pegawai perubatan hospital/klinik kerajaan.
Kadar bantuan:
- Perkhidmatan Percuma 100%: Tiada sebarang kos dikenakan bagi sesi lawatan jururawat ke rumah.
- Skop Rawatan Asas: Penjagaan luka pembedahan/kencing manis, penukaran tiub makan (NG tube) atau tiub kencing (CBD), fisioterapi asas, serta pemantauan ubat-ubatan.
Cara Mohon:
- Waris perlu merujuk kepada Pegawai Perubatan atau Pakar yang merawat pesakit di hospital/Klinik Kesihatan terlebih dahulu.
- Pihak hospital akan mengeluarkan surat rujukan (referral letter) untuk perkhidmatan Home Care / Home Nursing.
- Waris membawa surat rujukan tersebut ke unit kejururawatam komuniti di Klinik Kesihatan terdekat dengan rumah untuk penjadualan tarikh lawatan berkala oleh jururawat.
Kategori: Kemudahan Imigresen & Agensi Kerajaan
Diskaun 50% Pasport Antarabangsa (Warga Emas)
Warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas hanya perlu bayar:
- RM100 (5 tahun)
- RM175 (10 tahun)
Untuk permohonan dan semakan syarat, layari portal rasmi >> Jabatan Imigresen Malaysia
Laluan/Kaunter Khas Warga Emas
- Kaunter Khas (Priority Counter): Laluan fizikal khusus yang memisahkan warga emas daripada barisan orang awam biasa.
- Pengecualian Temujanji Online: Kebanyakan agensi membenarkan golongan warga emas untuk terus hadir secara walk-in tanpa perlu membuat tempahan slot janji temu di aplikasi sistem agensi terbabit.
- Nombor Giliran Keutamaan: Tiket giliran khas (biasanya bermula dengan abjad atau kod tertentu yang akan dipanggil dahulu oleh sistem penggiliran komputer (QMS), sekaligus memendekkan waktu menunggu sehingga 70% lebih cepat berbanding kaunter biasa.
Antara agensi yang menyediakan laluan/kaunter khas untuk warga emas ialah:
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Jabatan Imigresen Malaysia
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Pos Malaysia
Kategori: Sokongan Komuniti & Institusi Penjagaan
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
Jangan biar mak ayah terkurung tak buat apa-apa kat rumah.Sertai pelbagai aktiviti percuma yang dianjurkan oleh PAWE atau Pusat komuniti harian berdekatan rumah.
PAWE menyediakan ruang rekreasi, kelas keagamaan, kemahiran, dan aktiviti kesihatan ringkas untuk warga emas kekal aktif bersosial dalam komuniti.
Syarat kelayakan:
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas
- Sihat dan boleh bergerak sendiri
- Bermastautin di kawasan berdekatan dengan PAWE
- Ahli keluarga, sukarelawan, NGO dan komuniti juga boleh terlibat sebagai penyumbang aktiviti
Aktiviti Disediakan:
Antara aktiviti yang diadakan:
- Senamrobik, Tai Chi, yoga
- Kelas ICT, kraftangan, memasak dan menjahit
- Ceramah kesihatan dan agama
- Lawatan sambil belajar dan gotong-royong
- Program ziarah dan sokongan sosial
Cara Sertai
- Hadir sendiri secara walk-in ke mana-mana premis PAWE yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda.
- Bawa bersama satu salinan MyKad (IC) dan dua keping gambar ukuran pasport.
- Isi borang pendaftaran keahlian yang disediakan oleh jawatankuasa pengurusan PAWE (NGO penyelia) di pusat tersebut.
Senarai Lokasi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
- Untuk mengetahui senarai lokasi PAWE berdekatan anda, sila rujuk: https://www.jkm.gov.my/main/location/pawe
Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) - Bantuan Warga Emas
Perkhidmatan bantuan pengangkutan komuniti berasaskan kenderaan khas (seperti van) untuk membantu pergerakan warga emas yang mempunyai kekangan kenderaan sendiri.
Buat masa ini, terdapat 9 buah kenderaan UPWE yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Warga emas yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) atau Rumah Sejahtera berdekatan.
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas.
- Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau tinggal sendirian (tiada waris yang boleh menghantar).
- Berdaftar sebagai ahli di PAWE atau merupakan penerima bantuan bulanan JKM.
Bantuan:
- Pengangkutan Percuma 100%: Perkhidmatan pergi dan balik (door-to-door) tanpa kos untuk urusan kritikal seperti temujanji klinik/hospital kerajaan dan urusan perbankan/pembayaran utiliti.
Cara Mohon:
- Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh diperoleh di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri. Selepas itu, pihak JKM akan membuat penilaian serta mengatur pengangkutan dan rawatan yang diperlukan
- Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian melalui Portal e-Warga Emas.
Sila rujuk Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) untuk info lanjut.
Rumah Seri Kenangan (RSK) & Rumah Ehsan (RE)
Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan (RE) adalah institusi kebajikan kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi perlindungan kepada warga emas.
RSK untuk warga emas yang sihat dan boleh mengurus diri, manakala RE untuk yang uzur dan tidak mampu mengurus diri.
JKM menyediakan sebanyak 12 buah Institusi Warga Emas JKM di Malaysia yang terdiri daripada 10 buah Rumah Seri Kenangan (RSK) dan 2 buah Rumah Ehsan (RE).
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas.
- Rumah Seri Kenangan (RSK): Untuk warga emas yang tiada tempat tinggal, sebatang kara, tiada waris, atau tidak mempunyai sumber pendapatan, tetapi masih sihat dan boleh menguruskan diri sendiri.
- Rumah Ehsan (RE): Khusus untuk warga emas sebatang kara yang uzur, terlantar, atau menghidap penyakit kronik yang memerlukan penjagaan rawatan rawat-rapi (nursing care).
Kadar bantuan:
- Penjagaan Penuh Percuma: Menyeliputi penempatan (asrama), makan minum berkhasiat harian, pakaian, kemudahan rawatan perubatan, aktiviti keagamaan/kaunseling, dan pengurusan jenazah apabila meninggal dunia.
Maklumat lanjut, sila rujuk: Institusi Penjagaan Warga Emas - Rumah Seri Kenangan & Rumah Ehsan

Portal eWARGA EMAS (eWE)
Portal eWARGA EMAS ialah platform dalam talian yang dibangunkan bagi menyokong Dasar Negara untuk Warga Emas (DWEN) dengan menyediakan perkhidmatan dan sumber bersepadu untuk warga emas Malaysia.
- Pautan Portal eWARGA EMAS (eWE): https://wargaemas.jkm.gov.my/
Modul ditawarkan:
- Modul Kerjaya
- Modul Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Modul Advokasi
- Modul Komuniti
Kelebihan:
Melalui portal ini, warga emas dapat:
- mengetahui dan mengikuti aktiviti yang dianjurkan PAWE
- menggunakan servis UPWE
- membuat carian perkhidmatan berdaftar
- memohon pekerjaan
- akses bahan bacaan terkini
Kategori: Diskaun Tiket Tempat Tarikan Pelancongan
Diskaun dan Potongan Harga untuk Warga Emas
Warga emas layak mendapat potongan harga khas (sehingga 50% atau kadar kanak-kanak) di premis pelancongan domestik seperti Zoo Negara, Aquaria KLCC, Muzium Negara, taman tema, dan panggung wayang tertentu dengan menunjukkan MyKad.
Kadar potongan harga adalah berbeza mengikut polisi setiap premis pelancongan, antaranya:
- ZOO NEGARA: Warga emas hanya membayar RM23 โ RM26 berbanding harga dewasa normal RM45 โ RM48 (Diskaun hampir 50%).
- AQUARIA KLCC: Tiket warga emas berharga sekitar RM39 โ RM45, memberikan potongan harga daripada tiket dewasa normal (RM49 โ RM55).
- MUZIUM NEGARA: Diskaun 50% di mana warga emas hanya dikenakan bayaran RM1.00 sahaja (Dewasa RM2.00).
- TGV Cinemas: Tiket wayang istimewa serendah RM10 bagi filem terpilih.
- GSC (Golden Screen Cinemas): Harga tiket bermula dari RM11 (untuk warga emas 55 tahun ke atas).
- PETRONAS TWIN TOWERS: Warga emas hanya membayar RM20 โ RM22 pada waktu siang dan RM34 โ RM35 pada waktu malam berbanding harga dewasa normal RM42 โ RM45.
- SUNWAY LAGOON: Warga emas hanya membayar RM145 โ RM150 untuk tiket siang dan RM89 untuk taman malam berbanding harga dewasa normal yang jauh lebih mahal.
- KLIA TRANSIT: Warga emas menikmati diskaun langsung sebanyak 30% bagi pembelian tiket perjalanan sehala dengan hanya mengimbas MyKad.
- ALPRO PHARMACY: Warga emas berumur 55 tahun ke atas mendapat keahlian SilverCare percuma yang menawarkan baucar tunai RM10, ujian kesihatan percuma, dan lanjutan waranti produk.
- HILTON HOTEL: Warga emas berumur 65 tahun ke atas menerima potongan harga sehingga 6% daripada kadar harga terbaik (Best Available Rate).
- MARRIOTT BONVOY: Warga emas berumur 62 tahun ke atas mendapat kadar harga bilik istimewa (Senior Discounts) di cawangan hotel terpilih.
- WYNDHAM HOTELS: Warga emas berumur 60 tahun ke atas menikmati penjimatan harga bilik khas di premis perhotelan terpilih yang mengambil bahagian.
... dan banyak lagi!
Semua ini tertakhluk pada perubahan semasa. Sila buat semakan untuk mengetahui kemaskini terkini.
Peranan Anak Bantu Ibu Ayah Dapatkan Bantuan Warga Emas
Sebagai anak atau ahli keluarga terdekat, anda boleh mengambil tindakan proaktif berikut untuk memastikan hak kebajikan ibu bapa anda terpelihara:
- Lakukan Semakan Kelayakan: Semak status pendapatan ibu bapa anda berbanding Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa untuk melihat kelayakan Bantuan Warga Emas (BWE) RM600 sebulan.
- Bantu Urusan Pendaftaran Digital: Luangkan masa 10 minit untuk mendaftarkan akaun konsesi warga emas di aplikasi KITS KTMB atau portal MyRapid bagi pihak mereka.
- Sediakan Fail Dokumen Kebajikan: Kumpulkan dan buat salinan siap-siap dokumen penting (MyKad, slip pencen, surat pengesahan doktor) di dalam satu fail khas bagi memudahkan urusan permohonan rawatan rumah (home nursing) di Klinik Kesihatan atau bantuan JKM.
FAQ - Soalan Lazim Bantuan Warga Emas
Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas (berdasarkan Dasar Warga Emas Negara).
Tidak layak. Semua bantuan, diskaun, dan skim kebajikan kerajaan hanya khusus untuk Warganegara Malaysia.
Permohonan perlu dibuat secara bersemuka di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) terdekat atau diisi melalui sistem eBantuan JKM dalam talian.
Ya, sekiranya layak. Bantuan SARA diberikan kepada penerima STR yang dikategorikan di bawah kumpulan miskin tegar atau miskin mengikut data sistem eKasih dan JKM.
Tidak boleh. Anda wajib mendaftar profil konsesi warga emas dalam sistem KITS (aplikasi KTMB Mobile) terlebih dahulu. Selepas diluluskan, barulah diskaun 50% diaktifkan semasa pembelian tiket.
Harganya adalah RM100 untuk tempoh 5 tahun penuh (diskaun 50% daripada harga biasa RM200).
- Skim Madani: Untuk rawatan kes sakit ringan secara percuma (demam, selesema, batuk) di klinik swasta panel.
- PeKa B40: Untuk saringan kesihatan penyakit tidak berjangkit (kencing manis, darah tinggi) dan bantuan alat perubatan (seperti kerusi roda atau alat pendengaran) sehingga RM20,000.
Tidak. Kemudahan logistik ini sangat terhad dan hanya beroperasi di 9 kawasan penempatan zon operasi khusus di bawah selian PAWE atau Rumah Sejahtera terpilih sahaja.








