PBBR 2026 – Cara Mohon Bantuan Program Bina Baharu Rumah di Bandar (Step by Step)

PROGRAM BINA BAHARU RUMAH DI BANDAR (PBBR) KPKT

Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR) 2026 adalah bantuan membina baharu rumah yang sudah uzur atau rosak teruk di kawasan bandar. Permohonan boleh dikemukakan terus melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kawasan masing-masing.

Inisiatif bantuan bina rumah baharu ini diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Sila pastikan anda baca syarat dan cara memohon PBB2 2026 di bawah dengan teliti untuk mengelakkan kekeliruan sebelum memohon.

Ringkasan Artikel – Cara Mohon Bantuan Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR 2026)

  1. Hadir ke pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran di kawasan anda.
  2. Dapatkan borang permohonan (Borang PPKB 4a).
  3. Sekiranya tanah bukan milik sendiri, anda juga perlukan borang PPKB 4b. Borang ini perlu diisi oleh tuan tanah sebagai tanda kebenaran serta ditandatangan oleh pemohon, pemilik dan saksi.
  4. Hantar borang yang lengkap beserta dokumen sokongan yang diperlukan ke PBT anda.
  5. PBT akan semak permohonan sebelum dikemukakan kepada KPKT.

Berikutan semakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini, kos membina kediaman sendiri di kawasan bandar kini mencecah kos yang tinggi.

Panduan dalam artikel ini bertujuan untuk membantu golongan sasar B40 memohon bantuan tanpa pinjaman bank. Tertakluk pada syarat tertentu.

Apa itu Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR) 2026?

PBBR ialah program bantuan perumahan kerajaan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) yang membantu menyediakan rumah baharu kepada penerima yang memenuhi kriteria program.

Kos dan skop bantuan adalah tertakluk kepada peruntukan serta spesifikasi program yang ditetapkan oleh KPKT.

Bantuan ini bukan bermaksud setiap pemohon akan menerima wang tunai untuk membina rumah sendiri. Proses pemilihan, kelulusan dan pelaksanaan adalah tertakluk kepada penilaian pihak berkuasa.

Program ini menyediakan rumah yang selamat dan kondusif tanpa memerlukan pemohon membuat sebarang pinjaman bank atau bayaran balik bulanan.

PROGRAM BINA BAHARU RUMAH DI BANDAR (PBBR) KPKT
FOTO: Facebook KPKT Malaysia

Nota istilah: PBBR ialah singkatan bagi Program Bina Baharu Rumah di Bandar. Pemohon disarankan merujuk nama program dan borang terkini yang diberikan oleh PBT bagi memastikan permohonan dibuat di bawah skim yang betul.

Siapa Layak Memohon Bantuan Bina Rumah PBBR 2026?

Syarat kelayakan PBBR 2026 menetapkan bantuan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia B40 yang menetap di kawasan bandar dan berdaftar dengan eKasih.

Mengikut standard Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), isi rumah dikategorikan sebagai Miskin Tegar jika pendapatan purata berada di bawah RM1,236 sebulan, manakala Miskin berada di bawah RM2,705 sebulan. Saringan per kapita juga akan diambil kira oleh pihak PBT.

Pemohon juga mestilah memiliki tanah sendiri atau surat izin tuan tanah, serta mendiami rumah yang rosak teruk atau musnah akibat bencana alam.

Secara mudahnya, anda layak memohon jika memenuhi 6 kriteria utama di bawah:

  • Tinggal di Bandar: Anda mesti menetap di dalam kawasan yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya.
  • Tercatat dalam eKasih: Nama anda sudah disahkan dalam sistem eKasih sebagai kategori Miskin Tegar, Miskin, atau kumpulan B40.
  • Kelayakan Khas (Tiada eKasih): Jika nama tiada dalam eKasih, kelayakan anda mesti disahkan dan disokong melalui Minit Mesyuarat Focus Group Kemiskinan Daerah/Negeri (satu salinan minit mesyuarat perlu dikemukakan semasa permohonan).
  • Rumah Rosak / Musnah: Rumah lama anda berada dalam keadaan terlalu daif, atau telah musnah sepenuhnya akibat musibah seperti kebakaran dan banjir.
  • Ada Tanah Sendiri: Anda mempunyai sebidang tanah kosong yang sah di bawah nama anda sendiri untuk dibina rumah baharu.
  • Izin Tuan Tanah (Jika Menumpang): Jika tanah itu bukan milik anda, anda wajib ada surat kebenaran bertulis daripada pemilik tanah atau waris untuk mendirikan rumah di situ.

Penting: Berdaftar dalam eKasih ialah salah satu syarat kelayakan program, tetapi ia bukan jaminan bahawa permohonan PBBR akan diluluskan. Semua syarat lain dan hasil penilaian pihak berkuasa tetap perlu dipenuhi.

Bagaimana Cara Mohon Bantu Bina Rumah PBBR 2026?

Permohonan PBBR 2026 TIDAK dibuat secara dalam talian (online) terbuka.

Anda perlu hadir ke pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran di kawasan anda dan dapatkan borang (Borang PPKB 4a) yang perlu diisi.

  • Hadir ke pejabat PBT: Kunjungi Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya di daerah anda.
  • Cari jabatan berkaitan: Terus ke Jabatan Pembangunan Masyarakat atau Unit Basmi Kemiskinan.
  • Ambil borang rasmi: Dapatkan borang yang diperlu diisi (Borang PPKB 4a.
  • Isi dokumen kebenaran: Gunakan Borang PPKB 4b jika tapak tanah milik waris atau ibu bapa.
  • Serah dokumen lengkap: Hantar borang bersama dokumen sokongan ke kaunter PBT.
  • Tunggu siasatan tapak: Pegawai PBT akan melawat rumah atau lokasi tanah anda untuk penilaian fizikal.

Prosedur ringkasnya adalah seperti berikut:

  1. Mohon melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.
  2. Isi borang dan lengkapkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  3. Permohonan akan disemak oleh PBT sebelum dikemukakan kepada KPKT.

Apa Dokumen Wajib Disediakan untuk Mohon Bantuan Rumah PBBR 2026?

Dokumen wajib bagi permohonan PBBR adalah termasuk:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan,
  2. Salinan geran tanah yang sah,
  3. Slip gaji atau borang pengesahan pendapatan bulanan, serta
  4. Jika tanah bukan milik sendiri, surat kebenaran bertulis (consent) yang disahkan oleh pemilik tanah wajib disertakan (borang PPKB 4b)
  5. Gambar rumah dari luar dengan jelas & gambar kerosakan rumah

Senarai Semak Sebelum Hantar Permohonan PBBR 2026

Semak senarai penting di bawah sebelum anda menghantar permohonan:

  1. Borang Rasmi: Borang PPKB 4a yang telah diisi dengan lengkap dan betul mengikut kriteria. โœ…
  2. Kad Pengenalan: Salinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR). โœ…
  3. Gambar Rumah: Foto penuh struktur luar rumah sedia ada secara jelas. โœ…
  4. Bukti Kerosakan: Foto bukti kerosakan kritikal yang menunjukkan rumah tidak ekonomik untuk dibaiki. โœ…
  5. Dokumen Tanah: Satu salinan geran tanah yang sah atau carian rasmi daripada Pejabat Tanah. โœ…
  6. Surat Keizinan: Borang PPKB 4b yang lengkap jika memohon di atas tanah milik orang lain/waris. โœ…

Pastikan semua dokumen yang diminta PBT disediakan dengan lengkap bagi mengelakkan permohonan perlu dilengkapkan semula atau tertangguh semasa proses semakan.

Permohonan TIDAK LAYAK Dipertimbangkan

Tidak semua permohonan akan dipertimbangkan, antaranya ialah:

  1. Permohonan untuk membesarkan atau mengubahsuai bahagian dalam atau luar rumah sedia ada.
  2. Pemohon mendiami rumah setinggan.
  3. Pemohon telah pun menerima bantuan bina baru/ baik pulih rumah sama ada dari KPKT atau mana-mana Agensi Kerajaan lain kecuali yang terlibat dengan musibah; dan
  4. Permohonan tidak disertakan dokumen sokongan yang lengkap.

Jenis Rumah yang Boleh Mohon PBBR 2026

Hanya rumah sesebuah (landed property) sahaja yang layak memohon.

  • Rumah teres
  • Rumah berkembar
  • Rumah berstrata

Apa yang PBBR TIDAK cover?

Ramai pemohon tersilap faham dengan menganggap Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR) adalah skim bantuan terbuka untuk apa sahaja masalah kediaman di bandar.

Untuk mengelakkan permohonan anda ditolak serta-merta di kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), anda perlu memahami pengecualian nyata yang telah ditetapkan oleh KPKT.

โŒ Tiada Peruntukan Tunai Terus: KPKT tidak menyerahkan sebarang geran wang tunai kepada akaun bank pemohon. Pembinaan rumah dikendalikan sepenuhnya oleh kontraktor yang dilantik melalui sistem tender PBT.

โŒ Struktur Rumah Bukan Sesebuah (Landed): Program ini tidak meliputi lot kediaman jenis rumah teres, rumah berkembar (semi-D), mahupun kediaman berstrata seperti fflat, fflat kos rendah, atau apartmen.

โŒ Isu Status Tanah Haram & Setinggan: Rumah yang dibina di atas rizab jalan, rizab sungai, tanah kerajaan, atau penempatan setinggan tanpa geran hak milik yang sah tidak akan dipertimbangkan sama sekali.

โŒ Kerja Ubah Suai (Renovasi) : Anda tidak dibenarkan menggunakan program ini untuk menambah ruang dapur, membina bilik tidur tambahan, atau menukar kemasan lantai untuk tujuan kecantikan sekiranya struktur asal rumah masih selamat.

โŒ Kerosakan Skala Kecil yang Boleh Dibaiki: Jika masalah rumah anda hanyalah bumbung bocor, tandas tersumbat, atau pendawaian elektrik yang rosak, kes ini terkeluar daripada skop PBBR dan sepatutnya memohon Program Baik Pulih Rumah di Bandar (PBPR).

Contoh Situasi: Siapa yang Mungkin Sesuai Memohon PBBR?

Berikut adalah beberapa contoh situasi realistik dalam masyarakat yang sangat sesuai dan memenuhi kriteria untuk memohon Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR):

1. Situasi Rumah Usang yang Bahaya (Tidak Ekonomik Dibaiki)

  • Contoh Kes: Encik Ahmad tinggal di pinggir bandar Shah Alam. Rumah kayu pusaka ibunya sudah reput dimakan anai-anai, bumbung beralun hampir runtuh, dan struktur tiang utama sudah condong.
  • Mengapa kes ini mungkin sesuai dipertimbangkan?: Jika hasil penilaian PBT mendapati struktur rumah tersebut tidak lagi selamat atau tidak ekonomik untuk dibaiki, kes tersebut mungkin dipertimbangkan untuk bina baharu, tertakluk kepada syarat program.

Keputusan sebenar tetap bergantung kepada semakan PBT dan kriteria program.

2. Situasi Mangsa Bencana Alam yang Kehilangan Kediaman

  • Contoh Kes: Puan Siti merupakan seorang ibu tunggal B40 di kawasan Majlis Perbandaran Kajang. Rumahnya yang dibina di atas tanah sendiri telah musnah sepenuhnya atau dihanyutkan oleh banjir besar / kebakaran.
  • Mengapa kes ini mungkin sesuai dipertimbangkan?: Beliau kehilangan tempat tinggal secara total akibat bencana, berpendapatan rendah, dan mempunyai tapak tanah asal untuk dibina semula rumah baharu.

Keputusan sebenar tetap bergantung kepada semakan PBT dan kriteria program.

3. Situasi Pemilik Tanah Kosong yang Tiada Rumah Sedia Ada

  • Contoh Kes: Encik Raju bekerja sebagai pengawal keselamatan di Johor Bahru dan tersenarai dalam sistem eKasih sebagai miskin tegar. Beliau mempunyai sebidang tanah kosong yang didaftarkan atas namanya yang diwarisi daripada mendiang bapanya, tetapi tidak mampu membina rumah kerana tiada modal.
  • Mengapa kes ini mungkin sesuai dipertimbangkan?: Beliau memenuhi syarat miskin tegar, mempunyai geran tanah sendiri yang sah di dalam kawasan bandar (PBT), dan langsung tidak memiliki rumah lain.

4. Situasi Tinggal di Tanah Warisan Keluarga (Izin Bertulis)

  • Contoh Kes: Cik Aminah bekerja kilang di seberang perai dan tinggal bersama ibunya yang uzur di sebuah pondok usang. Pondok itu dibina di atas tanah milik bapa saudaranya. Bapa saudaranya bersetuju memberikan kebenaran bertulis untuk membina rumah di situ.
  • Sebab Layak: Walaupun tanah bukan milik sendiri, Cik Aminah boleh mengemukakan Borang PPKB 4b (Surat Kebenaran Pemilik Tanah) yang ditandatangani sah oleh bapa saudaranya, berserta bukti pendapatan eKasih miliknya.

Muat Turun Borang Permohonan Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR 2026)

Di bawah ini ialah contoh Borang PPKB 4a, iaitu borang permohonan Program Bina Baharu Rumah di Bandar 2026.

Borang utama yang digunakan untuk maklumat permohonan program.

Borang Permohonan Program Bina Baharu Rumah di Bandar  (PBBR 2026) PPKB 4 a
Borang Permohonan Program Bina Baharu Rumah di Bandar  (PBBR 2026) PPKB 4 a

Ini pula borang yang perlu diisi dan ditandatangan oleh pemohon, pemilik tanah dan juga saksi. Saksi ialah Datuk Bandar / Yang Dipertua PBT/ Setiausaha PBT / Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Daerah.

Digunakan apabila tapak/tanah bukan milik pemohon dan memerlukan kebenaran daripada pemilik tanah/waris.

Borang Permohonan Program Bina Baharu Rumah di Bandar  (PBBR 2026) PPKB 4b
Borang Permohonan Program Bina Baharu Rumah di Bandar  (PBBR 2026) PPKB 4b

MAKLUMAN: Semak versi borang terkini dengan PBT kerana dokumen atau prosedur boleh berubah mengikut arahan semasa.

Muat Turun PDF di bawah:

Lampiran – Ringkasan Maklumat

Program Bina Baharu Rumah di Bandar  (PBBR 2026)
FOTO: MPAJ

Cara Semak Status Permohonan PBBR 2026

Semakan status permohonan Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR) bagi tahun 2026 boleh dilakukan secara fizikal/panggilan:

  • Hubungi atau hadir terus ke Jabatan Pembangunan Masyarakat atau Unit Basmi Kemiskinan di pejabat Majlis Perbandaran/Bandaraya tempat anda menghantar borang.
  • Berikan nama penuh dan nombor Kad Pengenalan (IC) pemohon kepada pegawai bertugas untuk semakan fail fizikal.
  • Pastikan anda bertanya sama ada permohonan anda masih di peringkat Siasatan Tapak, telah Disaring oleh PBT, atau sudah Dicalonkan ke KPKT.

Contoh Kes Penerima yang Berjaya Mendapat Bantuan PBBR

Sebagai contoh pelaksanaan program, KPKT pernah berkongsi kisah penerima yang mendapat manfaat daripada PBBR. Salah satu contoh yang dikongsikan ialah projek untuk Puan Nur Aminah binti Sh. Ab. Hamid di Kg. Cherok Paloh, Kuantan, Pahang dengan nilai peruntukan yang dilaporkan sebanyak RM84,790.66. (Sumber: KPKT)

Menurut perkongsian di instagram KPKT, projek ini melibatkan peruntukan sebanyak RM84,790.66.

PBBR 2026 - Cara Mohon Bantuan Program Bina Baharu Rumah di Bandar (Step by Step)
FOTO: Instagram KPKT,

Semoga lebih banyak lagi yang mendapat manfaat daripada program bantuan PBBR 2026 ini.

Berapa Banyak Rumah Telah Dibina Melalui PBBR?

Mengikut laporan KPKT sehingga Ogos 2026, integrasi program PPKB telah berjaya menyerah dan membaiki 10,225 unit kediaman secara kumulatif.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 366 unit rumah baharu (PBBR) dibina secara bersasar terus di atas tanah lot pemohon.


PBBR vs PBPR – Apa Perbezaannya?

Jangan keliru, PBBR dan PBPR.

Walaupun kedua-duanya berada di bawah payung PPKB, kedua-dua program ini mempunyai skop, kos, dan kriteria kelayakan tanah yang berbeza untuk mengelakkan pertindihan bantuan.

Kriteria Perbezaan PBBR (Program Bina Baharu Rumah) PBPR (Program Baik Pulih Rumah)
Definisi Utama Membina sebuah rumah baharu sepenuhnya dari peringkat tapak. Membaiki atau menggantikan bahagian struktur rumah sedia ada yang rosak.
Keadaan Fizikal Rumah Rumah asal sudah terlalu usang, daif, atau tidak ekonomik untuk dibaiki (atau tapak tanah kosong). Rumah asal masih selamat diduduki secara struktural, tetapi mempunyai kerosakan komponen tertentu.
Skop Kerja Pembinaan Merobohkan struktur lama dan mendirikan rumah konkrit/kayu baharu mengikut spesifikasi standard KPKT. Menukar bumbung bocor, membaiki lantai, dinding, tandas, sistem perpaipan, atau pendawaian elektrik.
Syarat Pemilikan Tanah Wajib mempunyai hak milik tanah yang sah (geran sendiri atau surat kebenaran bertulis waris menggunakan Borang PPKB 4b). Tidak memerlukan geran tanah kosong, memadai dengan bukti mendiami rumah tersebut secara sah.
Anggaran Kos Bantuan Mempunyai siling peruntukan kos yang jauh lebih tinggi bagi setiap unit rumah kerana melibatkan kos bahan binaan penuh. Kos peruntukan adalah lebih rendah dan terhad, bergantung kepada keperluan pembaikan yang dinilai oleh pegawai PBT.
Ini adalah syarat dan permohonan PBPR (PROGRAM BAIK PULIH RUMAH DI BANDAR KPKT)
Ini adalah syarat dan permohonan PBPR (PROGRAM BAIK PULIH RUMAH DI BANDAR KPKT)

Rujukan & Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan atau kekeliruan mengenai Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR 2026), sila hubungi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan tempat tinggal anda.

Anda juga boleh merujuk portal rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Facebook KPKT Malaysi untuk mendapatkan kemas kini garis panduan permohonan terkini.

FAQ – Soalan Lazim Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR 2026)

Berapakah kos pembinaan rumah yang ditanggung oleh program PBBR 2026?

Kos pembinaan rumah PBBR 2026 ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pemohon tidak perlu mengeluarkan modal pembinaan atau membuat sebarang pinjaman bank. Kadar atau skop bantuan adalah tertakluk kepada peruntukan dan spesifikasi program yang ditetapkan oleh KPKT.

Bolehkah saya memohon PBBR jika tanah tersebut adalah milik ibu bapa?

Boleh, tapi anda kena mohon izin dan isi borang PPKB 4b.

Adakah permohonan PBBR 2026 boleh dibuat secara dalam talian (online)?

TIDAK BOLEH. Permohonan hendaklah dilakukan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kawasan masing-masing.

Apakah reka bentuk rumah yang akan dibina di bawah program PBBR?

Reka bentuk rumah PBBR biasanya mengikut spesifikasi standard rumah yang ditetapkan oleh KPKT.

Bagaimanakah cara mohon bantuan Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR 2026)?

Cara memohon bantuan PBBR 2026 dilakukan sepenuhnya secara fizikal melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kawasan tempat tinggal anda. Pemohon perlu mengambil borang permohonan rasmi di pejabat PBT, melengkapkan semua dokumen sokongan yang disahkan, dan menyerahkannya semula ke kaunter Jabatan Pembangunan Masyarakat untuk proses penilaian dan lawatan tapak.

Apa sahaja dokumen diperlukan?

Dokumen yang diperlukan untuk memohon PBBR 2026 terdiri daripada borang rasmi PPKB, dokumen pengenalan diri, bukti pendapatan B40, salinan sah geran tanah, dan bukti bergambar keadaan rumah semasa. Kesemua dokumen sokongan fizikal ini wajib diserahkan bersama borang utama ke kaunter PBT untuk mengelakkan permohonan bantuan rumah anda ditolak.

Penafian: Portal ewarta.my merupakan laman informasi bebas dan TIDAK mempunyai kaitan rasmi dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Segala maklumat mengenai program PBBR 2026 disediakan untuk tujuan rujukan am sahaja dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian. Pembaca wajib membuat semakan silang dan merujuk terus kepada kaunter PBT atau portal rasmi KPKT (kpkt.gov.my) untuk urusan rasmi.

Tags:

Ain merupakan penulis artikel di ewarta.my. Menulis berkaitan bantuan kerajaan, kewangan, pelaburan runcit tempatan dan turut aktif menulis beberapa topik lain berkaitan gaya hidup, tips harian dan topik trending. Komited menyediakan panduan yang tepat dan telus.

View All Posts

You Missed