Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara 2026 – Dibuka Hingga 15 Julai

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA 2026 KINI DIBUKA!

Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara 2026 kini dibuka bermula 15 Jun 2026 sehingga 15 Julai 2026 melalui portal eMAIJ (https://epayment.maij.gov.my/).

Permohonan ini dibuka untuk anak-anak Johor yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. 

Inisiatif kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar yang baru memulakan pengajian.

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dan berkelayakan untuk memohon Skim Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara Tahun 2026 (Semester Pertama), pastikan anda baca syarat permohonan dan cara membuat permohonan dengan teliti di bawah.

Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara 2026

Skim Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara 2026 ialah bantuan kewangan untuk pelajar di Johor yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke IPT dalam negara.

Bantuan ini terbuka kepada pelajar peringkat:

  • Sijil / Asasi / Matrikulasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Bantuan ini hanya disediakan bagi kemasukan Semester Pertama sahaja.

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA 2026
Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara 2026 (Majlis Agama Islam Johor)

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara 2026 ini dibuka bermula:

  • Tarikh buka: 15 Jun 2026
  • Tarikh tutup: 15 Julai 2026

Tempoh permohonan adalah selama 1 bulan sahaja. Jadi, jangan berlengah. Pastikan anda buat permohonan segara okay!

Siapa Layak Mohon Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara

Untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, beberapa syarat telah ditetapkan oleh MAIJ iaitu:

Syarat utama permohonan

  • Warganegara Malaysia beragama Islam
  • Anak kelahiran Johor dan menetap di negeri Johor
  • Mempunyai surat tawaran ke IPT dalam negara
  • Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM800 bagi setiap tanggungan
  • Terbuka kepada kemasukan Semester Pertama sahaja
  • Melanjutkan pengajian di peringkat:
    • Sijil / Asasi / Matrikulasi
    • Diploma
    • Ijazah Sarjana Muda

Pemohon yang tidak memenuhi syarat pendapatan atau status negeri Johor tidak layak dipertimbangkan.

Contoh kiraan pendapatan per kapita:

  • Gaji RM3000 (suami) + isteri (tiada pendapatan) + anak 3 orang: RM3000 / 5 = RM600.
  • Status: Layak mohon.

Cara Mohon Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara (Johor)

Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara 2026 boleh dilakukan sehingga 15 Julai 2026. Rujuk cara-cara membuat permohonan di bawah:

Langkah-langkah permohonan:

  1. Layari portal rasmi MAIJ di: https://epayment.maij.gov.my
  2. Klik Daftar akaun pengguna (jika pertama kali) atau terus log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

Ikuti arahan seterusnya. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan (sekiranya diperlukan) dengan betul bagi memastikan permohonan anda tidak ditolak.

Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui portal yang sama selepas permohonan dihantar.

Dokumen Diperlukan

Sebelum membuat permohonan, anda boleh sediakan siap-siap dokumen yang perlu dimuatnaik berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan (IC) pelajar.
  2. Salinan IC ibu dan bapa / penjaga.
  3. Salinan IC atau Sijil Kelahiran (Surat Beranak) bagi semua tanggungan dalam rumah.
  4. alinan slip gaji terkini atau Borang Pengesahan Pendapatan (bagi yang tiada slip gaji/bekerja sendiri) ibu dan bapa.
  5. Salinan Surat Tawaran Rasmi kemasukan ke IPT dan dokumen pecahan yuran pendaftaran.
  6. Salinan keputusan akademik (SPM / STPM / STAM) serta Sijil Berhenti Sekolah.
  7. Gambar berukuran pasport pemohon.
Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara 2026
Portal rasmi MAIJi (https://epayment.maij.gov.my)

Apa Bantuan yang Diberikan?

Skim Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara ini biasanya berbentuk bantuan kewangan one-off.

Walaupun jumlah tidak dinyatakan secara tetap, bantuan ini boleh digunakan untuk meringankan kos awal pendaftaran pelajar ke IPT, contohnya seperti:

  • Yuran pendaftaran
  • Pembelian buku
  • Keperluan asas pelajar baharu

Pada tahun 2025, nilai bantuan yang diberikan ialah:

  • Sijil: RM500.00
  • Diploma: RM1,000.00
  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,500.00

Rujukan dan Pertanyaan

Jika anda menghadapi masalah teknikal semasa mengisi borang atau mempunyai soalan khusus mengenai status kelayakan, anda boleh menghubungi terus Ibu Pejabat MAIJ melalui talian-talian berikut:

  • Telefon: 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, atau 07-2282926.
  • Pejabat MAIJ Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal anda di Johor untuk urusan serahan atau semakan saringan.

Layari portal rasmi MAIJ https://epayment.maij.gov.my dan Facebook Majlis Agama Islam Johor untuk bacaan lanjut dan info terkini.

FAQ – Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara 2026

Apakah itu Skim Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara 2026?

Skim ini merupakan inisiatif bantuan kewangan secara one-off (sekali bayar) oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) untuk membantu pelajar anak Johor daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT dalam negara.

Berapakah jumlah bantuan wang tunai yang diberikan kepada pelajar?

Jumlah bantuan diberikan mengikut peringkat pengajian pelajar.

Siapakah yang layak memohon bantuan pendaftaran IPT Johor ini?

Pelajar yang layak mestilah warganegara Malaysia beragama Islam, merupakan anak kelahiran Johor dan menetap di Johor, berumur 18 tahun ke atas, mendapat tawaran kemasukan Semester Pertama di IPT tempatan, serta mempunyai pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM800 sebulan.

Bilakah tarikh permohonan bantuan ini dibuka dan ditutup bagi tahun 2026?

Sesi permohonan bagi Semester Pertama tahun 2026 dibuka secara rasmi mulai 15 Jun 2026 dan akan ditutup pada 15 Julai 2026.

Bagaimanakah cara untuk mengira syarat Pendapatan Per Kapita keluarga?

Pendapatan per kapita dikira dengan membahagikan jumlah pendapatan kasar bulanan ibu bapa dengan bilangan semua tanggungan dalam rumah; sebagai contoh, jika gaji bapa RM4,000 dan jumlah isi rumah ialah 5 orang (Ayah + Ibu + 3 Anak), pengiraannya ialah RM4,000 dibahagi 5 orang bersamaan RM800 seorang, maka pemohon dikira layak.

Adakah pelajar Semester Dua atau ke atas boleh memohon skim bantuan ini?

Tidak boleh. Skim bantuan ini eksklusif dan terhad untuk pelajar kemasukan Semester Pertama sahaja bagi membantu menampung kos persediaan awal pendaftaran pengajian.

Bagaimanakah proses dan cara membuat permohonan bantuan ini?

Permohonan mesti dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya dengan melayari portal rasmi Sistem ePayment MAIJ, mengisi butiran peribadi, memuat naik semua dokumen sokongan yang disahkan, dan mencetak slip permohonan sebagai bukti rujukan.

Penulis bebas Bahasa Melayu, suka menulis mengenai travel, kewangan, isu semasa, bantuan kerajaan, keagamaan dan berita tempatan.

View All Posts

You Missed