Skim LINDUNG 24 Jam VS Medical Card/Insurans Swasta – Perlu ke Cancel?
Skim LINDUNG 24 Jam VS Medical Card/Insurans Swasta – Ramai yang mula bertanya soalan “Kalau PERKESO dah cover kemalangan luar waktu kerja, so berbaloi ke bayar medical card lagi?”
Topik ini memang tengah panas dekat Thread atau mana-mana media sosial yang ada.
Jawapan pendek, JANGAN CANCEL MEDICAL CARD anda. Kenapa?
Baca perlahan-lahan setiap info yang dikongsikan di bawah.
- Konsep yang Perlu Anda Faham Mengenai Skim LINDUNG 24 Jam
- Hospital Mana Boleh Pergi?
- Tapi… PERKESO Ada Satu Kelebihan Yang Insurans Swasta Tak Ada!
- So, Apa Strategi Terbaik Sekarang?
- Mengapa Skim LINDUNG 24 Jam Ini Penting?
- 8 Manfaat dan Faedah LINDUNG 24 Jam
- Skim Bencana Pekerjaan vs Skim LINDUNG 24 Jam (SKBBK)
- Cara Membuat Tuntutan SKBBK
- Panduan & Pertanyaan
- FAQ - Soalan Lazim Skim LINDUNG 24 Jam VS Medical Card/Insurans Swasta
Konsep yang Perlu Anda Faham Mengenai Skim LINDUNG 24 Jam
Korang kena faham skop skim baru ni dulu. Nama pun Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja). Keyword dia kat sini ialah KEMALANGAN.
Skim PERKESO Lindung 24 Jam ini cuma cover kalau korang cedera sbb kemalangan di LUAR WAKTU BEKERJA.
Contoh: Hari Ahad korang main futsal pastu patah kaki, ataupun tengah malam buta korang panjat bumbung nak baiki genting bocor pastu jatuh. Haa, kes macam ni Lindung 24 jam PERKESO ni cover.
TAPI,
Kalau korang tiba-tiba kena apendiks, sakit jantung, batu karang, batu hempedu, ataupun disahkan kena kanser… skim PERKESO 24 Jam ni langsung tak cover.
Kalau korang dah cancel medical card, mana nak cekau berpuluh ribu hantar hospital swasta? Takkan nak hadap gilirang panjang kat hospital kerajaan untuk kes kritikal kan?
Fikirkan.
Hospital Mana Boleh Pergi?
Ini pun satu hal lagi.
Kalau guna Skim LINDUNG 24 Jam, korang kena faham rawatan dia adalah di Hospital Kerajaan atau klinik panel PERKESO sahaja.
Tahu-tahu sajalah kalau kes bukan kecemasan kritikal kat hospital gomen, penat juga nak menunggu giliran dan wad dia pun ikut apa yang ada.
Kalau Medical Card, korang ada ‘tiket ekspres’ nak masuk Hospital Swasta. Boleh pilih bilik single, doktor pakar pilihan sendiri, dan proses dia jauh lebih cepat dan semestinya, lebih selesa la kan.
Tapi… PERKESO Ada Satu Kelebihan Yang Insurans Swasta Tak Ada!
Skim LINDUNG 24 Jam ni ada satu benda yang ejen insurans swasta tak boleh lawan: Duit Ganti Rugi Gaji (Income Replacement).
Bayangkan korang accident motor masa nak pergi pasar malam hari Sabtu. Kaki patah dan doktor bagi MC sebulan.
- Medical Card swasta: Dia tolong bayar bil hospital korang je. Dia tak bagi korang duit belanja makan sepanjang sebulan korang tak kerja tu.
- Tapi, kalau PERKESO: Melalui Faedah Hilang Upaya Sementara, diorang akan bayar kat korang elaun harian sebanyak 80% hingga 90% daripada purata gaji harian korang sepanjang tempoh MC tu!
Ha, sekurang-kurangnya dapur rumah tetap berasap walaupun korang terlantar kat rumah.
Lepas tu, skim ni tiada had umur dan tiada medical check-up – semua pekerja automatik layak. Ini juga salah satu kelebihan utama skim Lindung 24 jam ini.
So, Apa Strategi Terbaik Sekarang?
Gaji dah lah kena potong lebih untuk Lindung 24 Jam, takkan nak kena bayar insurans swasta lagi?
Tenang. Jangan buat keputusan ikut emosi masa tengah tengok slip gaji.
Buat masa ini, anda boleh rujuk 3 strategi paling selamat, dan “masuk akal” yang korang boleh buat sekarang di bawah:
1. Jangan Sesekali Cancel Medical Card Swasta
Kekalkan medical card korang. Kenapa? Sebab Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO ni hanya cover kes kemalangan sahaja.
2. Downgrade Polisi Insurans Swasta Kepada “Standalone” (Kalau Poket Sesak)
Call ejen insurans korang sekarang. Minta diorang tukar pelan korang kepada standalone medical card (pelan kad perubatan sahaja) dan buang komponen pelaburan (investment-linked).
Langkah ni boleh jimatkan komitmen bulanan korang tapi perlindungan hospital swasta korang untuk kes penyakit kritikal tetap maintain selamat!
3. Jadikan PERKESO Sebagai “Income Replacement” & Backup Plan
Anggap skim baru PERKESO ini sebagai “payung terjun tambahan” korang, bukannya pengganti insurans utama.
- Kalau korang masuk hospital swasta sbb penyakit/eksiden: Guna Medical Card Swasta (untuk bil hospital & keselesaan).
- Masa korang tengah terlantar cuti sakit (MC) kat rumah: Guna Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO untuk claim elaun harian.
Mengapa Skim LINDUNG 24 Jam Ini Penting?
Kita ni selalu risau pasal keselamatan masa tengah kerja je. Padahal, kalau ikut data kat Malaysia, statistik kemalangan luar waktu pejabat ni lagi menyeramkan.
Benda paling kerap jadi selalunya eksiden jalan raya. Benda-benda macam ni hari-hari berlaku, tak pilih mangsa pulak tu.
Ini lah pentingkan Skim Lindung 24 jam ni.
Satu lagi, dengan adanya Skim Lindung 24 jam ni, dapatlah membantu pekerja kelas pertengahan dan bawahan (B40 dan M40) yang tidak mampu mencarum insurans swasta yang jauh lebih tinggi bayarannya.
8 Manfaat dan Faedah LINDUNG 24 Jam
Skim SKBBK direka bentuk dengan struktur faedah yang hampir sama dengan skim sedia ada di bawah PERKESO, bagi memastikan kelangsungan hidup pencarum dan orang tanggungan mereka.
Berikut adalah faedah-faedah utama yang disediakan:
1. Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS)
Jika doktor mengesahkan anda tidak sihat untuk bekerja (diberikan cuti sakit atau Medical Leave) akibat kemalangan bukan bencana kerja untuk tempoh minimum yang ditetapkan, anda layak menerima bayaran tunai harian. Faedah ini membantu menggantikan pendapatan yang hilang sepanjang tempoh pemulihan anda.
2. Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
Sekiranya kemalangan tersebut mengakibatkan keilatan atau kecederaan kekal yang menjejaskan fungsi anggota badan (contohnya kehilangan jari, penglihatan, atau kelumpuhan), kadar pampasan secara pukal (lump sum) atau bayaran bulanan berkala akan diberikan berdasarkan peratusan kehilangan keupayaan yang dinilai oleh Jemaah Doktor PERKESO.
3. Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
Bagi pencarum yang mengalami hilang upaya kekal yang amat parah sehingga menyebabkannya terlantar dan memerlukan bantuan serta jagaan rapi daripada orang lain (contohnya lumpuh seluruh badan), Elaun Layanan Sentiasa akan diberikan secara bulanan bagi meringankan beban kos penjagaan.
4. Faedah Orang Tanggungan (FOT)
Ini adalah aspek perlindungan yang paling kritikal. Sekiranya kemalangan bukan bencana kerja tersebut mengakibatkan kematian pekerja, waris atau orang di bawah tanggungan yang layak (seperti balu, duda, anak-anak di bawah umur 21 tahun, atau ibu bapa) akan menerima pencen bulanan. Ini memastikan masa depan pendidikan anak-anak dan kelangsungan hidup keluarga tidak terbiar.
5. Faedah Pengurusan Mayat (FPM)
Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan bukan bencana kerja, PERKESO akan membayar amaun bantuan pengurusan mayat (mengikut kadar semasa PERKESO) kepada waris yang menguruskan jenazah atau pengebumian si mati.
6. Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional
PERKESO bukan sekadar memberi bantuan kewangan, malah komited untuk memulihkan semula pekerja. Di bawah SKBBK, mangsa layak menerima kemudahan pemulihan fizikal (seperti fisioterapi, bekalan prostetik/kerusi roda) di Pusat Rehabilitasi PERKESO bagi membantu mereka berdikari atau kembali bekerja jika mampu.
Skim Bencana Pekerjaan vs Skim LINDUNG 24 Jam (SKBBK)
Bagi memudahkan anda memahami perbezaan skop perlindungan, sila rujuk jadual perbandingan di bawah:
| Ciri-Ciri | Skim Bencana Pekerjaan (Sedia Ada) | Skim LINDUNG 24 Jam / SKBBK |
| Waktu Perlindungan | Sewaktu waktu bekerja & laluan pergi/balik kerja. | Di luar waktu bekerja (24 jam sehari). |
| Contoh Situasi | Kemalangan kilang, kemalangan jalan raya semasa hantar barang syarikat. | Kemalangan domestik (jatuh tangga rumah), sukan hujung minggu, bercuti. |
| Kategori Kemalangan | Berkaitan kerja secara langsung. | Tidak berkaitan dengan tugas rasmi pekerjaan. |
| Objektif Utama | Melindungi risiko industri dan pekerjaan. | Melindungi risiko kehidupan harian (sosial). |
Cara Membuat Tuntutan SKBBK
Proses tuntutan bagi Skim LINDUNG 24 Jam ini mengikut garis panduan standard PERKESO yang mesra pengguna. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan:
Langkah 1: Dapatkan Rawatan Segera
Pastikan mangsa dibawa ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Simpan semua resit asal, slip cuti sakit (MC), dan pastikan doktor mencatatkan punca kecederaan dengan jelas dalam rekod perubatan.
Langkah 2: Buat Laporan (Jika Perlu)
Jika kemalangan melibatkan jalan raya atau unsur jenayah di luar waktu kerja, buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Salinan laporan polis yang disahkan adalah dokumen penting untuk tuntutan.
Langkah 3: Isi Borang Tuntutan PERKESO
Majikan atau pekerja (atau waris) perlu mengisi borang tuntutan rasmi yang berkaitan (Borang 34) yang boleh dimuat turun daripada portal rasmi PERKESO atau diambil di kaunter pejabat PERKESO terdekat.
Langkah 4: Kemukakan Dokumen Sokongan
Hantar borang yang lengkap diisi bersama-sama dokumen sokongan berikut ke pejabat PERKESO:
- Salinan Kad Pengenalan pekerja.
- Sijil Cuti Sakit (MC) asal.
- Laporan perubatan atau nota discaj hospital.
- Laporan Polis (jika berkaitan).
- Penyata gaji atau rekod caruman (untuk pengesahan status pencarum).
Langkah 5: Proses Penilaian dan Kelulusan
Pihak PERKESO akan membuat semakan dan siasatan (jika perlu) untuk mengesahkan bahawa kes tersebut benar-benar di bawah kategori Bukan Bencana Kerja. Setelah diluluskan, bayaran faedah akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

Panduan & Pertanyaan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar caruman Skim Lindung 24 jam, sila rujuk portal rasmi PERKESO.
Muat Turun Panduan Majikan & Pekerja
- Jadual Caruman
- Soalan Lazim LINDUNG 24 Jam
- Soalan Lazim Format Teks Fail
- Muat-turun Format Teks Fail Caruman Pekerja
- Tatacara Pemilihan Majikan
FAQ – Soalan Lazim Skim LINDUNG 24 Jam VS Medical Card/Insurans Swasta
Tidak. Caruman di bawah Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO adalah wajib di bawah undang-undang bagi semua pekerja tempatan dan asing yang memenuhi syarat kelayakan
idak boleh. Skop pembiayaan rawatan perubatan di bawah Skim LINDUNG 24 Jam hanya terpakai untuk rawatan, pemulihan, dan pembekalan ubat-ubatan di Hospital Kerajaan (Kementerian Kesihatan Malaysia) atau klinik panel lantikan PERKESO sahaja.
Skim LINDUNG 24 Jam menyediakan Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), iaitu elaun tunai harian sebanyak 80% daripada purata gaji harian anggapan pekerja sekiranya mereka mendapat cuti sakit (MC) sekurang-kurangnya 4 hari akibat kemalangan luar waktu kerja.
Tidak. Skim LINDUNG 24 Jam direka khusus sebagai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja, di mana perlindungannya terhad kepada kes kemalangan dan kecederaan fizikal luaran sahaja. Kes-kes penyakit kritikal atau kronik seperti serangan jantung, strok, apendiks, barah, diabetes, atau demam biasa langsung tidak dilindungi di bawah skim ini.
Tiada. Berbeza dengan insurans swasta yang mengenakan syarat ketat, Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO tidak menetapkan had umur maksimum (selagi individu aktif bekerja di bawah majikan) dan tidak memerlukan sebarang pemeriksaan kesihatan (medical check-up).