Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.
Info harian, berita, bantuan, semakan, permohonan, tips-tips dan perkongsian umum.

Kad Kredit Asas Diperkenalkan Kerajaan dengan Kadar Pembiayaan Maksimum 14%

Kad Kredit Asas Diperkenalkan Kerajaan dengan Kadar Pembiayaan Maksimum 14%

Kerajaan MADANI memperkenalkan Kad Kredit Asas dengan kadar pembiayaan maksimum 14% dan had kredit terkawal bagi membantu rakyat Malaysia menguruskan aliran tunai harian dengan lebih baik. Pilihan kad kredit yang menjimatkan ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi kepada umum bermula Oktober 2026.

Tanpa faedah sampingan (no-frills) seperti mata ganjaran, pulangan tunai, mahupun kemudahan lounge lapangan terbang, Kad Kredit Asas ini memfokuskan sepenuhnya kepada fungsi asas kewangan.

Pendekatan ini memastikan pengguna dapat mengawal aliran tunai harian dengan kadar caj terendah tanpa terdorong untuk berbelanja lebih demi mengejar insentif kad.

Ringkasan Artikel – Apa Anda Perlu Tahu?

  • Kerajaan memperkenalkan Kad Kredit Asas untuk rakyat Malaysia & PMKS
  • Kadr pembiayaan adalah maksimum 14% setahun (lebih rendah berbanding kebanyakan kad kredit lain)
  • Had kredit terkawal untuk elakkan pengguna terjerat hutang
  • Tiada faedah sampingan, fokus pada fungsi asas sahaja
  • Permohonan akan dibuka pada Oktober 2026 (bergantung pada pengumuman kerajaan kelak)

Apa Itu Kad Kredit Asas?

Kad Kredit Asas adalah kemudahan kad kredit yang disediakan oleh kerajaan dengan kadar pembiayaan lebih rendah yang dihadkan kepada 14% maksimum (berbanding 18%) setahun dan had kredit yang terkawal untuk penggunaan secara hemat.

Ia membolehkan rakyat mendapat akses kemudahan kad kredit dengan lebih mudah dan selamat untuk membantu rakyat menguruskan aliran tunai harian.

Kad kredit ini merupakan salah satu inisiatif terbaru yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri perbankan untuk membantu rakyat dan PMKS.

Melalui pendekatan yang dikawal selia secara ketat, fungsi utama kad kredit ini adalah untuk menawarkan akses pembiayaan rasmi tanpa mendedahkan pemegang kad kepada risiko jerat hutang yang ekstrem.

Ciri-ciri Utama Kad Kredit Asas

Kad Kredit Asas ini menawarkan ciri-ciri berikut:

  1. Kadar pembiayaan lebih rendah berbanding kad kredit yang menawarkan ganjaran gaya hidup dan pulangan tunai
  2. Kadar pembiayaan dihadkan kepada maksimum 14% setahun, berbanding sehingga 18% setahun
  3. Had kredit lebih terkawal bagi menggalakkan penggunaan kredit secara berhemat
  4. Pemegang kad kredit sedia ada boleh memindahkan baki tertunggak ke akaun Kad Kredit Asas tanpa caj atau bayaran
  5. Konsep No-Frills: Tiada tawaran mata ganjaran atau cashback demi mengekalkan fokus pada fungsi asas kewangan.
kad kredit asas
Foto: Facebook Kementerian Kewangan

Apa Beza Kad Kredit Asas dengan Kad Kredit Lain?

Mesti ramai yang tertanya-tanya bab ni kan, cuba rujuk jadual perbandingan di bawah:

Perbezaan Antara Kad Kredit Asas dan Kad Kredit Biasa

Ciri-ciri Kad Kredit Asas Kad Kredit Biasa (Konvensional)
Kadar Faedah Tahunan Maksimum 14% setahun 15% hingga 18% setahun
Fokus Utama Pengurusan aliran tunai harian & bajet Ganjaran gaya hidup & perbelanjaan
Sistem Ganjaran Tiada (No-frills) Mata ganjaran, cashback, lounge, dan sebagainya (mengikut jenis kad kredit)
Had Kredit Lebih ketat & terkawal mengikut gaji Lebih longgar (boleh mencecah 2-3x gaji)
Pindahan Baki Percuma (Tiada kos perpindahan) Dikenakan caj faedah pelan transfer

Jadi, kelebihan utama Kad Kredit Asas ini adalah:

  • Kadar pembiayaan rendah (14%)
  • Pindahan baki tanpa caj

Siapa Sesuai Mohon Kad Kredit Asas?

Kad Kredit Asas tidak direka untuk semua orang, sebaliknya ia disasarkan khusus kepada kelompok pengguna yang mahukan instrumen kewangan yang selamat dan bebas daripada tekanan hutang.

Golongan yang paling sesuai memohon kad ini ialah mereka yang mengutamakan fungsi asas berbanding ganjaran premium.

Antara golongan yang sesuai untuk mohon ialah:

  • Pengguna Kad Kredit Pertama Kali: Sangat sesuai untuk belia atau pekerja baharu yang ingin membina skor kredit (CCRIS) secara selamat tanpa risiko berbelanja lebih.
  • Golongan Berpendapatan Rendah dan Sederhana (B40 & M40): Individu yang memerlukan dana sandaran kecemasan yang berpatutan untuk menampung kos sara hidup atau perbelanjaan luar jangka.
  • Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS): Usahawan mikro yang memerlukan alat pembayaran digital yang ringkas tanpa perlu membayar yuran tahunan yang membebankan akaun perniagaan.
  • Individu yang Ingin Mengurangkan Hutang: Pemegang kad kredit lama yang mahu memindahkan baki tertunggak (balance transfer) ke platform berkadar faedah lebih rendah (14%) secara percuma.
  • Pengguna yang Mahu Menguruskan Kewangan: Pengguna yang kurang berminat dengan faedah-faedah sampingan seperti mata ganjaran atau cashback, sebaliknya hanya mahukan kad kredit asas untuk pengurusan aliran tunai bulanan.

Artikel lain:

Bila Boleh Mohon?

Sabar, permohonan belum dibuka lagi.

Pelancaran rasmi inisiatif Kad Kredit Asas oleh Kerajaan MADANI dijangka akan bermula sepenuhnya pada Oktober 2026.

Permohonan digital dan fizikal akan dibuka secara berperingkat melalui bank-bank tempatan yang mengambil bahagian sebaik sahaja garis panduan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia.

Antara bank yang mengesahkan penyertaan ialah Maybank Islamic, CIMB Islamic dan RHB Bank.

Kenapa Kerajaan Perkenalkan Kad Kredit Asas?

Kerajaan MADANI melancarkan inisiatif Kad Kredit Asas ini kerana:

  • Sasar Golongan M40/B40: Menyediakan akses kredit rasmi yang selamat kepada kumpulan berpendapatan rendah tanpa jerat hutang.
  • Suntik Aliran Tunai: Membantu rakyat menguruskan perbelanjaan luar jangka akibat inflasi kos sara hidup semasa.
  • Bendung Skim Penipuan: Menawarkan alternatif patuh regulasi bagi mengekang penggunaan pinjaman tidak lesen (ah long).
  • Kurangkan Beban Hutang: Menurunkan caj pembiayaan daripada kadar standard industri 15%-18% kepada 14% setahun.

Apa Lagi Inisiatif Lain yang Diumumkan?

Selain Kad Kredit Asas, kerajaan dengan kerjasama industri perbankan turut memperkenalkan beberapa inisiatif baharu bagi membantu rakyat dan PMKS, iaitu:

Kad Kredit Asas
Foto: Facebook Kementerian Kewangan

Kad Kredit Asas:

  • Kemudahan akses kad kredit untuk membantu rakyat menguruskan aliran tunai dengan kadar pembiayaan lebih rendah dan had kredit terkawal.
kad kredit asas
Foto: Facebook Kementerian Kewangan

Pemansuhan Caj RM1 di ATM Antara Bank:

  • Mulai 1 Julai 2026, pengguna tidak lagi dikenakan caj transaksi RM1 apabila membuat pengeluaran wang tunai di mana-mana 14,000 mesin ATM daripada rangkaian bank berbeza di seluruh negara.
pemansuhan caj RM1

Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar

  • Penangguhan sementara bayaran balik pinjaman
  • Pengurangan ansuran pinjaman
  • Pelanjutan tempoh pinjaman
  • Sokongan tambahan melalui SJPP, CGC dan AKPK

Sejak akhir April 2026, terdapat lebih RM4.7 bilion pembiayaan sudah diproses dan melibatkan lebih 1,100 peminjam.

BANTUAN BERSASAR - KAD KREDIT ASAS
Foto: Facebook Kementerian Kewangan

Sokongan Pembiayaan untuk PKS

Selain bantuan individu, fokus utama kerajaan turut tertumpu pada kelangsungan sektor perniagaan melalui Sokongan Pembiayaan Untuk PKS.

Menerusi Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS yang menyediakan dana keseluruhan bernilai RM5 bilion, sebanyak RM1 bilion pembiayaan telah berjaya diluluskan setakat 25 Jun 2026.

Bagi usahawan yang memerlukan bantuan segera, pasaran tidak perlu bimbang kerana masih terdapat RM4 bilion baki peruntukan yang tersedia untuk memohon.

Komuniti PKS juga disokong dengan jaringan keselamatan kewangan yang lebih kukuh melalui sokongan institusi tambahan daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), Credit Guarantee Corporation (CGC), dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

  • Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS bernilai RM5 bilion:
    • RM1 bilion pembiayaan diluluskan setakat 25 Jun 2026.
    • Bantu sekitar 1,500 PMKS yang terjejas.
    • RM4 bilion baki peruntukan masih tersedia.
    • Permohonan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.
SOKONGAN PEMBIAYAAN UNTUK PSKS - KAD KREDIT ASAS
Foto: Facebook Kementerian Kewangan
KAD KREDIT ASAS
Foto: Facebook Kementerian Kewangan

Ada Pertanyaan?

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau semakan rasmi, anda boleh rujuk terus saluran rasmi berikut:

  1. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  2. Bank Negara Malaysia (BNM)
  3. Facebook Kementerian Kewangan

FAQ – Soalan Lazim Kredit Asas

Adakah saya akan dikenakan caj jika mahu menukar kad kredit lama kepada Kad Kredit Asas?

Tidak. Berdasarkan garis panduan rasmi, pemegang kad kredit sedia ada boleh melaksanakan pemindahan baki kad kredit tertunggak ke akaun Kad Kredit Asas tanpa sebarang caj pemprosesan atau yuran perpindahan.

Berapakah kadar faedah atau caj pembiayaan yang dikenakan?

Kadar caj pembiayaan untuk Kad Kredit Asas telah dihadkan oleh kerajaan pada paras maksimum 14% setahun. Kadar ini adalah jauh lebih rendah berbanding kad kredit konvensional di pasaran yang boleh mencecah sehingga 18% setahun.

Bilakah permohonan Kad Kredit Asas ini akan mula dibuka kepada umum?

Pengumuman rasmi inisiatif keterangkuman kewangan ini telah dibuat pada Julai 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, penawaran produk fizikal dan digital secara komersial oleh industri perbankan dijadualkan bakal diperkenalkan sepenuhnya bermula Oktober 2026

Adakah kad kredit ini menawarkan mata ganjaran atau pulangan tunai (cashback)?

Tidak. Kad Kredit Asas dibina berasaskan konsep no-frills (tanpa hiasan sampingan). Ia mengutamakan kos pembiayaan terendah berbanding ganjaran gaya hidup, rebat tunai, atau akses lounge lapangan terbang.

Bank manakah yang menawarkan Kad Kredit Asas ini?

Setakat ini, antara bank yang mengesahkan penyertaan ialah Maybank Islamic, CIMB Islamic dan RHB Bank.

Ain merupakan penulis artikel kewangan di ewarta.my, memfokuskan kepada pengurusan kewangan mikro dan pelaburan runcit tempatan. Turut aktif menulis di beberapa laman sesawang berkaitan kewangan, gaya hidup dan topik trending.

View All Posts

You Missed