Senarai Istilah Kad Kredit Yang Wajib Difahami Sebelum Anda Menggunakannya
Istilah-istilah kad kredit yang wajib difahami ialah Had Kredit (Credit Limit), Baki Penyata (Statement Balance), Baki Tertunggak (Outstanding Balance), Bayaran Minimum (Minimum Payment), Balance Transfer, Balance Conversion, Quick Cash / Cash Facility, EPP โ Easy Payment Plan, FPP / IPP โ Flexi Payment Plan / Instalment Payment Plan dan sebagainya.
Penguasaan istilah-istilah ini sangat penting untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi, memanfaatkan ganjaran bank dan memastikan skor kredit (CCRIS/CTOS) anda sentiasa sihat.
- Apa Kepentingan Kad Kredit?
- Senarai Istilah Penting dalam Penggunaan Kad Kredit Di Malaysia 2026
- Jadi, Apa Bezanya Semua Istilah Ini?
- Tambahan Info: Apa yang Perlu Anda Semak pada Penyata Kad Kredit?
- Jangan Bayar Terus, Semak Dulu Ganjaran
- Kepentingan Memahami Istilah Kad Kredit
- Rujukan
- FAQ - Soalan Lazim 5 Istilah Kad Kredit yang Perlu Anda Tahu
Apa Kepentingan Kad Kredit?
Ramai orang takut menggunakan kad kredit sebab takut berhutang, takut disenaraihitamkan, takut muflis dan beberapa jenis ketakutan lagilah.
Sebenarnya, semua mindset ini perlu diubah.
Kad kredit menawarkan pelbagai kelebihan jika diuruskan secara disiplin. Kita kena faham kad kredit ini adalah sebuah ‘alat’.
Jika kita menggunakan ‘alat’ dengan betul, maka anda tidak akan terperangkap dengan hutang. Sebaliknya, jika kita menggunakan sesebuah ‘alat’ tu dengan salah, maka ia memang sangat berbahaya.
Bayangkan:
Anda dah hidup 40 tahun. Setiap bulan belanja rumah, pergi melancong, hari-hari isi minyak dengan tunai dan sebagainya.
Hutang takde, tapi sebenarnya, anda mungkin terlepas peluang untuk mendapatkan ganjaran, cashback atau manfaat tertentu yang ditawarkan oleh sesetengah kad kredit.
Anda mungkin terlepas peluang untuk mendapatkan ganjaran, cashback atau manfaat tertentu yang ditawarkan oleh sesetengah kad kredit.
Rugi tak?
Tak rugi, tapi tak untung. Hah, faham?
Okay sekarang, mari kita senaraikan apa kepentingan kad kredit:
- Membina Rekod Kredit yang Baik (CCRIS/CTOS): Rekod bayaran balik kad kredit yang cantik setiap bulan adalah bukti utama kepada bank bahawa anda seorang peminjam yang baik apabila anda ingin memohon pinjaman peribadi, kereta, atau rumah kelak.
- Kemudahan Kredit Ketika Kecemasan: Bertindak sebagai dana awal sekiranya berlaku perkara luar jangka seperti kos perubatan hospital atau kerosakan kenderaan secara tiba-tiba.
- Perlindungan Transaksi & Keselamatan: Sesetengah kad kredit menawarkan ciri perlindungan transaksi penipuan (fraud protection) yang lebih ketat berbanding kad debit. Anda boleh menyanggah (dispute) transaksi jika berlaku kecurian maklumat.
- Ganjaran & Pulangan Tunai: Pengguna boleh menikmati kelebihan rebat tunai (cashback), mata ganjaran, dan akses lounge lapangan terbang secara percuma.
Senarai Istilah Penting dalam Penggunaan Kad Kredit Di Malaysia 2026
Kalau anda baru mula menggunakan kad kredit atau baru nak mohon kad kredit, jangan terkejut kalau baca banyak istilah-istilah yang nampak agak mengelirukan.
Jangan risau, istilah ini sebenarnya tidak serumit yang disangka. Apabila anda faham bagaimana setiap satu berfungsi, lebih mudah untuk mengawal penggunaan kad kredit dan mengelakkan daripada berbelanja melebihi kemampuan.
Mari kita faham satu per satu.
1. Credit Limit โ Had Kredit
Credit limit atau had kredit ialah jumlah maksimum kredit yang diberikan oleh bank atau penerbit kad kepada pemegang kad.
Sebagai contoh, katakan anda mendapat kad kredit dengan had sebanyak RM10,000.
Ini bukan bermaksud bank memberikan anda RM10,000 secara percuma. BUKAN, BUKAN!
Sebaliknya, RM10,000 ialah jumlah maksimum yang boleh anda gunakan melalui kemudahan kredit tersebut pada sesuatu masa, tertakluk kepada transaksi dan bayaran yang telah dibuat.
Contohnya:
- Had kredit: RM10,000
- Anda telah menggunakan: RM3,000
- Baki had kredit yang tersedia: kira-kira RM7,000
Jadi, jangan lihat credit limit sebagai โduit tambahanโ yang anda memang mampu belanjakan.
Ia tetap merupakan kemudahan kredit yang perlu dibayar semula.
Satu lagi perkara yang penting ialah credit limit tidak semestinya sama untuk semua orang.
Bank boleh menentukan had berdasarkan faktor seperti profil kewangan, pendapatan, rekod kredit dan polisi penerbit kad.
Had kredit ialah had penggunaan, BUKAN SASARAN PERBELANJAAN.
๐ฅ Jangan anggap had limit kredit yang tinggi bermaksud anda boleh berbelanja tanpa had. Kad kredit dengan limit yang tinggi memberi fleksibiti yang tinggi untuk perancangan kewangan anda.
2. Statement Balance โ Baki Penyata
Statement balance ialah jumlah yang dinyatakan dalam penyata kad kredit untuk sesuatu kitaran bil.
Mudah cerita, bank akan mengumpulkan transaksi yang dibuat dalam satu tempoh tertentu dan kemudian mengeluarkan penyata.
Contohnya, sepanjang satu kitaran penyata anda menggunakan kad untuk:
- Barang dapur: RM500
- Petrol: RM300
- Makan di luar: RM200
- Bil: RM500
- Pembelian lain: RM500
Jumlahnya ialah RM2,000.
Apabila penyata dikeluarkan, jumlah tersebut menjadi statement balance anda. Di sinilah anda perlu memberi perhatian kepada tarikh akhir pembayaran (biasanya 20 hari selepas tarikh penyata).
Bayar statement balance sepenuhnya, contohnya RM2,000, sebelum tarikh akhir bayaran. Ini biasanya membolehkan anda mengelakkan caj kewangan bagi transaksi yang layak, tertakluk kepada terma kad kredit anda.
Tak perlu bayar lebih daripada RM2,000 semata-mata untuk mengelakkan caj kewangan, kecuali terdapat jumlah lain yang perlu dijelaskan pada akaun anda.
3. Outstanding Balance โ Baki Tertunggak
Istilah outstanding balance pula merujuk kepada jumlah keseluruhan yang masih terhutang pada akaun kad kredit pada sesuatu masa, termasuk transaksi terbaharu yang belum dimasukkan ke dalam bil bulan semasa.
Bahagian ini memang selalu mengelirukan kerana statement balance dan outstanding balance tidak semestinya sama.
Contohnya:
- Statement balance: RM2,000.
- Selepas penyata dikeluarkan, anda menggunakan kad kredit sebanyak RM500 lagi.
Jika transaksi tersebut telah diproses, jumlah outstanding balance anda di aplikasi bank akan berubah menjadi RM2,500.
Jangan panik melihat jumlah yang berbeza ini!
RM500 yang baharu itu sebenarnya dipindahkan ke kitaran penyata BULAN HADAPAN.
Anda tidak perlu membayar keseluruhan RM2,500 pada tarikh akhir penyata tersebut. Dalam keadaan tempoh bebas caj kewangan terpakai, pembayaran penuh statement balance RM2,000 sebelum tarikh akhir biasanya mencukupi untuk mengelakkan caj kewangan bagi baki penyata tersebut.
Secara mudah:
- Statement balance = Jumlah yang wajib dibayar mengikut penyata bagi sesuatu kitaran untuk menikmati 0% interest.
- Outstanding balance = Jumlah keseluruhan hutang masa nyata (real-time) pada akaun anda.
๐ฅ Bagaimana jika poket kering dan tidak mampu bayar penuh?
Jika anda menghadapi masalah kewangan pada bulan tersebut:
Wajib bayar sekurang-kurangnya Bayaran Minimum (Minimum Payment) – biasanya 5% daripada baki.
Jangan sesekali ponteng bayar (RM0) demi menyelamatkan skor kredit (CCRIS/CTOS) anda daripada rosak dan mengelakkan denda lewat (late fees).
Kalau mampu, bayar penuh Statement Balance untuk elak faedah dan tuntut rewards. โญโญโญ
Atau, bayar seberapa banyak yang mampu di antara amaun minimum dan baki penyata untuk mengurangkan beban caj faedah bulan depan.
4. Minimum Payment โ Bayaran Minimum
Ini antara istilah paling penting dalam penggunaan kad kredit.
Minimum payment ialah jumlah minimum yang perlu dibayar oleh pemegang kad pada tarikh yang ditetapkan berdasarkan terma dan formula yang ditetapkan oleh penerbit kad.
Contohnya, anda mungkin melihat penyata seperti ini:
- Jumlah baki: RM3,000
- Bayaran minimum: RM150
- Tarikh akhir pembayaran: 25 September
Dalam situasi tersebut, RM150 ialah jumlah minimum yang perlu dibayar mengikut penyata tersebut.
Tetapi ada satu perkara yang sangat penting untuk difahami:
BAYARAN MINIMUM BUKAN BERMAKSUD HUTANG ANDA SUDAH SELESAI.
Jika anda hanya membayar jumlah minimum, baki yang masih belum dijelaskan boleh terus tertakluk kepada caj kewangan mengikut terma kad.
Jumlah bayaran minimum juga tidak semestinya sama bagi semua kad kredit. Ia bergantung pada terma dan syarat kad kredit yang anda gunakan.
Jadi, jangan terus menganggap:
โAsalkan saya bayar minimum setiap bulan, semuanya okay.โ โ
Secara teknikal, anda mungkin telah memenuhi jumlah minimum yang diperlukan untuk bulan tersebut, tetapi baki hutang masih ada.
Sebab itulah seseorang boleh menggunakan kad kredit secara berterusan tetapi pada masa yang sama jumlah hutangnya semakin sukar untuk dikurangkan.
Jangan main agak-agak jumlah minimum yang nak bayar kalau tak mampu bayar penuh.
Kalau anda ada duit lebih untuk bayar sebahagian hutang, itu bagus. Tetapi jangan ingat hutang anda selesai begitu sahaja. Anda kena semak aplikasi bank, tengok berapa baki yang tinggal, dan bersedia untuk hadapi caj faedah bulan depan sebab anda tak bayar habis.
5. Built-in Features / Pelan Ansuran
Sekarang kita masuk kepada bahagian yang menarik perhatian ramai pengguna kad kredit.
Selain fungsi asas untuk membuat pembayaran, sesetengah kad kredit turut menawarkan pelbagai kemudahan fleksibel, built-in features, atau pelan ansuran.
Antara istilah yang penting perlu diketahui termasuklah:
- Balance Transfer
- Balance Conversion
- Quick Cash / Cash Facility
- EPP โ Easy Payment Plan
- FPP / IPP โ Flexi/Instalment Payment Plan
Tetapi perlu diingat, tidak semua bank menawarkan kemudahan yang sama, dan nama produk, kadar, tempoh, caj serta syarat kelayakan boleh berbeza mengikut bank/jenis kad kredit.
Balance Transfer
Balance Transfer membolehkan pemindahan baki hutang berfaedah tinggi ke kad baharu berfaedah rendah atau 0% untuk tempoh tertentu sebagai strategi penyusunan semula hutang (debt consolidation).
Amaun yang dipindahkan terhad kepada had kredit yang diluluskan oleh bank penerima. Ia bukan penghapusan hutang, tetapi memindahkan tanggungan ke platform lebih menjimatkan.
Mudah cerita, ia adalah pelan penyelamat untuk orang yang tersangkut dengan hutang kad kredit yang besar supaya mereka boleh selesaikan hutang dengan lebih cepat tanpa dicekik faedah bank.
Sebagai contoh, anda mempunyai baki RM5,000 pada kad kredit Bank A.
Bank B menawarkan pelan balance transfer yang membolehkan baki tertentu dipindahkan ke kad Bank B dan dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan.
Tujuannya biasanya adalah untuk membantu pengguna menyusun semula pembayaran hutang kad kredit.
Namun, jangan salah faham.
Balance transfer bukan bermaksud hutang anda terhapus.
Hutang tersebut masih perlu dibayar mengikut terma pelan yang diluluskan dan mungkin melibatkan kadar, fi atau caj tertentu.
๐ก Contoh Situasi (Cara Ia Berfungsi)
Katakan korang ada hutang kad kredit di Bank A sebanyak RM10,000.
- Masalah: Bank A caj faedah (interest) yang tinggi, iaitu 15% hingga 18% setahun. Setiap bulan, korang rasa penat bayar sebab duit asyik habis bayar faedah sahaja, hutang pokok tak berkurang.
- Solusi: Korang mohon Balance Transfer dengan Bank B. Bank B ada promosi: 0% interest selama 12 bulan.
- Proses: Bank B akan tolong bayarkan hutang RM10,000 korang di Bank A tadi sampai selesai. Sekarang, hutang korang di Bank A dah jadi RM0.
- Siri Bayaran Baru: Hutang RM10,000 korang kini berpindah ke Bank B. Seterusnya, korang hanya perlu bayar ansuran RM833 sebulan (RM10,000 รท 12 bulan) kepada Bank B tanpa dikenakan sebarang caj faedah tambahan!
๐ฅ Jangan gatal tangan pula pergi swipe semula kad lama tu untuk berbelanja. Akhirnya, hutang jadi berganda (hutang pelan baru + hutang belanja baru).
Balance Conversion
Balance conversion pula merujuk kepada kemudahan menukar baki tertentu pada kad kredit kepada pelan bayaran secara ansuran.
Ia berbeza dengan Balance Transfer. Kalau Balance Transfer adalah untuk pindah hutang ke bank lain, Balance Conversion pula adalah untuk menguruskan perbelanjaan besar di dalam bank yang sama.
Contohnya, anda mempunyai baki RM3,000 yang layak untuk ditukar kepada pelan ansuran.
Daripada menguruskan keseluruhan baki tersebut sebagai baki biasa, bank mungkin membenarkan anda membayarnya melalui ansuran bulanan untuk tempoh tertentu.
Perkara penting yang perlu diperiksa ialah:
- tempoh ansuran
- kadar atau caj
- jumlah bayaran bulanan
- jumlah keseluruhan yang perlu dibayar
- syarat kelayakan
Jangan hanya melihat jumlah ansuran bulanan yang nampak kecil.
Kira juga jumlah keseluruhan yang akan anda bayar.
๐ก Contoh Situasi (Cara Ia Berfungsi)
Katakan korang guna kad kredit untuk beli laptop baru berharga RM6,000.
- Masalah: Bila penyata keluar, korang tak mampu nak bayar RM6,000 sekali gus sebelum tarikh akhir. Kalau biar sahaja, bank akan caj faedah biasa yang sangat tinggi.
- Solusi: Sebelum tarikh akhir bayaran, korang hubungi bank (atau mohon melalui aplikasi) untuk tukar RM6,000 itu kepada Balance Conversion. Bank tawarkan kadar rata (flat rate) 3% setahun untuk tempoh 12 bulan.
- Siri Bayaran Baru: Korang tidak perlu bayar RM6,000 bulan ni. Sebaliknya, korang hanya perlu bayar sekitar RM515 sebulan selama setahun. Hutang korang terkawal dan tidak dikenakan faedah kad kredit yang mencekik darah.
Quick Cash / Cash Facility
Quick Cash (atau dipanggil Cash Facility) ialah satu kemudahan di mana bank membenarkan korang menukarkan baki had kredit (credit limit) yang belum digunakan menjadi wang tunai, dan dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan peribadi.
Nama kemudahan ini berbeza mengikut bank. Ada yang menggunakan istilah seperti Quick Cash, Cash Facility, EzyCash atau nama produk tersendiri.
Contohnya, jika anda mempunyai had kredit yang tersedia, bank mungkin menawarkan kemudahan untuk mendapatkan sejumlah wang tunai dan membayarnya semula melalui tempoh tertentu.
Namun, wang tersebut bukan wang percuma.
Ia tetap merupakan kemudahan kredit yang perlu dibayar balik dan boleh melibatkan kadar atau caj berdasarkan terma produk.
Jadi, jangan menggunakan kemudahan tunai daripada kad kredit hanya kerana prosesnya nampak mudah.
Tanya diri sendiri dahulu:
Adakah saya benar-benar memerlukan wang ini dan mampu membayar baliknya?
๐ก Contoh Situasi (Cara Ia Berfungsi)
Katakan korang mempunyai kad kredit dengan had kredit RM10,000. Setakat ini, korang baru guna RM2,000. Maksudnya, korang masih ada baki had kredit sebanyak RM8,000.
- Masalah: Rumah sewa korang tiba-tiba bocor atau kereta rosak mengejut, dan korang perlukan RM5,000 tunai segera untuk bayar kontraktor/mekanik.
- Solusi: Korang mohon pelan Quick Cash sebanyak RM5,000 daripada bank tersebut.
- Proses: Bank akan luluskan permohonan dalam masa beberapa jam (atau minit) dan terus pindahkan RM5,000 tunai itu ke dalam akaun Maybank/CIMB simpanan korang.
- Kesan pada Kad: Had kredit kad korang akan dikurangkan sebanyak RM5,000 (beku buat sementara waktu).
- Siri Bayaran Baru: Korang tidak perlu bayar RM5,000 sekali gus bulan depan. Korang boleh pilih untuk bayar ansuran, contohnya RM450 sebulan selama 12 bulan (termasuk kadar faedah rendah yang bank tetapkan). Bergantung pada terma dan syarat.
๐ฅBeza “Quick Cash” vs “Cash Advance”
Ramai orang tersilap menganggap dua benda ini sama, padahal impaknya pada poket korang sangat berbeza:
- Cash Advance (Pengeluaran Tunai di ATM): Korang bawa kad kredit pergi ke mesin ATM, masukkan PIN, dan keluarkan duit cash. Cash advance biasanya melibatkan fi dan caj kewangan. Semak kadar yang dikenakan oleh bank sebelum menggunakannya.
- Quick Cash (Fasiliti Wang Tunai Beransuran): Korang mohon melalui aplikasi bank atau panggilan telefon. Duit dimasukkan ke akaun bank, faedahnya jauh lebih rendah (biasanya sekitar 2% hingga 6% setahun), dan korang bayar secara ansuran bulanan yang tetap.
EPP โ Easy Payment Plan
EPP (Easy Payment Plan) atau Pelan Bayaran Mudah ialah satu kemudahan di mana bank membenarkan pembelian tertentu dibayar secara ansuran.
Kemudahan ini biasanya ditawarkan secara terus di kaunter atau laman web semasa pengguna membuat pembayaran (checkout) di kedai yang bekerjasama dengan bank tersebut.
Sebagai contoh, anda membeli sebuah barangan bernilai RM2,400 di merchant yang menawarkan pelan ansuran kad kredit.
Jika pembelian tersebut ditawarkan di bawah pelan 12 bulan, jumlah bayaran mungkin dibahagikan kepada ansuran bulanan mengikut terma pelan.
Dalam sesetengah promosi, terdapat pelan yang menawarkan 0%, tetapi jangan terus menganggap semua EPP adalah percuma.
Semak:
- adakah benar-benar 0%?
- terdapat caj pemprosesan atau tidak?
- berapa tempoh ansuran?
- merchant mana yang mengambil bahagian?
- apakah syarat promosi?
๐ฅIni perkara paling penting yang ramai anak muda terlepas pandang tentang EPP.
Contoh korang beli barang harga RM2400 dan guna EPP selama 12 bulan. Jadi, bayaran bulanan ialah RM200.
Walaupun korang bayar RM200 sebulan, had kredit kad korang akan ditolak/dibekukan sebanyak RM2400 (jumlah penuh) secara serta-merta pada hari pertama korang beli barang tersebut.
- Katakan had kredit kad korang ialah RM6,000.
- Selepas korang beli iPhone guna EPP (RM2,400), baki had kredit yang tinggal untuk korang guna swipe benda lain hanyalah RM3600 (RM6,000 – RM2,400).
- Jangan risau, had kredit ini akan dinaikkan semula sedikit demi sedikit sebanyak RM200 setiap kali korang bayar ansuran bulanan.
*Bergantung pada terma dan syarat mengikut bank.
FPP / IPP โ Flexi Payment Plan / Instalment Payment Plan
FPP (Flexi Payment Plan) dan IPP (Instalment Payment Plan) adalah istilah am atau nama komersial lain yang digunakan oleh bank berbeza untuk merujuk kepada fasiliti ansuran kad kredit.
Konsepnya adalah membolehkan sesuatu pembelian dibayar secara berperingkat (installment).
Namun, nama dan mekanisme sebenar pelan ini sangat bergantung kepada bank masing-masing.
Jadi, jangan anggap EPP, FPP, dan IPP mempunyai definisi yang sama untuk semua kad kredit. Sentiasa semak terma produk yang ditawarkan oleh bank anda.
- FPP (Flexi Payment Plan): Nama ini sangat popular digunakan oleh bank seperti Maybank (Flexi Payment Plan) dan Public Bank (Flexi Payment Plan).
- IPP (Instalment Payment Plan) / EPP (Easy Payment Plan): Biasanya digunakan oleh bank seperti CIMB (0% Easy Pay), Hong Leong Bank (Extended Payment Plan/Fixed Payment Plan), atau RHB (Smart Instalment).
๐ก Bagaimana FPP / IPP Berfungsi?
Secara amnya, pelan FPP atau IPP ini boleh datang dalam dua bentuk kadar faedah yang berbeza:
- Pelan 0% Interest (Ansuran Serta-merta di Kedai): Sama seperti konsep EPP yang biasa. Anda membeli barang di kedai yang memang bekerjasama dengan bank anda (contoh: Harvey Norman atau senQ). Jumlah yang besar akan dipecahkan terus kepada ansuran bulanan tanpa sebarang caj faedah (0% interest).
- Pelan Faedah Rendah (Melalui Aplikasi Bank): Anda membeli barang di kedai biasa yang tiada logo “0% Installment”. Selepas transaksi dipaparkan dalam aplikasi bank, anda memohon untuk menukarnya kepada ansuran. Bank biasanya akan mengenakan sedikit caj faedah yang rendah (contoh: kadar rata 2% hingga 5% setahun).
๐ฅ Hampir semua bank ada FPP, tetapi hanya segelintir sahaja yang menawarkan kemudahan 0% FPP untuk apa-apa perbelanjaan (any merchant)!
Jika anda memiliki kad kredit dengan 0% FPP, pelan ini membolehkan anda menukarkan sebarang perbelanjaan besar menjadi ansuran bulanan dengan 0% faedah, tidak kisah di mana-mana sahaja anda swipe kad tersebut.
Anda tidak perlu pening mencari kedai yang bekerjasama dengan bank. Yang penting, anda cuma perlu memenuhi syarat had minimum perbelanjaan yang ditetapkan oleh pihak bank (biasanya bermula dari RM500).
Fasiliti ini adalah life saver sebenar apabila berlaku kes kecemasan harian.
Contoh Situasi:
Bayangkan anda sedang merancang untuk bersalin. Anda sudah peruntukkan bajet yang cukup untuk bersalin secara normal di hospital swasta pilihan anda. Namun, takdir menentukan berlakunya komplikasi di saat akhir:
- Anda terpaksa melalui emergency czer (pembedahan caesarean).
- Anak yang baru lahir pula disahkan terkena demam kuning (jaundice) dan perlu ditahan di wad ekstra untuk rawatan lampu.
Bil hospital yang sepatutnya RM4,000 tiba-tiba melonjak naik menjadi RM12,000 secara mengejut!
Jika anda menggunakan kad kredit biasa, anda terpaksa membayar penuh RM12,000 bulan depan atau bersedia dicekik caj faedah 15%-18%.
Tetapi dengan 0% FPP, anda boleh bertenang. Anda hanya perlu swipe sahaja kad tersebut di kaunter hospital.
Selepas itu, buka aplikasi bank dan tukarkan bil RM12,000 tadi menjadi ansuran bulanan (contohnya RM1,000 sebulan selama 12 bulan) dengan 0% interest.

Jadi, Apa Bezanya Semua Istilah Ini?
Ini ringkasan istilah sekaligus perbezaan semua istilah kad kredit yang perlu anda tahu:
| # | Istilah Kad Kredit | Maksud Mudah | Tindakan / Tips Strategik |
|---|---|---|---|
| 1 | Credit Limit (Had Kredit) |
Jumlah maksimum wang yang bank benarkan anda pinjam atau guna pada kad kredit. | Jangan Overlimit: Sentiasa pantau baki had kredit untuk mengelakkan transaksi ditolak atau dikenakan denda Overlimit Fee. |
| 2 | Statement Balance (Baki Penyata) |
Jumlah keseluruhan belanja yang telah dibukukan dalam satu kitaran bil bulanan. | NOTA:Anda boleh membuat bayaran lebih awal jika mahu. Namun, pastikan anda tetap menyemak penyata apabila dikeluarkan dan menjelaskan jumlah yang perlu dibayar sebelum tarikh akhir mengikut terma kad anda. Bagi sesetengah program cashback atau ganjaran, syarat kelayakan mungkin bergantung pada jumlah perbelanjaan yang dikira oleh bank dalam sesuatu kitaran. |
| 3 | Outstanding Balance (Baki Tertunggak) |
Jumlah keseluruhan hutang semasa anda pada waktu nyata (real-time), termasuk belanja baharu yang belum masuk bil. | Jangan Panik: Jumlah ini biasanya lebih tinggi daripada Statement Balance. Anda hanya perlu bayar jumlah Statement Balance sahaja untuk mengelakkan faedah. |
| 4 | Minimum Payment (Bayaran Minimum) |
Jumlah paling sedikit (biasanya 5% daripada baki penyata) yang wajib dibayar sebelum tarikh akhir. | Pilihan Terakhir: Hanya bayar amaun ini jika poket anda betul-betul kering demi menyelamatkan skor kredit (CCRIS/CTOS) daripada rosak. |
| 5 | Balance Transfer (Pindahan Baki) |
Memindahkan hutang kad kredit lama yang tinggi dari Bank A ke Bank B yang menawarkan faedah 0% atau lebih rendah. | Satu Komitmen: Sesuai untuk menyatukan banyak hutang kad kredit lama supaya anda boleh fokus membayar satu ansuran yang lebih murah. |
| 6 | Balance Conversion (Tukaran Baki) |
Menukarkan satu perbelanjaan besar yang baharu dibuat menjadi pelan ansuran bulanan di dalam bank yang sama. | Kadar Faedah Rendah: Digunakan melalui aplikasi bank selepas anda terpaksa membeli barang mahal di kedai yang tidak menawarkan pelan ansuran 0%. |
| 7 | Quick Cash (Fasiliti Wang Tunai) |
Menukarkan baki had kredit anda yang belum digunakan menjadi wang tunai dan dimasukkan terus ke akaun simpanan. | Kos Quick Cash bergantung kepada kadar, fi dan tempoh yang ditawarkan oleh bank. Bandingkan jumlah keseluruhan bayaran sebelum membuat keputusan. |
| 8 | EPP (Easy Payment Plan) |
Pelan ansuran 0% interest yang ditawarkan secara terus di kaunter atau laman web kedai semasa membuat pembayaran. | Had Kredit Dibekukan: Walaupun anda bayar bulan-bulan, jumlah penuh harga barang akan ditolak terus daripada had kredit anda pada hari pertama pembelian. |
| 9 | FPP / IPP (Flexi / Instalment Plan) |
Istilah am perbankan untuk pelan ansuran. Sesetengah bank menawarkan pelan ansuran yang membolehkan transaksi tertentu ditukar kepada bayaran bulanan. Ada produk atau promosi tertentu yang menawarkan kadar 0%, tetapi kelayakan, minimum transaksi, tempoh dan syarat bergantung kepada bank. | Backup Kecemasan: Sangat penting untuk kes luar jangka (contoh: kos emergency czer atau anak demam kuning di hospital). Mohon kad jenis ini sebagai pelan sandaran awal. |
Tambahan Info: Apa yang Perlu Anda Semak pada Penyata Kad Kredit?
Bagi memastikan pengurusan kad kredit anda sentiasa terkawal dan bebas daripada hutang tersembunyi, pastikan anda menyemak 7 perkara kritikal ini di dalam penyata bulanan anda:
| Perkara | Apa yang Perlu Diperiksa & Difahami |
|---|---|
| Statement Balance(Baki Penyata) | Jumlah keseluruhan transaksi yang telah dibukukan dalam satu kitaran bil bulanan. Amaun inilah yang wajib dibayar penuh sebelum tarikh akhir bagi menikmati faedah 0%. |
| Minimum Payment(Bayaran Minimum) | Amaun paling sedikit (biasanya 5% daripada baki penyata) yang wajib dibayar sebelum tarikh akhir untuk mengelakkan rekod CCRIS rosak dan denda lewat. |
| Payment Due Date(Tarikh Akhir Bayaran) | Hari terakhir untuk bank menerima pembayaran anda (biasanya 20 hari selepas tarikh penyata dijana). Pembayaran selepas tarikh ini akan dikenakan denda lewat secara automatik. |
| Outstanding Balance(Baki Tertunggak) | Jumlah keseluruhan hutang masa nyata (real-time) pada akaun anda, termasuk transaksi baharu yang dibuat selepas tarikh penyata bulan semasa dikeluarkan. |
| Available Credit(Baki Kredit Tersedia) | Sisa had kredit yang masih boleh digunakan untuk berbelanja selepas ditolak baki tertunggak dan amaun pelan ansuran (EPP/FPP) yang dibekukan. |
| Finance Charge(Caj Kewangan) | Caj faedah harian (biasanya antara 15% hingga 18% setahun) yang dikenakan ke atas baki hutang yang tidak dijelaskan sepenuhnya daripada penyata bulan lalu. |
| Late Payment Charge(Caj Bayaran Lewat) | Denda atau yuran penalti (biasanya 1% daripada baki tertunggak atau minimum RM10 hingga maksimum RM100) yang dikenakan jika anda gagal membayar sekurang-kurangnya Minimum Payment sebelum Due Date. |
Jangan Bayar Terus, Semak Dulu Ganjaran
Ramai pengguna kad kredit menyangka tabiat membayar balik hutang serta-merta (contohnya: petang tadi isi minyak kereta RM100, malam itu juga terus bayar balik RM100 ke dalam kad) adalah satu tindakan yang bijak untuk mengelak hutang.
Hakikatnya, tabiat ini boleh menyebabkan anda kehilangan ganjaran pulangan tunai (cashback) secara total disebabkan oleh mekanik pengiraan sistem perbankan.
Mari kita lihat contoh situasi ini:
Katakan syarat kad kredit anda menetapkan: “Mesti memenuhi had perbelanjaan runcit minimum RM2,000 dalam kitaran bil bulan semasa untuk melayakkan anda mendapat cashback 10% bagi kategori petrol.”
Sepanjang bulan tersebut, anda telah membelanjakan RM2,500 menggunakan kad kredit untuk keperluan petrol, barang dapur, dan makan-makan. Angka RM2,500 ini secara teorinya sudah melepasi syarat minimum bank.
Namun, disebabkan tabiat “guna hari ini, bayar esok”, anda terus membuat bayaran balik secara serentak sejurus selepas menggesek kad.
Terdapat kempen cashback bank tertentu yang meletakkan syarat khusus di mana akaun anda mesti mempunyai baki tertunggak minimum atau Statement Balance minimum yang aktif semasa tarikh penyata dijana untuk mengaktifkan rebat.
Apabila anda membayar penuh awal, Statement Balance anda menjadi RM0, secara automatik membatalkan kelayakan anda daripada kempen tersebut.
Akhirnya, penyata bulanan anda keluar dengan nilai RM0 cashback. Anda rugi atas angin walaupun realitinya anda telah berbelanja sebanyak RM2,500!
Cara Praktikal untuk Pengguna Bijak:
- Apabila gaji masuk, terus asingkan siap-siap peruntukan wang untuk membayar bil kad kredit di dalam akaun simpanan.
- Gunakan kad kredit seperti biasa sepanjang bulan dan biarkan sahaja jumlah perbelanjaan tersebut direkodkan oleh sistem bank.
- Tunggu sehingga bank menjana dan menghantar penyata rasmi (Statement) ke e-mel anda.
- Sebaik sahaja penyata keluar (yang memaparkan jumlah perbelanjaan sebenar anda), barulah gunakan duit gaji yang diasingkan tadi untuk membayar penuh (100%) sebelum tarikh akhir pembayaran.
Walaubagaimanapun, ini tertakhluk pada terma dan syarat serta jenis produk kad kredit yang anda gunakan. Bayaran awal tidak semestinya menyebabkan cashback hilang. Kelayakan cashback bergantung kepada terma kad dan cara bank mengira eligible spend.
Kepentingan Memahami Istilah Kad Kredit
Bagi kebanyakan anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan, mendapat kad kredit pertama rasa seperti memiliki “kuasa magis”.
Tak perlu menunggu hari gaji, semua yang nak dibeli boleh terus dibeli!
Namun, di sebalik kemudahan tersebut, tersimpan satu perangkap yang sangat licik jika anda menggunakan kad kredit secara membabi buta.
Ramai orang akhirnya tersangkut dengan hutang keliling pinggang bukan disebabkan mereka tiada duit, tetapi kerana mereka buta istilah-istilah penting yang digunakan dalam kad kredit/perbankan.
1. Mengelakkan Denda dan Caj Faedah ‘Mencekik Darah’
Bank tidak akan memotong duit anda secara senyap, tetapi mereka menolak duit anda secara sah melalui terma yang anda persetujui.
Kehilangan RM50 hingga RM100 sebulan disebabkan caj faedah harian yang tinggi (15%-18% setahun) adalah perkara biasa bagi mereka yang malas membaca penyata, terma & syarat bank.
2. Membina ‘Sistem Penyelamat’ Waktu Kecemasan
Kad kredit yang diuruskan oleh orang yang berilmu akan bertukar menjadi perisai perlindungan (financial backup).
Apabila anda memahami fungsi seperti 0% FPP (Flexi Payment Plan), anda tidak akan panik jika tiba-tiba berlaku kecemasan seperti kereta rosak besar atau bil hospital melonjak naik (contohnya terpaksa melalui emergency czer).
Anda tahu cara untuk menggunakan kemudahan bank bagi menstrukturkan semula hutang besar tadi menjadi ansuran bulanan tanpa bunga, berbanding mengorek semua duit simpanan kecemasan anda.
3. Memaksimumkan Keuntungan (Manipulasi Ganjaran)
Bank mencipta pelbagai ganjaran seperti pulangan tunai (cashback) dan mata ganjaran (points) untuk menarik anda berbelanja. Orang yang bijak akan ‘memanipulasi’ sistem ini untuk untung atas angin.
Ramai pengguna baru terperangkap dengan tabiat rajin membayar hutang setiap kali selepas menggesek kad (pay as you go). Akibatnya, baki penyata bulanan mereka menjadi RM0 dan mereka terlepas cashback ratusan ringgit setiap bulan kerana melanggar syarat minimum bank.
Dengan memahami mekanisme perbankan, anda tahu bila masa yang tepat untuk leret kad dan bila tarikh yang betul untuk bayar penuh semula.
Rujukan
- AKPK – Credit Card Resource Guide
- Bank Negara Malaysia – Credit Card Policy Measures.
- Thread aznahabas
NOTA EDITOR: Artikel ini telah disemak. Namun, sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau fakta yang kurang tepat, sila maklumkan kepada pasukan eWarta agar artikel ini boleh disemak semula demi menyediakan panduan yang tepat & terkini kepada pembaca.
FAQ – Soalan Lazim 5 Istilah Kad Kredit yang Perlu Anda Tahu
Jika terma kad anda memberikan tempoh bebas caj kewangan untuk transaksi tersebut, pembayaran penuh Statement Balance sebelum tarikh akhir biasanya membantu mengelakkan caj kewangan. Semak terma kad anda kerana syarat boleh berbeza mengikut bank dan jenis transaksi.
Ini berpunca daripada tabiat bayar terus hutang sejurus selepas anda guna (pay-as-you-go). Apabila anda membayar hutang sebelum sistem bank sempat menjana penyata bulanan, rekod baki hujung bulan anda akan bertukar menjadi RM0.
– EPP (Easy Payment Plan): Pelan ansuran 0% yang terikat hanya di kedai-kedai terpilih yang mempunyai papan tanda rakan kongsi dengan bank anda semasa bayar di kaunter.
– 0% FPP (Flexi Payment Plan): Pelan penyelamat yang membolehkan anda menukar apa-apa sahaja perbelanjaan besar (minima RM500) menjadi ansuran 0% faedah melalui aplikasi bank, tidak kira di kedai atau lokasi mana sekalipun anda menggesek kad tersebut.
Had kredit anda akan ditolak penuh sebanyak RM3,000 serta-merta pada hari pertama pembelian. Bank akan membekukan amaun tersebut daripada keseluruhan had kredit anda. Walau bagaimanapun, kuota had kredit yang dibekukan ini akan dilepaskan (dinaikkan semula) secara berperingkat setiap kali anda melunaskan ansuran RM250 pada setiap bulan.
Statement balance ialah jumlah yang perlu dibayar berdasarkan penyata kad kredit bagi sesuatu kitaran bil. Outstanding balance pula merujuk kepada jumlah baki semasa yang masih terhutang, termasuk transaksi yang mungkin dibuat selepas penyata dikeluarkan.
Jika mampu, membayar full statement balance sebelum tarikh akhir bayaran adalah amalan yang lebih baik kerana ia membantu mengelakkan caj kewangan/faedah ke atas baki pembelian yang tidak dijelaskan, tertakluk kepada terma dan syarat kad anda.
Ya. Anda boleh membayar jumlah yang lebih tinggi daripada minimum payment. Jika kewangan mengizinkan, membayar keseluruhan statement balance lebih baik berbanding hanya membuat bayaran minimum.
Balance Transfer biasanya merujuk kepada pemindahan baki tertunggak daripada kad kredit bank lain ke kad kredit yang menawarkan kemudahan tersebut. Balance Conversion pula membolehkan transaksi atau baki tertentu ditukar kepada pelan ansuran dengan bank yang sama. Syarat sebenar berbeza mengikut bank.
Kad kredit pada asasnya ialah kemudahan kredit yang membolehkan anda membuat pembayaran menggunakan dana yang disediakan oleh bank. Ia menjadi hutang yang perlu dibayar kepada bank. Namun, penggunaan secara terkawal dan pembayaran mengikut jadual dapat membantu mengurus kemudahan tersebut dengan lebih baik.
Maklumat tersebut biasanya dinyatakan dalam terma dan syarat, helaian pendedahan produk atau laman rasmi bank yang mengeluarkan kad kredit. Semak maklumat terkini sebelum menggunakan sebarang kemudahan kredit atau pelan ansuran.
Penafian Kewangan (Disclaimer): Semua maklumat yang dikongsikan di dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan kesedaran am sahaja. eWarta tidak menyediakan perkhidmatan nasihat kewangan rasmi, pelaburan, atau perundangan perbankan. Pembaca dinasihatkan untuk sentiasa merujuk risalah pendedahan produk (Product Disclosure Sheet) atau menghubungi institusi perbankan masing-masing bagi mendapatkan maklumat terma, kadar faedah, dan caj terkini sebelum membuat sebarang keputusan kewangan.